Cheonsa|1

122 19 18
                                    

TINGKAP daun di tingkat loteng banglo kepunyaan Puan Qaseh ditolak pintu daunnya membenarkan angin lembut di malam hari itu melewati ruang dalam biliknya. Hati Helena Cheonsa sayu memandang ke dada langit yang membiru gelap tanpa sebarang bintik kerlipan bintang. Hanya sekadar bulan yang terbentuk kecil di atas sana. 

Namun itu juga membuahkan sebingkas senyuman dibibirnya. Sudah hampir setahun dia menginap disini. Melarikan diri jauh dari kedudukan dan liputan dunianya yang asal. Selepas apa yang menimpa kelaraan hatinya, dia tidak betah berdiam diri disana. Untuk melawan dan membalas...Dia belum punya kekuatan melakukan itu. Untuk terus berkecil hati, tetapi hatinya kini sudah parah dilukai. Kecewa yang lebih berat dan teruk daripada rasa marah. Gara-gara seorang lelaki, hidupnya berubah selemah ini.

"Helena," 

Tiba-tiba sahaja namanya diseru seseorang dari luar pintu bilik. Wajah bujurnya berpaling ke arah daun pintu yang masih terkatup rapat. Sedikit berkerut dahinya bila pintu kayu jati itu diketuk selewat jam ini.

"Ya...Ada apa?" sahutnya berserta soalan dibelakang. Kaki mula ditapak menghampiri pintu.

Adakah anak Puan Qaseh sudah pulang? Bukan Helena tidak faham. Anak tuan rumah ini sangat tidak senang akan kehadiran dia sebagai penghuni baru di banglo ini. Hinggakan Helena mengambil keputusan untuk menempatkan diri di sebuah kamar loteng hanya kerana ingin mengelak dari bertembung dengan sepasang iris biru milik Putri Hanis. Untung sahaja, bilik yang dihuni ini mempunyai pemandangan yang cantik. Bilik ini juga cukup selesa. Hanya memiliki ruangan yang sedikit kecil sahaja. Namun itu bukanlah masalah untuk dia berehat seorang.

"Helena...Saya ini, Qaseh." ujar Puan Qaseh dari balik pintu. Dia mengetuk lagi. Terus mengendur kerutan di dahi. Lega sedikit kegusaran di hati. Dengan senang hati pintu itu dibuka. Wajah Puan Qaseh menyapa pandangan mata. Tenang. Helena tersenyum manis.

"Ada apa ya Puan Qaseh cari saya larut malam sebegini? Ada yang...Saya harus tolong ke?" soal Helena tidak ragu-ragu lagi. Puan Qaseh sangat baik. Malah dia adalah insan pertama yang merisaukan keadaannya untuk duduk di bahagian loteng ini. Jadi, jika wanita itu ke sini semata-mata mendapatkan pertolongan darinya, sudah tentu dia sanggup melakukannya.

Hutang budi di balas budi.

"Putri Hanis nak pulang ke rumah dari bandar. Katanya...ingin menjenguk saya. Biasalah, tua-tua ini kadang sakit tidak menentu...ya kan?" bual Puan Qaseh dengan ramah. Dia tersenyum sipu. Helena pula ukir senyuman bahagia. Walaupun dia tak berapa baik dengan Putri Hanis, gadis itu tetap anak kepada Puan Qaseh. Gembira wanita itu...gembira jugalah hatinya.

"Ya...eloklah dia datang jenguk Puan Qaseh di sini. Lama tidak pulang kan? Hampir sebulan...Pasti Puan Qaseh dah rindu sangat ni!" Helena ketawa diikuti Puan Qaseh.

"Tapi...boleh awak bantu masakkan sesuatu untuk dia?"

Laju Helena angguk. "Ya, dah tentu."

Lega Puan Qaseh mendengarnya. Wanita itu pasakkan rasa syukur. Senang jika Helena ada. Helena seperti anak perempuannya. Anak yang ringan tulang. Baik hati. Penuh kelembutan. Kadang kala, sering menjadi rebutan masyarakat desa di sini. Lebih lagi paras rupanya yang sungguh jelita. Namanya sahaja sudah melambangkan diri. Namun, hati anak gadis ini sudah dilukai pada hari perkahwinan yang sepatutnya berlangsung. Tidak disangka...kebaikan Helena sering diperkotak-katikkan. Keikhlasan hatinya sering dibalas dengan sebuah pengkhianatan.

"Kalau begitu, saya nak kemas bilik tidur Putri Hanis. Bilik dia itu...sudah berhabuk sejak sebulan lalu. Saya yang malas hendak mengemas. Tapi kali ini...perlu juga. Dia sudah nak pulang."

Helena diam beberapa minit sebelum mengiyakan ucapan Puan Qaseh bersama secalit senyuman. 

"Puan Qaseh okay ke kemas bilik Putri sorang-sorang ni?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cheonsa Milik SyaitanWhere stories live. Discover now