6

57 10 11
                                    

Jam pada pergelangan tangan dikerling sekejap. Tidak tahu mana si Yeonju menghilang yang katanya tadi mahu ke tandas. Jadi Seonghwa hanya menunggunya di kerusi yang sudah dikhaskan di dalam mall tersebut.

Matanya melilau ke kiri dan kanan melihat manusia yang lalu lalang. Kadang-kadang ternampak juga ada pasangan kekasih yang berjalan sambil berpegangan tangan. Seonghwa hanya tersenyum.

Mall itu juga destinasi dia bersama bekas tunangnya berdating. Tetapi waktu yang indah itu hanya menjadi kenangan. Dia pasti bekas tunangnya itu bahagia walaupun bukan bersama dirinya.

"Erm...Tuan" Seonghwa terjaga dari lamunan dan mengalihkan pandangannya ke arah Yeonju.

"Haa sini pun awak. Ingatkan lama lagi nak baiki lampu dalam tandas tu"

Yeonju mengetap bibirnya. Kalau bab perli ada je dia ni. Nasib baik majikan.

"Maaf, Tuan. Saya bukan sengaja lambat tapi ada masalah sikit" jari telunjuk dan ibu jarinya didekatkan.

"Masalah apa?"

"Masalah tu la"

"Ye la masalah apa?" Yeonju menggaru kepalanya. Masalah betul dapat lelaki blur bab perempuan ni.

Eh dapat?

"Alaa masalah wanita..." jawab Yeonju perlahan.

"Oh cakap la awal-awal. Bukannya saya tak tahu pun perkara tu"

"Saya dah cakap tadi tapi Tuan yang lambat"

"Ha yela yela. Sekarang ni ok dah ke? Awak ada tak yang terbang-terbang tu?" soal Seonghwa lalu berdiri.

Yeonju berkerut dahi. Otaknya sedang memproses apa yang ingin disampaikan oleh Seonghwa tadi.

"Terbang-terbang? Burung ke?" soalnya kembali.

"Bukan la. Burung tu bird"

"Habistu terbang yang mana?"

"Yang perempuan selalu pakai tu. Wing night? Ke apa?"

Yeonju menepuk dahinya.

'Kenapa la aku dapat majikan macam ni? Belum start kerja dah macam-macam perangai dia'

"Tuan Park Seonghwa. Itu namanya pad. Night wing tu untuk malam. Anda faham?" terang Yeonju sambil bercekak pinggang.

"Ohh mana la saya tahu. Ingatkan untuk awak terbang malam hari" Seonghwa tersengih.

Whyy dunia? Whyyyy ㅠㅠ

"Sudahla Tuan. Marilah balik. Saya penat melayan Tuan"

Terus Yeonju beredar dari situ meninggalkan Seonghwa yang terpinga-pinga. Seonghwa menggaru perlahan pipinya.

"Apa salah aku?"

(❁)

Pintu bilik dibuka dan serta merta bau makanan masuk ke rongga hidungnya. Kakinya melangkah menuju ke arah dapur. Kelihatan Yeonju sedang menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak ke atas meja.

"Awak masak apa?" tegurnya.

"Oh Tuan, saya masak kimchi jiggae dengan nasi je dulu untuk malam ni. Esok baru saya masak sedap-sedap untuk Tuan" balas Yeonju bersama senyuman.

Seonghwa hanya mengangguk dan mengambil tempatnya. Yeonju pula sibuk meletakkan semangkuk nasi dihadapan Seonghwa. Setelah selesai menyediakan kesemuanya, dia berdiri di tepi meja.

"Kenapa awak berdiri kat situ?" Seonghwa memandangnya.

"Kenapa?"

"Ye la awak tak nak makan ke?" soal menyoal antara mereka berdua.

"Saya kan orang gaji Tuan? Orang gaji mana boleh makan semeja dengan majikan dia"

"Itu rules lama. Ni rules saya awak kena duduk makan dengan saya. Penat-penat awak masak ni"

"Tapi..."

"Takde tapi. Duduk je. Lagipun makanan ni lagi sedap makan berdua"

"Berdua? Yang seorang lagi tu?"

