Ahyoung meletakkan sebotol kecil pepsi di dalam bekas abu itu . di belakang nya terdapat sebuah gambar dengan senyuman manis milik seseorang . ya , Han Jisung
dia tersenyum kelat memandang nya , terkenang kenangan lama bersama namja itu . sungguh dia rindu tak terkata
" hey , macam mana hidup dekat sana ? seronok tak ? mesti kau lagi sihat kan ? aku harap kau bergembira " Ahyoung mengusap gambar yang berada di dalam bingkai gambar itu
" aku sekarang dah bahagia , terima kasih bersama dengan aku walaupun sekejap "
Ahyoung mengundur ke belakang , kemudian membongkok kan badan nya tanda hormat . dia memandang bekas abu itu lagi , dia mengucapkan selamat tinggal
" Ahyoung , jom balik . lama sangat kita dekat sini " Leeknow yang menyedari betapa lama nya mereka berdua di situ , membawa isteri nya pulang
Ahyoung mengangguk , mereka berdua pergi meninggalkan tempat itu dan beransur pulang . mereka sudah penat selepas melakukan banyak kegiatan dalam satu hari , maklumlah dah khawin
Leeknow dan Ahyoung berkhawin dua tahun selepas tamat persekolahan , semua nya disebabkan janji kukuh dari Han Jisung
━━━
Ahyoung sedang mengemas rumah , sementara Leeknow masih belum pulang bekerja , dia mengambil masa untuk membuat apa yang dia suka
" holy shit , aku kena ambil Minyoung dekat tadika "
Ahyoung berhenti , dan kemudian dia bergegas keluar dari rumah . dia takut kalau kalau anak nya tertunggu lama disitu , selalu saja dia leka kerana dia sibuk mengemas . risau kadang kadang
kereta diberhentikan , Ahyoung dengan kelam kabut berlari keluar dari kereta dan menuju ke tadika
" mommy ! " Lee Minyoung , kanak kanak perempuan itu tersenyum melihat kelibat ibu nya
Minyoung merupakan nama gabungan bagi , Minho dan Ahyoung . jadi mereka menamakan dia Lee Minyoung
" maaf lambat , tunggu lama ke tadi " Ahyoung berhenti dengan nafas nya yang tersekat sekat . nasib baiklah dia ahli sukan masa sekolah menengah dulu
" takde lah , Minyoung baru je keluar tadi " Minyoung menggeleng , dia terus mendapatkan ibu nya selepas menerima perlepasan dari guru tadika yang menjaga nya itu
" kamu tunggu dalam kereta , mommy nak jumpa cikgu kejap " Ahyoung tersenyum memandang anak nya itu , lantas dia mula masuk ke dalam tadika
jangan risau , Minyoung dah tau cara mengunci kereta jika Ahyoung atau Leeknow tiada bersama . semua nya sudah diajar demi keselamatan terjamin
selama beberapa minit berbicara , Ahyoung keluar dari tadika dan tersenyum manis kearah guru itu
dia berjalan menuju ke kereta yang di parkir agak jauh dari situ , kerana tadika itu betul betul di hadapan sekolah menengah . jadi agak sesak untuk memarkir kereta dari jarak yang dekat
seseorang dengan tak sengaja melanggar bahu kiri Ahyoung membuatkan dia hampir terjatuh . dari pakaian nya nampak seperti pelajar sekolah menengah
" noona tak apa apa ke ? " pelajar itu mengambil bola yang dibaling oleh rakan nya tadi , dia memandang kearah Ahyoung dengan rasa bersalah
Ahyoung tersentak , dia terasa seperti deja vu . betul ke apa yang dia nampak sekarang ni . Ahyoung diam
" noona ? " pelajar itu melambaikan tangan membuatkan Ahyoung tersedar dari lamunan nya
" nama adik siapa ? " tanya nya ragu ragu
" Han Jisung "
nampak nya dia betul , pelajar di depan nya itu tersenyum kearah nya . memang betul betul seiras Han Jisung yang dikenali nya , dengan gaya rambut dan pakaian . cuma satu saja berbeza , dia bersuara . suara yang amat sedap didengari
begitu lah suara sebenar Han Jisung ; desis hati Ahyoung . walaupun dia bukan lah Han Jisung yang dikenali nya , dia tahu suara itu memang sepadan
" Hannie , mana bola aku ! " satu jeritan dari pagar sekolah menengah itu memecahkan suasana . mungkin itu rakan nya
" nah ambil bola kau balik pabo " pelajar lelaki itu membaling bola itu semula kearah rakan nya . dia tertawa hibur
ya , Ahyoung sangat rindukan semua itu , wajah itu , gelak tawa itu . walaupun sikap dan perangai pelajar itu tidak lah selembut Han Jisung yang dia kenal , dia gembira
" bye noona , sampai kita berjumpa lagi " pelajar itu memandang kearah Ahyoung semula , dia mengenyitkan mata dan kemudian berlari kearah rakan nya
oh tidak , adakah ini janji yang dimaksudkan oleh Jisung dalam surat itu . tak , dia tak bersedia lagi . dan juga , dia dah menjadi isteri orang dan sudah pun mendapat anak . apa bakal berlaku ?
━━━
THE END
HI GUYS ! SELAMA TIGA BULAN AKU DAPAT HABISKAN FF NI . ALHAMDULILLAH LAST CHAPTER LAST PUASA HAHAHAHA
oh ya thanks for reading and thanks for support me ! aku appreciate gila sebab ada yang baca ff ni . ku kira ff ini noob kayak artwork kau . eh takde la
i know ff ni agak cliche and sedih , tapi memang genre dia sad romance kan HAHAHA . jangan sedih , Han Jisung real still hidup , hah tu dia tengah busy prepare kingdom
and one more , aku tak buat special chapter or season two sebab aku malas nak sambung ! luv yall ♡︎
RANDOM TAGS :
soojiniest leebit- jungyrinx- yuyjinlv S00BPPANG iamchanslaptop savagesquirrel
YOU ARE READING
unspoken ➳ han
Fanfictionapa nasib kau bila bercinta dengan seorang budak bisu yang bernasib malang. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021