⇢ ˗ˏˋ ♔ ࿐ྂ•·.·''·.·•‗ ❍
" kau suka park jihoon tu ke..?"
air liur ditelan perit dan perlahan jijoo mengangkat muka menghadap kangmin.
muka namja itu serius menanti jawapan jijoo.
" e-eo....?"
" jujur je dengan aku yoo jijoo, aku takkan buat benda yang kau tak suka.." tangan jijoo digenggam, dan dia mengeluh berat.
" andai dia sakiti kau, aku akan jauhkan dia dari kau. dan kalau dia buat kau kecewa aku akan balas macam tu kat dia.."
" aniyo...d-d-dia...baik sangat..."
" ouh...jadi...jawapan kau?"
" n-n-nae....geuji.."
mukanya dipalingkan ke bawah, satu perasaan yang semua orang di dunia ini tak dapat tafsirkan.
antara perasaaan malu, waswas, gembira dan macam2.
berlainan pula bagi kangmin, meski terkejut, dia cuba mengawal riak mukanya. hanya tuhan yang tahu, kecewanya dia sekarang ni.
tangannya yang hampir menggigil dia cuba tenangkan. satu senyuman memguntum di bibir, menahan rasa patah hati.
" o-okey...."
" dia..baik sangat dengan saya...walaupun dia kasar pada mulanya, tapi dia ada sisi mulia yang dia tak tunjukkan pada sesiapa." cerita jijoo tanpa dipinta, senyuman bahagia mekar di bibirnya sebelum dia terkedu memandang kangmin.
" m-minmin...awak-"
" gwaechanayo..."
" tak..awak kenapa..kenapa..awak tak sihat?"
" ani...! jangan gelabah yoo jijoo...kau patut risaukan diri kau, bukan aku.."
" kenapa awak menangis.....?"
" ahh biasalah habuk masuk mata...haha.." kangmin tersenyum palsu, tangannya pantas mengesat sisa air matanya.
" aku keluar dulu..."
" n-nae..."
jijoo memerhati bayang kangmin sehingga pintu wad menghalang pemerhatian itu.
" pelik....dia tak sihat ke?"
bibirnya diketap halus, risau dengan perubahan kangmin yang tiba2 sahaja. manakala di luar....
sedaya upaya kangmin cuba menahan dirinya daripada menangis lagi. aish jinjja? kuat la kangmin...!
entah kenapa, saat setelah jijoo ucap macam tadi, dia rasa sedih, sedih yang sangat.
seakan akan rasa yang datang kali ni..memberitahunya yang yeoja bernama yoo jijoo itu akan terlepas di tangan orang lain.
" jangan risau la yoo kangmin..jijoo..dia bukan macam orang lain...dia sangat teliti akan seseorang..jadi kalau dia cakap orang tu baik...dia memang baik...tu kelebihan gadis idaman kau..."
dia cuba tersenyum disamping memberi kata2 semangat dalam dirinya, cuba menghapus kata2 negatif yang datang menerpa.
langkah diangkat sampailah dia tiba diluar hospital, udara segar diambil sebanyak yang boleh yang dia menghembus nafas seperti manusia biasa.
langit biru yang terbentang luas dipandang. dalam diam dia bersyukur tak perlu menjadi watak2 jahat yang suka merampas kebahagiaan orang lain.
sekali lagi matanya berpusing memandang langit yang dihiasi awan2 putih, membuatkan namja itu tersenyum lebar.
YOU ARE READING
save your tears + park jihoon
Romancejatuh sakit itu biasa, tapi ditinggalkan itu luar biasa .