untitled : 1

1 0 0
                                    

Sara termenung jauh memandang cermin solek di biliknya. Seribu satu perasaan bercampur dalam dirinya.

Malas nak pergi sekolah, down, insecure, serabut semualah. Kalau diikutkan hati,dia ingin lari dari rumah dan duduk jauh-jauh dari semua orang. Baginya,hidup bersendirian pasti lebih indah.

"Sara!! Cepatlah siap! Kan dah nk pergi sekolah ni?!"

Sara merengus dari dalam dalam bilik. "Ya ya,sabarlah!"

"Sabar,sabar!! Cepatlah siap,tak nak sekolah ke kau ni?!

Dengan geram sara bangun buka pintu sambil menjawab " Ya orang memang tak nak sekolah pun!"

"MELAWAN!! MELAWAN!!"

Hampir pecah gegendang telinga sara tatkala ibunya berkata itu. Mata ibunya kelihatan agak marah dan nafasnya turun naik memandang sara. Sara dengan muka tanpa perasaan terus berkata "minta maaf umi"

Barulah ibunya berjalan menuruni tangga sambil diikuti sara di belakang. Sara melepaskan nafas berat. Dia letih.

Dia terus sahaja menyumbat nasi goreng dengan rakus sesaat selepas melabuhkan punggung .

Ibunya hanya diam memerhati. Dia memerhati dengan sangat teliti setiap suapan sara. Ada masa dia akan hulurkan air pada sara.

Tak lama kemudian kedengaran seseorang turun dari tangga. Bukan seorang tapi dua . Siapa lagi kalau bukan nenek dan atuknya.

"Mak sampai sana pimpin sara tau." Pesan Pn Haiza cemas dan bersungguh pada nenek Sara. Atuk sara menggeleng sambil membalas "Dukung belakang mak sekali eh"

"Nanti mak dukung,mak pimpin sara sampai kelas ya..." Jawab nenek Sara memerli.

"Boleh juga mak. Yalah,sara kan anak Iza."

"Ada ke budak sebesar 17 tahun nak buat macam tu?!" Atok Sara membidas geram.

"Mestilah,anak iza! Hilang nanti macam mana?!"

Nenek Sara mengeluh perlahan sambil sayu memandang sara dan anaknya manakala atok Sara menggeleng berkali-kali sambil urut dahi.

"Dah ke belum sara? Dah dah jom."

Sara yang sedang meneguk air pantas bangun dengan ibunya di sebelah bawakan beg sekolahnya menuju ke kereta.

"Bila agaknya nak baik anak aku ni...." Ujar nenek sara sendirian.

Ibu Sara membukakan pintu kereta lalu sara masuk sambil memegang beg sekolahnya di atas riba.

"Bye bye kakak sayang! Muah" ucap ibunya sambil mencium pipi kiri sara. Sara masih sepeti tadi,tiada perasaan dan hanya membalas lambaian ibunya malas-malas.

Selepas semua menutup pintu masing-masing, barulah ibunya menutup pintu kereta bahagian sara. Ibu Sara melambai dengan bersungguh di atas jalan sehingga kereta sara membelok ke kanan.

Sara menutup mata sambil mengharapkan semua ini hanyalah mimpi ngeri walaupun dia sedar ini semua realiti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Feel specialWhere stories live. Discover now