REVIEW: CINTAKU DI GUNUNG LEDANG

15 2 0
                                    

TAJUK: CINTAKU DI GUNUNG LEDANG
PENULIS: NURMI SYAKIMI
PENERBIT: SENIWAN

Sebuah kisah cinta fantasi yang sarat dengan adegan pertempuran dalam suasana kedamaian hutan Gunung ledang. Ketenangan dan kematangan Saif Arjuna, putera puak Harimau Belang Emas tika bergelut untuk memlilih antara mempertahankan cinta atau meleraikan sumpahan yang berkurun sangat mencuri hati aku. Apatah lagi dengan olahan karakter yang begitu sempurna untuk membuatkan aku jatuh hati padanya.

Cinta dua alam yang mustahil untuk bersatu membuatkan aku tidak betah untuk berhenti daripada meneruskan pembacaan wayang fantasi yang mengujakan ini.

"Neesa..."
"Neesa akan jadi orang baharu di sini. Jadi, jangan merayau sesuka hati. Kelak, padah mendatang meskipun tidak diundang" - Saif Arjuna.

Bukan saja Neesa, aku pun sudah mencari nahas tika membaca CINTAKU DI GUNUNG LEDANG. Bayangan Saif tak pernah lekang dari tubir mata. Aduh, parah!

"Kami sudah berjanji untuk tidak jatuh cinta disebabkan asal usul keturunan kami yang berbeza. Pada mulanya saya dapat mengawal perasaan saya biarpun kadangkala saya melayan perasaan yang membahagiakan itu ketika bersama Saif. Tapi sejak akhir-akhir ini, saya rasa keliru. Saya jadi tamak untuk terus berada di sampingnya dan saya tidak dapat patuh pada apa yang sudah dijanjikan." - Neesa.

Ah Neesa! Si gadis berhati suci tapi jiwa penuh keberanian dan ketegasan. Macam mana kau boleh langgar perjanjian yang kau sendiri cipta Neesa? Bukankah kau manusia yang tetap pendirian?

"Neesa, aku bukan tak mahu percayakan kau. Tapi aku faham bagaimana kuatnya tarikan kau pada dia kerana aku juga dapat merasakannya ketika peristiwa manis itu. Tolonglah! Tolonglah sedarkan dia sepertimana kau sedarkan aku." - Agus Andika

Aduh, Agus! Kerana bangsa kau sanggup ketepikan cinta. Kerana keluarga, kau sanggup korbankan perasaan. Dalam ketegasan, ada kenakalan. Dalam keegoan, ada kelembutan. Ah, aku suka kau Agus!

Plot cerita yang lain daripada yang lain. 600 lebih muka surat, aku mampu habiskan dalam masa sehari. Bukan semua novel aku akan habiskan dalam masa sehari kecuali novel itu benar-benar mampu membawa aku masuk sekali dalam penceritaan seolah-olah semuanya berlaku di depan mata!

Saat cinta mula berkembang mekar, maka segalanya akan berubah. Yang melihat menjadi buta, yang terpateri boleh terlerai. Sebuah penamat cerita yang menjanjikan kebahagiaan dan senyuman dibibir sesiapa yang membaca selepas menahan debaran disepanjang perjalanan cerita. Segala persoalan yang terbelenggu akan terjawab dengan penuh kelegaan dijiwa.

Tahniah Nurmi Syakimi Novelis  ♥️

10/10

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REVIEW NOVELWhere stories live. Discover now