M2

14 4 0
                                    

"Semua sudah ada?" soal Sowon apabila mereka kini berada di tempat yang dijanjikan untuk berjumpa.

"Sowon, kita hanya berenam. Bukannya berpuluh sampai perlu tanya sama ada kalau semua sudah ada ataupun belum. Tengok sendiri lah." Yerin berkata mengejek.

"Tidak puas hati betul perempuan ni tau." kata SinB dengan nada geram.

"Relax. Kita memang kurang pun lah." kata Yuju setelah meneliti siapa-siapa yang tiada di situ.

"Umji tiada di sini lagi." Eunha menyebut siapa yang tiada di situ.

"Tengok, kita berenam pun masih ada yang kurang." SinB berkata menghalakan kepada Yerin. Yerin hanya mendiamkan diri.

Tidak lama, sebuah kereta Alza menghon ke arah mereka.

"Hai guys, sorrylah kalau lambat." Umji keluar dari kereta Alza tersebut dengan senyuman ceria tanpa tahu ada yang berlaku tadi.

"Hai Umji. Kita naik yang ini ke?" soal Eunha.

"Ha'ah. Marilah naik. Jalan awal, sampai pun awal." kata Umji mempersilakan. Mereka mengikut Umji ke bonet untuk meletakkan beg pakaian mereka selama dua minggu di sana.

"Ini kereta siapa?" soal Yuju sambil menyusun masuk begnya ke dalam bonet.

"Ouh, ini kereta abang aku." jawab Umji sambil membantu Yuju memasukkan lagi beg pakaiannya.

"Abang kau? Dia tak marah ke? Macam mana kalau tetiba rosak nanti?" soal Eunha pula dengan sedikit risau.

"Eh, takpe. Aku dah pinjam. Lagipun dia kata dia nak bagi aku. So, sebelum bagi aku betul-betul biar aku rasmi dulu." kata Umji tersenyum.

"Jadi nanti jalan kau yang pandu juga ke?" soal Yerin yang tetiba menyampuk.

"Kenapa? Kau nak pandu ke? Atau ada yang nak pandu?" Umji memandang satu-persatu lima orang itu.

"Kalau kau bagi, aku nak." Sowon berkata.

"Aku ok je."

"Aku pandu." Sowon berkata dengan teruja.

"Tapi nak SinB yang duduk sebelah aku boleh? Sebab sekali nak suruh SinB rakam perjalanan kita nanti. Senang nak buat dokumentasi ataupun sebagai kenangan." kata Sowon dengan senyuman manisnya.

"Boleh. Bagus juga tu. Aku boleh bantu Yerin nanti untuk cari maklumat kalau aku tak memandu." Umji menyokong.

"Ngam. Jom naik." Eunha masih dengan terujanya macam budak-budak kecil.

Satu-persatu mula masuk ke dalam kereta Alza itu, dimulai oleh Eunha diikuti Yuju, Yerin dan Umji untuk penumpang belakang manakala pemandunya ialah Sowon dan disebelahnya SinB.

Sepanjang perjalanan selama 5 jam itu, keadaan di dalam kereta itu, tiada yang senyap. Semuanya bising apalagi apabila lagu yang berkumandang di radio diketahui oleh mereka berenam, pasti tidak akan lepas dari menyanyikan lagu itu bersama-sama. Harap saja mereka masih ingat tujuan utama mereka sekarang ini.

Prek.

Bunyi pedal kereta di tarik. Empat selebihnya yang berada di bahagian belakang melihat keluar tingkap kereta.

"Pasti ke ini tempatnya?" soal Yerin sedikit meremang melihat jalan sempit yang berada di sebelah kiri mereka.

"Tak pasti sangat sebenarnya."

"TAK PASTI?!" selebihnya menutup telinga apabila suara 'high note' Yerin keluar tiba-tiba selepas mendengar kata-kata SinB.

"Selama ni Sowon pandu kereta ni mengikut arah yang kau cakap tau. Dan sekarang kau cakap tidak pasti? What the-? Kalau macam tu bagus awal-awal suruh Umji pandu dan aku yang tunjuk arah." Yerin membebel panjang tanpa memberi ruang untuk yang lain cuba bersuara. Tarik nafas pun macam tidak mampu mendengar bebelan Yerin.

GFriend : MysteryWhere stories live. Discover now