PROLOG

32 2 0
                                    

"Tolong! Tolong! Tolong" Aku menjerit sekuat hati untuk mendapatkan pertolongan untuk membantu Maksu aku yang kini berada dalam keadaan kritikal. Darah membuak-buak keluar daripada dahi Maksu. Aku yang melihatnya semakin tak tenteram.

Memang aku tak sangka kejadian rompakkan kali ini memang benar-benar terjadi pada diri aku sendiri. Sebelum ini hanya pernah menyaksikan sekadar lakonan dan buah mulut orang sahaja.

"Tolong!" Jerit aku entah buat kali keberapa. Sesekali aku memandang kawasan sekeliling aku ternyata hanya diliputi kawasan hutan.Air mata aku mula berkolam dalam mataku kerana berasa tidak akan ada manusia yang akan datang untuk selamatkan aku dan Maksu.

" Ya Allah... Bantulah hambamu ini, kau permudahkanlah urusan hambamu ini, sesungguhnya hanya dengan kuasa keajaibanmu sahaja yang dapat menolong aku." Aku berharap ada sinar yang indah buat aku ketika ini. Kepala Maksu yang berada di atas peha aku, aku usap perlahan.

" Maksu,Maksu bertahan ya? , sekejap lagi pasti ada orang datang selamatkan kita, tahan ya Maksu?".Aku memberi kekuatan kepada Maksu berserta suara sedu-sedan menahan tanggis.

Sedang aku berfikir cara untuk selamatkan Maksu jika tiada insan yang datang selamatkan kami,tiba-tiba ada satu cahaya terang menyuluh tepat ke arah aku dan Maksu yang terdampar di bahu jalan. Segera aku letakkan kepala Maksu kebawah lalu berlari untuk meminta bantuan kenderaan tersebut. Dari kejauhan kelihatan seperti sebuah kereta.

Aku berlari menuju ke tengah jalan lalu mengawang-gawangkan tanganku untuk menahan kereta tersebut.

Kereta itu berhenti di tepi jalan berdekatan Maksu lalu keluar seorang lelaki daripada bahagian penumpang seraya berlari mendapatkan Maksu dan terus di bawa masuk kedalam perut kereta di bahagian belakang.

Aku segera pergi kearah bahagian penumpang yang lelaki tadi membawa Maksu.Lelaki itu menyelesakan kedudukan Maksu yang tidak bermaya kerana kehilangan banyak darah. Aku hanya memerhati tindakan lelaki itu dari belakang badanya.

Tidak semena-mena pergelangan aku ditarik kuat dan menyebabkan aku terjatuh di atas tempat duduk kereta itu. Aku tercenggang buat seketika. Bila masa lelaki itu menyedari kehadiran aku dibelakangnya.

"Mika go to hospital! Faster!"Jelas kedengaran tegas dan garau suara lelaki di sebelah aku.Aku yang dengar arahan itu terus tersedar bahawa aku berada dalam jarak yang begitu rapat dengan lelaki itu.Sedar akan perkara itu, lantas aku menginjak dan berhimpit ke arah bahagian pintu kereta.Bau wangian daripada lelaki itu menusuk kedalam rongga pernafasanku membuatkan aku berasa tidak selesa berada dalam situasi ini. Sungguh wangi!.

Kereta terus dipandu laju oleh pemandu yang digelar Mika itu.

🌼🌼🌼

Aku dan lelaki tadi turut menuruti katil beroda yang ditolak oleh nurse untuk masuk ke dalam wad kecemasan. Maksu hanya melihat wajahku dengan pandangan sayu ketika mata kami bertembung. Sepertinya MakSu kesian melihat keadaan aku. Aku tetap senyum paksa melihat MakSu untuk menyakinkan MakSu bahawa aku kuat.

"Maaf ya,orang luar tidak boleh memasukki wad kecemasan.Sila tunggu di luar". Sebaik tiba di hadapan pintu wad kecemasan seorang nurse wanita menegah aku dan lelaki itu daripada memasukki wad kecemasan.

Lelaki itu hanya mengangguk akan kata-kata nurse tersebut tanda fahama,lalu pintu wad kecemasan ditutup.

Aku melepaskan keluhan berat dan berharap agar MakSu dapat diselamatkan. Tanpa MakSu entah apa nasib yang akan menimpa aku sejak aku kecil, aku terlalu sayangkan MakSu dan masih belum bersedia jika MakSu pergi meninggalkan aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lucca's Bella [ LB ] {ON GOING} Where stories live. Discover now