01

5.2K 59 6
                                    

Pernah terfikir, jika orang yang paling kau benci boleh merubah hati kau sendiri?

Pernah merasa, jika orang yang paling kau benci adalah ahli keluarga kau sendiri?

Pernah belajar untuk menerima, jika ahli keluarga kau bukan dari darah daging kau sendiri?

Ini kisah aku...

×

Emir

Dikala petang mula bertukar ke senja, aku masih lagi duduk bersila di atas tikar mengkuang yang diletakkan disamping pusara emak. Pusara yang tanahnya belum sempat kering itu hanya dipandang kosong oleh aku dengan hati yang sedang menahan rasa sebak. Aku hanya mampu menarik nafas dalam sebelum dihembus berat tatkala tangan aku menyentuh papan kayu yang dijadikan batu nisan sementara itu.

Sejak dari pagi hingga ke petang hingga ke senja, sudah puas aku menangis sehingga aku tak larat hendak mengalirkan air mata lagi. Kehilangan emak pada hari ini sudah cukup buat hidup aku separa musnah selepas aku kehilangan ayah kandung aku sewaktu aku masih berumur 12 tahun dahulu. Dan sekarang aku hanya tinggal seorang diri.

Pemergian emak pula... hanya seorang yang patut disalahkan.

"Emir..." Seorang lelaki memanggil nama aku dengan suaranya yang sayup-sayup lembut. Aku kenal suara itu. Suara itu jugalah yang paling aku benci.

"Jom balik, nak? Dah lama Emir duduk dekat sini. Orang lain semua dah balik." Katanya sambil menghulurkan tangan kanannya yang berbalut luka di lengan kepada aku. Aku menjelingnya tajam selepas itu aku langsung bamgun dan beredar dari situ tanpa melihat wajahnya dan menyambut tangannya langsung. Sesungguhnya ketika itu aku sedang menahan diri daripada memaki orang.

Dia hanya menggeleng kecil. Tahu diri aku sedang marah. Sudah berkali-kali aku menunjukkan emosi aku sebegitu di hadapannya.

Tikar mengkuang kecil diatas tanah diambil lalu digulung sambil dia hanya melihat aku dari jauh yang sedang berjalan menuju ke kereta.

×

"Dah nak dekat pukul lapan ni. Emir lapar? Nak makan apa?"

Aku tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya hanya merenung ke luar tingkap kereta sahaja. Terasa malas hendak melayan sesiapa. Aku penat.

"Ayah singgah beli burger je la ye kalau Emir taknak makan berat."

Tetap tiada jawapan yang keluar dari mulut aku. Aku membuat pekak. Seakan-akan kewujudannya tiada langsung disitu.

"Emir taknak makan? Nanti lapar, dahlah esok sekolah."

"..."

"Emir dengar tak apa ayah cakap ni?"

PAK!

Aku memukul pintu kereta dengan kuat membuatkan dia tersentak lalu mengerut kening memandang aku sekilas sebelum kembali fokus memandu. Nafas aku berombak laju. Muka aku terasa panas kerana menahan marah dari tadi.

"Emir..."

"Aku nak kau hantar aku balik sekarang! Aku taknak lama-lama hadap muka kau dekat sini. Cukuplah apa yang jadi hari ni, aku taknak tambah serabut kepala otak." Ujar aku dengan tangan yang digenggam.

"Fine... cakap elok-elok sudah... ayah cuma-"

"Stop calling yourself as 'ayah'. Kau bukan ayah aku pun. Aku tak pernah mengaku ada ayah macam kau."

AYAHWhere stories live. Discover now