KEDENGARAN dentuman bunyi pintu wad selepas kepergian seorang jururawat dari wad Mawar. Keheningan terus mencuri suasana di antara Mawar dan lelaki itu. Sekilas Mawar tidak berani memalingkan mukanya kepada wajah dingin Hayden.
"Nampaknya kau tak cukup tahu lagi setiap peribadi aku."
"Saya memang tak kenal peribadi awak sebab awak terlalu kompleks dan berahsia."Ucap Mawar. Tegang.
Seretan bunyi kerusi membuat Mawar bergerak sedikit ke hujung katil sambil membelakangi jejaka itu. Deruan nafas Hayden mula terasa menyapu perlahan cuping telinganya.
"Aku tak kompleks seperti mana yang kau fikir tengah sekarang ni. Kau akan faham selepas kau cintakan aku. Kau kena tau, aku salah satu waris keturunan Gambino dan aku tak boleh elak yang nyawa aku selalu selalu dihujung tanduk. Gambino bukan hanya satu perusahan wain besar dekat Perancis tapi—-"
"Saya tak nak dengar lagi. Awak bunuh orang seolah-olah awak dah biasa buat benda ni."Mawar tutup telinga. Bisikan Hayden dibalas dengan gertakan dalam.
"Termasuk kau jika diketahui akan melahirkan seorang legasi."
Mawar tercengang. Tidak pernah tahu hal ini. Orang luar sepertinya tidak pernah didedahkan bagaimana cara organisasi itu berurusan. Mungkin di sebalik kejayaan Gambino di Perancis ada kebusukannya sendiri.
"Maksud awak?"
"Suatu hari nanti, kau kena ikut aku ke Perancis."
"Kalau awak lepaskan nama awak dalam senarai waris, awak akan tak akan jadi macam ni. Harta boleh buat orang saling berperang dan berdengki sesama sendiri."Bagi Mawar, Hayden juga satu. Salah seorang lelaki tamak gilakan harta keluarga sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri.
Hayden bingkas. Menyoroti kaki ke arah tingkap lutsinar wad. Menala pandangan ke luar dengan pandangan kosong.
"Macam mana keadaan orang tu semalam? Awak buat apa dekat dia?"
"Kenapa kau risau sangat? Dia menyerang kita dengan bersenjata. Kita sedang mempertahankan diri."
"Ya, saya tau. Awak dah serahkan dia pada polis? Atau—"
"He is dead." Tukas Hayden.
Mawar mati kata. Jadi, dia tidak bermimpi Hayden melepaskan tembakan pada lelaki itu sehingga berkecai mulutnya.
"A.. Apa?"
"Aku dah arahkan David dan Franz untuk bakar mayat. They're spying on us."
They're spying on us? Siapa pula berniat jahat sedang mengancam nyawa mereka? Mawar tepis tangan Hayden bila lelaki itu sedang cuba menarik bahunya yang terkena peluru semalam.
"Kau tak perlu takut dengan aku."
"Awak bencikan saya dan kemungkinan awak ada agenda nak bunuh saya. Bukan?" Tuduh Mawar tak berasas. Lagi-lagi, Hayden yang mendadak berubah sikap semenjak dua ini. Hayden yang satu ini sangat sensual. Tidak seperti Hayden yang biasa.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...