Bibir yang basah dilap dengan kasar bersama keluhan yang berat. Sedaya upaya dia menahan nafasnya yang tidak teratur itu. Seonghwa menumbuk perlahan meja untuk melepaskan rasa puasnya sebentar tadi.
"Kau ni tak payah nak drama sangat boleh tak? Minum coke pun nak acah macam teguk sebotol soju" kata-kata Hongjoong membuatkan dirinya tersentap. Pantas wajahnya berubah menjadi merah menahan malu. "Diamlah!"
Hongjoong memutarkan matanya 360 darjah. Meluat dengan perangai sahabatnya yang kuat berdrama itu. Matanya masih lagi setia pada skrin telefon bimbitnya. Jari-jemari pula pantas bergerak kesana sini bermain game FIFA yang setelah sekian lama menjadi game kegemarannya.
"Kau ni memang takde perasaan kan?" soal Seonghwa menahan amarah melihat Hongjoong seperti tidak mengendahkan kehadirannya disitu.
"Apa??? Aku tengah main game ni. Kau nak borak dengan aku pasal apa?" Hongjoong masih lagi ralit dengan gamenya.
"Aku kan putus tunang" Seonghwa membiarkan ayatnya tergantung. Hongjoong memandangnya sekilas "Ok then?"
"Then...it's over"
Kening sebelah diangkat mengharapkan seketul Kim Hongjoong akan memberikan reaksi yang lebih baik dari sebelum ni. Lagipun dengan Hongjoong sahaja yang boleh diharapkan untuk memberikan kata-kata khidmat prihatin as kawan baik. Selama ini pun Hongjoong sahajlah tempat dimana dia meluahkan segala masalah yang dihadapi olehnya.
"Baguslah"
Baguslah?!
"Apa maksud kau dengan baguslah? Aku tak faham" Seonghwa mengerutkan dahinya. Habis sahaja game, Hongjoong menukar posisi dari baring ke duduk. Dia memandang Seonghwa yang masih menanti penjelasan darinya sambil mengeluh perlahan.
"Kau tak sepadan dengan dia"
"Aku tengah sedih ni. Kau jangan la downkan aku lagi-"
"Masalah sekarang ni dari haritu aku suruh kau putus dengan dia sebab aku nampak dia ada lelaki lain belakang kau. Tapi apa kau respon?" Seonghwa terdiam. "Kau lagi percaya perempuan tu dari aku. Sekarang dah jadi macam ni tahu pulak nak sedih" Hongjoong melempiaskan geramnya pada Seonghwa sambil memeluk tubuh.
Seonghwa tersengih kelat sambil menggaru perlahan kepalanya. Dia akui ada betulnya kata-kata Hongjoong tadi. Kalau dia ikut apa yang Hongjoong beritahu haritu, nasibnya tidak akan jadi begini.
Disebabkan cinta, dia sanggup ketepikan rakan baik yang selalu bersama dengannya susah senang.
"Ok aku minta maaf sebab tak ikut cakap kau. Memang salah aku sebab terikutkan ex tunang aku tu" ujar Seonghwa menunduk.
"Ye la. Kalau aku nak marah lama-lama pun takde guna dah sebab korang pun dah putus. Kira ok la tu"
Kata-kata Hongjoong sedikit sebanyak buat dia berasa lega. Dia tahu Hongjoong seorang yang jarang tunjuk perasaannya sendiri. Sebaliknya dia akan meluahkan dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati.
"Aku tengah sedih ni. Tak nak pujuk aku ke?" soal Seonghwa sekadar mengusik.
"Hidup mesti diteruskan"
"Macam mana kalau aku tak move on lagi?"
"Cari la lain. Bersepah lagi perempuan yang kau boleh jumpa"
"Kau fikir cari perempuan macam cari barang kat supermarket ke?"
"Apa susah. Pergi la kelab malam" kata Hongjoong sambil tersengih.
"KAU GILA?!"
YOU ARE READING
[H] 𝐀𝐧𝐠𝐫𝐲 𝐁𝐢𝐫𝐝 : ɪʟᴏᴠᴇʏᴏᴜ | P.S.H
Romance[[slooooow update]] ❝ 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐡𝐥𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐚𝐧𝐠𝐫𝐲 𝐛𝐢𝐫𝐝❞ ❝ 𝐞𝐱𝐜𝐮𝐬𝐞 𝐦𝐞? ❞ ❝ 𝐧𝐨𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 ❞ •ᴍᴀʟᴀʏ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ °2021