Jungkook akan mati? Aku macam mana?
Jam di pergelangan tangannya ditilik. Ada lagi 20 minit. Dia takut. Dia takut jika keputusan yang dia buat akan memakan diri sendiri. Namun dia yakin yang keputusan ini yang paling tepat.
Mata dipejam sementara mencari nafas baru dan kekuatan agar dia dapat berdepan dengan maut nya sendiri. Ya, dia sudah bersedia.
Ting
Kepala ditunduk memandang jam. Sudah pukul 12 pagi. Cepatnya masa berlalu. Dia menghembuskan nafas cemas sebelum kaki melangkah menuju ke arah pintu. Dengan keberanian yang ada, dia menolak daun pintu itu.
Klek
Pintu dibuka dan terpapar lah belakang tubuh seseorang yang amat dia kenali. Jeon Jungkook. Deruan angin malam tidak dia kisahkan. Kaki mula melangkah mendekati tubuh itu. Baru sahaja tangan mahu memegang baju itu, satu suara yang tidak asing kedengaran.
"Kau datang."
Pandangan dialih memandang belakang kepala itu. Ya, Jungkook sedang membelakangi dirinya ketika ini. Dia kekal diam sehingga tubuh sasa dihadapannya mula berpusing ke arahnya. Dan ia benar Jeon Jungkook. Terkelu dia memandang ke arah Jungkook. Wajahnya sudah tidak seceria dulu. Wajahnya kian suram.
"Kook.."
Sedaya upaya ditahan air mata agar tidak gugur dihadapan jejaka ini. Manakala Jungkook hanya tersenyum pucat. Jungkook-ah, janganlah macam ni.
"Aku akan mati dan kau akan hidup. Kalau kau rindu aku, tengok bintang. Bintang yang paling cerah, tu aku. Kau luahkan segalanya dekat dia."
Gugur jua air mata yang dibendung. Pandangan sudah pun dikaburi air mata sedari tadi. Tangan Jungkook naik memegang bahu Sarang kemas agar tubuh kecil itu tidak jatuh ke tanah apabila dapat dia rasakan bahawa tubuh itu terlampau lemah ketika itu.
"Sayang, ingat pesanan aku sampai bila-bila. Aku janji aku akan teman kau. Ada dengan kau sampai bila-bila. Tengok kau dan selamatkan kau. Dari atas."
Laju tubuh kekar itu dipeluk Sarang erat. Dihambur semua disitu. Jungkook tidak membalas atau membantah malah membiarkan sahaja bajunya basah dek air mata kekasih hati. Jujur dia katakan, dia tidak mahu berpisah dengan gadis dihadapannya ini. Gadis ini ibarat nyawa dan hidupnya namun dia tahu, ini salah.
Pelukan dilerai oleh Jungkook. Sarang terpinga-pinga. Pantas sahaja memandang ke arah wajah tampan itu.
"K-Kenapa?"
Jungkook memegang erat kedua bahu gadis itu sebelum bibir bergerak mengatakan bait-bait perkataan yang berjaya merapuhkan lagi hati yang sudah rapuh.
"Aku dah kena pergi. Janji dengan aku kau akan jaga diri kau, jaga makan kau, jaga kesihatan kau dan jaga bayi kita."
Tangisan yang baru sahaja berhenti kembali kedengaran. Sarang teresak-esak menangis ketika tangan Jungkook mula membelai perut kempis nya. Badan Jungkook tertunduk ke bawah.
"Sayang, jaga eomma untuk appa. Appa sayang eomma dan sayang sangat-sangat. Ingat, kalau eomma sedih, bagitahu dia supaya tengok bintang. Tu appa. Saranghae."
Dicium sekilas perut itu sebelum badan ditegakkan kembali. Wajah Sarang dipandang. Air mata dilap lalu rahang pipi itu dipegang. Direnung iris mata itu dalam.
"Sarang.."
Sarang yang sedari tadi memandangnya dipandang dengan segala kasih sayang. Pipi itu dielus lembut.
"..hae."
Bibir mereka bersatu. Sarang hanya membiarkan sahaja. Dia berdoa agar masa dihentikan ketika ini. Tidak mahu untuk berpisah.
"Aku pergi dulu."
Belum sempat Sarang mahu menghalang, Jungkook terlebih dahulu terjun dari bumbung bangunan itu. Terbuntang luas mata Sarang. Laju dia menghampiri sisi bumbung itu. Tangisannya semakin menjadi apabila matanya menangkap tubuh Jungkook yang sudah berlumuran darah. Laju kakinya melangkah turun dari bangunan itu.
Sesampai sahaja disitu, badan kaku Jungkook dihampiri nya. Refleks dia duduk dan mengangkat tubuh itu naik ke atas ribanya sebelum dipeluk erat.
"JUNGKOOK!!!"
Sarang menangis histeria. Namun dia tahu, semuanya sudah terlambat. Lelaki itu sudah pun menjadi salah seorang malaikat di syurga.
+++
TBC
YOU ARE READING
[COMPLETED] ANOTHER CRUSH || JJK
Fanfiction⟨ BTS FANFICTION #3 ⟩ "Are you ready to go from here?" Start : 25/05/2020 End : 02/07/2021 Re-pub : 23/06/2023 (without any edits) • persamaan yang berlaku tidak disengajakan. • no copyright allow. • i was too young when this story was created. al...