Azure dan Mawar

8 1 0
                                    

☁️🌹

Azure menghulurkan bunga mawar warna hitam atau lebih tepat lagi, warna merah yang gelap. Ianya hasil genetik yang melambangkan kesedihan yang mendalam serta kematian. Bibirnya tersungging senyuman manis.

"Warna biru barangkali melambangkan kedamaian dan juga ketenangan tapi bunga mawar biru hanyalah terlakar di setiap imaginasi manusia. Jadi Azure, kau hanyalah satu hamparan langit sahaja. Tidak mampu dicapai apatah lagi digenggam. Sekurang-kurangnya aku wujud dan utuh di pentas sandiwara ini." Mawar berkata dengan nada yang angkuh. Matanya yang berwarna merah gelap itu menjeling Azure dengan tajam.

Ternyata Mawar tersalah anggap akan niat Azure sebenarnya.

Mawar melemparkan bunga mawar merah gelap itu ke udara. Habis semuanya jatuh dan rebah ke bumi.

"Jika tiada aku, apa yang akan jadi pada bumi ? Aku dicipta sebagai atap untuk melindungi dari benda yang berbahaya yang berjatuhan dari luar angkasa -"

"Biarkan saja berjatuhan. Untuk apa melindungi manusia yang kebanyakkannya tidak berperikemanusiaan. Mereka adalah satu makhluk yang menjadi khalifah di bumi tapi mereka adalah penghancur dunia. Lihatlah sekeliling. Apa yang kau lihat ? Jika semuanya bahagia, maka tidak wujudlah aku. Aku ada di sini kerana kesedihan. Kerana kematian. Lihat sekeliling Azure. Di mana nilai kemanusiaan mereka ? Kerana kuasa mereka menjadi tamak dan pentingkan diri," sampuk Mawar dengan rasa marah yang tidak mampu ditahan.

Azure menyentuh kelopak bunga mawar yang terlena di tanah.

"Tidak semuanya begitu. Masih ada manusia sesuci mawar putih." Azure memandang Mawar dengan mata yang berkaca.

"Satu hari nanti, kebaikan mampu mengatasi kejahatan. Satu hari nanti, akan bangkitnya manusia menentang kezaliman manusia yang tidak berperikemanusiaan ini. Biarkan waktu berdetik lebih lama. Pada waktu itu, aku janji, kau akan menghilang dari dunia ini. Segala penderitaan kau akan lenyap."

Azure mencapai tangan Mawar. Dia meletakkan kelopak bunga mawar merah gelap itu pada telapak tangan Mawar.

"Kau percayakan aku bukan ?"

Mata Mawar tertancap pada kelopak yang berada di telapak tangannya. Warna putih.

"Aku sentiasa percayakan kau, Azure."

~izwax ( 10 Mei 2021 )

Terbang Tunduk AkuWhere stories live. Discover now