1. Tuuudia bulan puasa melawan nafsu, kejahatan dan serotonin syndrome. Tapi endingnya rock n roll.2. Epifani; jumpa gambar zine lama di FB, buat aku rindu nak buat kesalahan last minute. Waktu muda (cey macam tua sangat) aku belajar banyak benda dengan buat kesilapan. Tapi sekarang aku kerana takutkan kesilapan, aku tak buat apa apa. Contohnya bab nak terbitkan zine. Dengan semangat yang sama dan kebetulan dah memang last minute dah pun, aku buat zine Bak Kata Orang Manjoi, tengah malam sebelum event kat Ipoh Social Club. Zine ni banyak gila typo dan kualiti cetakannya macam haram, tapi percaya la mahal aku print tu.
Aku akan betulkan semua kesilapan tu untuk edisi berikutnya. Tapi kali ni bertemankan satu lagu zine konsep sama tapi lebih tebal. Siapa dah beli zine prototaip, aku kasi diskaun khas patreon.
3. Aku cuba untuk kickstart balik benda yang aku suka dulu, tulis small moments dan kolaj digital. Aku akan cincang karya aku mentah mentah atas dapur depan orang macam dalam restoran jepun. Kalau masa aku cincang tu berpeluh, ada makwe tolong lap sebelum ia jatuh atau tidak, life must go on. Hadapilah akibat kesilapan yang aku buat sebab aku belajar dengan lebih baik begitu. Ada orang kata ini macam sesuatu yang seorang masokis (baca nombor 7) akan kata, tapi aku rasa ia hanya learning method berbeza.
4. Aku bikin akaun IG baru sebab aku nak lambakkan segala macam kerja, minat dan ejekan aku di situ. Tapi itulah, sunyi juga bikin sore sore. Subuh pun tak best.
5. Sejak dua tiga menjak ni aku reckless gila dalam beberapa hal. Tak nak mati, tapi hidup macam got nothing to lose. Jack Dawson ada titah, "when you got nothing, you have nothing to lose." Which is ada prus and kuns dia. Kuns dia hang pun tenggelam bersama kapal yang kononnya untenggelamable. Jadi senang percayakan orang salah satunya.
8. Teringat kawan aku tanya masokis tu apa lepastu kawan aku yang lagi sorang jawab dalam beberapa miliseken saja seolah olah dia memang dah bersedia untuk menerima soalan tu sepanjang hidup dan inilah klimaksnya.
"Maso rumah, kiss"
Cey melawak ja, aku mana ada kawan.
9. Malam raya, aku rasa macam nak rakam semua feeling teruja, sedih, marah, dan redha dalam sebuah cerpen. Aku pun keluar pergi kedai beli panadol untuk sakit gigi dan kopi untuk dinikmati dalam kereta sambil tengok bunga api. Kalau hang stuck hang kena bergerak, kata seorang filosofer yang aku temui sewaktu camping di Sungaj Jernih dulu. Pastu aku beli makanan kucing untuk ganti stok dalam kereta yang aku korbankan demi jaringan persahabatan.
Sebelum gerak balik aku tulis Fakyuddin - sebuah cerpen.
10. Minggu depan aku kena buat keputusan penting, doakan aku tak reckless. Tapi going head on memang dah macam jadi motor hidup aku.
10. Dan kalau motor masih hidup, gerak terus brader. Ini pun motor hidup aku juga. Rasa macam kaya, ada dua motor.
11. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin (dibaca).