"Err.. Saya tak ada partner lagi.." jawab aku lalu melihat Jimin yang seakan-akan marah dengan jawapan aku lalu dia berbisik ke telinga Joshua dan terus beredar dari situ.
Aku minta maaf Jimin, kawan - kawan aku perlukan aku ..
"Bagus lah macam tu! Nanti send location rumah awak kat saya, okay," kata Jeongyeon dengan nada yang gembira. Setelah itu, Jeonghan and the gang pun beredar dari situ.
"Wahh... Jeong hebatlah kauu!!," Kata Jihyo yang membuatkan aku terpinga-pinga. Apa yang hebat?
"Ha, kenapa??," Tanya aku.
"Haihhh... Aku lupa kau budak baru. Tapi kan kau memang hebat! Aku tak pernah tengok benda macam tadi tu jadi tau!," Kata sana dengan riak beria-ia.
" Tak, masalahnya apa yang hebat? Dari tadi aku tanya," aku dah mula geram sebab diorang suka buat aku suspen lah!
"Haihhh... Macam ni... Sebenarnya si Jeonghan tu badboy kat sekolah ni. And dia selalu dapat apa je yang dia nak tak kisah lah dalam apa cara sekali pun, asal dia dapat! Tapi ...buat pertama kalinya kitaorang nampak Si Jeonghan tu minta dengan cara baik, siap ber'saya - awak' lagi. Kau fikir ? Gila kitaorang tak terkejut!," Kata Chaeyoung bersungguh sungguh bercerita.
Jeonghan tu badboy? Kenapa aku tak tahu? Tapi... Selama ni aku selalu tengok dia tolong orang. Lagi-lagi perempuan. Kenapa orang panggil Jeonghan 'badboy'?
Kejap. Kalau Jeonghan badboy.. habis Jimin? Dia pun sama macam Jeonghan ke?
"Jeong, aku tahu niat kau nak tolong kitaorang.. tapi please jaga diri kau, aku tak nak apa-apa jadi kat kau..," Tzuyu mula bersuara dan suara dia tu nampak serius and Risau sangat.
Kenapa?
Aku ada buat something yang teruk ke?
-SKIP-
MALL - 9:00 malam
"Nah, kau belilah apa yang kau nak. Nanti kalau dah siap pergi café dekat depan sana tu. Aku duduk situ," kata Jimin sambil menghulurkan kad kreditnya, tanpa riak di mukanya.
Dan..
Itu buat jeongyeon rasa bersalah. Ni mesti sebab jeongyeon pilih Jeonghan jadi partner dia petang tadi..
-JEONGYEON POV-
"Jimin..," kata aku sambil buat muka serba salah.
"Apa?," Kedengaran biasa tapi tak bagi jeongyeon. Sebab selalunya Jimin akan balas lebih lembut tapi sekarang...
Dingin, datar dengan muka tanpa riak.
"Aku.. aku nak minta maaf pasal petang tadi. Aku tahu aku dah janji dengan kau tapi kawan-kawan aku..,"
"Hmm.. yelah. Kawan-kawan kau je perlukan kau, kan? Aku kan tak penting. Ialah aku kan tak wujud bagi kau," potong Jimin sambil menjeling aku dan beriak untuk pergi dari situ, tapi pantas aku menarik tangan Jimin dari belakang dan terus pergi ke hadapannya dengan rapat.
Sangat rapat.
Aku dah biasa buat macam ni.
Dekat dunia aku kalau nak minta maaf kitaorang akan buat macam ni.-POV END-
-JIMIN POV-
"... Ialah aku kan tak wujud!," Serius masa ni aku marah @ kecewa gila dengan dia. Dia dah janji tau nak pergi event tu dengan aku, tapi kenapa dia pilih Jeonghan?
Shit betullah!
Aku nak pergi terus dari depan Jeong, aku takut aku buat apa-apa kat Jeong kalau aku lama kat sini, aku betul-betul bengang dengan dia.
YOU ARE READING
-INNOCENT GIRL-
RomanceJIMIN X JEONGYEON = -JEONGMIN- 🌸🌪️❄️ Yoo Jeongyeon, seekor pari-pari yang mempunyai pelbagai kuasa yang luar biasa dan salah satunya adalah menyebarkan cinta sejati kepada manusia yang sedang dilamun cinta. Dia juga sering dan suka turun ke bumi u...