Selepas Jin balik Byul memanggil Yong "Yong dah siap mandi belum?" Kata Byul sambil membuka pintu "Arghhhh!!" Yong menjerit kerana Byul buka pintu semasa Yong tengah pakai baju "Alah kau ni aku dah nampak dari atas sampai bawah tak payahlah nak malu sangat.. cepat sikit aku nak masak" Kata Byul tersenyum "Ehh pandai ke kau memasak? Tak pernah pernah kau memasak?" Kata Yong pelik "Aku bab bab memasak memang nombor satu tak ada sesiapa boleh lawan rasa masakan aku" Kata Byul berlagak (Bukan aku sorang je kan yang teringat tentang Byul masak omelet untuk Wheein😂) "Ok kalau dapur terbakar jangan salahkan aku" Yong bergurau
Lepas Byul siap memasak
"Hah dah siap tadaa, cantikkan" Kata Byul bangga dengan persembahan makanannya "Kalau makanan cantik tapi rasa dia tak sedap tak guna jugak" Kata Yong sambil memusingkan makanan tu. Byul mengambil chopstick lalu makan lauk yang dia masak. "Emm sedapnya Yong rasalah sumpah sedap aku tak tipu" Kata Byul bangga, Yong menyuap makanan yang Byul masak "Emm Sedap lepas ni kau sorang jelah masak eh" Kata Yong ketawa kecil "Hmm tak akan aku sorang je" Byul mencebik "Alololo kita dua memasak okay" Kata Yong memujuk "Eh bukan arini kita nak keluar dating ke?" Kata Yong cuba menukar topik "Ehhh yelah Yong cepat siap aku dah tempah tempat best ni, kau mesti suka" Byul berlari ke arah bilik dan memakai baju tergesa-gesa
Di Taman Hiburan
Byul berjalan sambil menutup mata Yong "Byul aku tak nampaklah" Kata Yong takut "Jap lagi sikit je ni.. Hah dah sampai" Byul membuka mata Yong, Yong terkejut melihat tempat tu. Byul tahu yang Yong teringin nak pergi ke Taman hiburan "Byul A-aku" Yong tak sempat nak habiskan kata katanya kerana Byul mencium bibirnya "Harini kita have fun je okay" Kata Byul sambil memandang Yong yang hampir menangis "Dahlah tak payah nak menangis setakat ke sini je kot" Byul memujuk Yong lalu menarik tangannya untuk masuk ke taman hiburan itu. Selesai masuk ke taman hiburan itu Byul dan Yong ternampak ramai orang berkerumun di stage tu "Eh tu bukan ke BTS?" Kata Yong "Haahlah... KIM SEOKJIN!!!" Byul menjerit nama Jin dan jin menoleh "Ehh Moonbyul" Jin meninggalkan orang ramai dan kumpulannya untuk pergi ke arah Moonbyul "Moonbyul apa kau buat kat sini?" Soal Jin "Ooh aku bawak Yong datang sini" Kata Byul. (Yong dan Jin adalah classmate ketika kecil)
"Yong?" Soal Jin pelik "Yelah Kim Yongsun ex classmate kau" Kata Byul "Err Byul Yong kan da-" "Jin hyung kita nak perform ni" Kata Jungkook memanggil Jin "Emm takpelah, Byul jomlah tengok kitaorng perform" Ajak Jin "Okay"
Bersambung...
YOU ARE READING
Halusinasi
FanfictionMoonbyul dan Yongsun adalah kawan baik dari kecil dan memulakan percintaan mereka pada umur 18 tahun, cita cita mereka menjadi seorang Kpop idol. Tetapi banyak dugaan yang menanti mereka