"Seorang lagi? Oh Hongjoong? Dia dah balik rumah dia sebab esok dah start kerja. Duduk sini pun sebab tumpang je sementara dia cuti" Yeonju mengangguk-angguk.

"Cepatla sini duduk. Saya lapar dah ni"

"Yelahh"

Yeonju mengalah. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Seonghwa. Mereka mula menelan makanan tanpa sebarang bunyi.

Yeonju agak kurang selesa dengan situasi tersebut. Dia mula berdehem untuk menarik perhatian Seonghwa. Dan nampaknya dia berjaya apabila Seonghwa mengangkat mukanya memandang ke arah Yeonju.

"Kenapa? Awak nak air ke?" soalnya dengan prihatin.

"Ah tak saya cuma nak tanya"

"Tanya la" Seonghwa menyambung suapan ke dalam mulutnya.

"Emm Tuan memang duduk sini sorang je ke?"

"Yup saya sorang je. Sebenarnya rumah ni tinggal dengan parents saya, tapi mereka pindah dan hadiahkan rumah ni untuk saya. Kenapa awak tanya?"

"Takde la, saya cuma pelik. Rumah ni agak besar tapi Tuan tinggal sorang. Tuan tak nak kahwin ke?"

Seonghwa yang sedang meneguk air itu sedaya upaya menahan dari tersembur. Kemudiannya dia terbatuk kecil. Tangan spontan menumbuk dadanya.

"Eh maaf Tuan. Ambil tisu ni"

Yeonju gelabah menghulurkan tisu kepada majikannya itu. Seonghwa mencapai tisu tersebut lalu mulutnya dilap sedikit.

"Err Tuan ok?" soal Yeonju yang masih rasa bersalah.

"Saya ok. Cuma..."

"Cuma?"

"Untuk soalan awak tu, sebenarnya saya baru lepas putus tunang sebelum saya jumpa awak" terang Seonghwa.

"Eh yeke? Maaf saya tak tahu"

"Takpe tak perlu minta maaf. Bukan salah awak pun. Lagipun sekarang ni mesti dia dah bahagia dengan pilihan dia sendiri"

"Pilihan dia sendiri?" Seonghwa mengangguk.

"Saya bertunang dengan dia sebab pilihan keluarga. Saya ingatkan dalam proses bertunang tu, kami sama-sama ada perasaan satu sama lain. Tapi nampaknya saya je yang bertepuk sebelah tangan" terangnya lagi.

"Ohh. Jarang la saya dengar kalau bertunang atas pilihan keluarga, lelaki yang bertepuk sebelah tangan je. Selalunya perempuan yang kena"

"Iyeke? Mana awak tahu?"

"Drama" Seonghwa menahan tawanya.

"Drama is always a drama. Tak semuanya sama macam kehidupan real"

"Hurmm tapi Tuan tak nak ke cari yang baru?"

"Cari yang baru?" Seonghwa berkerut dahi.

"Yela. Open new book dengan orang baru. Takkan la takde yang suka dekat Tuan saya ni" bodeknya sambil tersengih-sengih.

"Hurmm cari yang baru ya?" Seonghwa mengusap-usap dagunya sambil matanya memandang ke atas.

"Saya ambil awak je la. Amacam?"

"Eh saya? Kenapa pulak?"

"Yela awak single. Saya pun single. Jom laa kahwin" Seonghwa tersengih sambil mengangkat-angkat keningnya.

Euww he's flirting.

"Tak nak saya dengan Tuan. Muka dahla macam angry bird" balas Yeonju dengan sarkastik.

"Excuse me?"

"Nothing"

Yeonju menyambung suapan nasi ke dalam mulutnya. Seonghwa masih memandang ke arahnya dengan wajah yang tidak puas hati.

"Eh kenapa pandang saya? Boleh kenyang ke kalau pandang muka saya ni? Tak kan? Cepat habiskan makanan tu. Nanti masuk lalat tahu la" ujar Yeonju bersahaja seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.

Seonghwa berdecit perlahan. Dia masih tidak puas hati dengan apa yang dia dengari tadi.

Sabo je la...

[H] 𝐀𝐧𝐠𝐫𝐲 𝐁𝐢𝐫𝐝 : ɪʟᴏᴠᴇʏᴏᴜ | P.S.HWhere stories live. Discover now