story 1 : ahli baru

312 7 0
                                    

Sebagai pemain muzik, pulang lewat petang hanyalah perkara biasa dan merupakan routine harian.

Dengan pantas aku menuruni anak tangga, segera ke bilik muzik. Bukan kerana takut terlewat, tapi memang suka datang awal daripada yang lain.

Pintu bilik muzik dibuka oleh aku. Aku melangkah menggunakan kaki kanan.

"Assalamualaikum" kepala aku kedepan sedikit untuk mengintai siapa yang sudah ada.

"Haa Kamal ! Jom teman aku beli makanan" kata Az.

"Jap, aku letak beg" kata aku sambil melangkah masuk. Beg diletakkan di atas meja.

"Ni senarai nama junior baru" seseorang menegur kami dari belakang. Sehelai kertas dihulurkan. kami berdua dengan pantas menoleh kebelakang dan mengambil kertas yang dihulur oleh cikgu khai.

"Ok cikgu, tapi kitaorang nak keluar beli makanan jap" jelas aku.

"Tak makan lagi!? Ha cepat 2:40 ada kat sini" kata cikgu khai sambil melangkah masuk ke ruangan alat muzik.

"Baik cikgu" kata Az ringkas.

"Hanan kau nak ikut?" Tanya aku sambil mengeluarkan dompet.

"Tak kot, tolong beli boleh?" Tanya Hanan sambil menghampiri kami berdua.

"Ha boleh" balas aku ringkas.

Tiba tiba, pintu bilik muzik dibuka. Wardi melangkah masuk.
"Korang nak pergi mana?" Tanya wardi sambil meletakkan begnya.

"Beli makanan" balas aku ringkas.

"Jap jap nak ikut" kata wardi sambil mengeluarkan dompetnya.

***
Dalam beberapa minit, kami bertiga membuat keputusan untuk makan diluar daripada bilik muzik.
Aku melangkah masuk ke bilik muzik untuk meletakkan minuman yang diminta oleh Hanan sebentar tadi.

"Excited aku sebab dapat junior baru" kata Az.
"Nak tengok mana yang comel, aku nak ambil adik angkat" katanya lagi.

"Habis satu sekolah la kau rembat kalau camtu" kata aku.

Wardi hanya mengangguk setuju.
Kamu berbual kosong buat sementara, namun pandangan kami akhirnya teralih apabila melihat sekumpulan junior mendekati bilik muzik tersebut.

"Haa junior dah sampai, cepat sikit makan. Aku masuk dulu" kata wardi lalu bangun beredar.

Kami berdua masih duduk menikmati makanan.

"Kamal! Az!" Nama kami berdua dipanggil. Dengan cepat kami menoleh.

"Ye cikgu" respon Az, melihat cikgu khai yang baru sahaja keluar daripada bilik muzik.

"Dah habis makan belum? Kesian Hanan dengan Wardi tu, pergi tolong dia urus junior" minta cikgu khai.

Kami berdua bangun dari tempat duduk.
"Cikgu nak pergi mana?" Tanya aku ringkas.

"Cikgu nak balik ke?" Tanya Az pula.

"Ye, Cikgu nak balik pastu ambil anak cikgu hahaha" jelas cikgu khai sambil gelak kecil. Teruja dapat balik awal agaknya.

"Ok cikgu" balas Az ringkas.

Entah kenapa kami berdua rasa teruja, mungkin kerana terasa seperti bilik muzik tu milik kami buat sementara. Kami melangkah menuju ke bilik muzik.

***
Kelihatan ahli baru semua lelaki. Agak terkejut. Kami berdua memasuki ruang alat muzik.

"Semua ni masuk gamelan terpaksa or minat?" Tanya Az seusai sahaja junior tersebut mengambil tempat masing masing.

DIA ADA : based on truestoryWhere stories live. Discover now