S E N D I R I

13 1 0
                                    

S E N D I R I

Pagi Ahad itu, aku bangun dari tidur. Terasa nikmatnya Dia beri peluang untuk aku terus hidup di dunia ini. Tapi, apakan daya manusia, kebanyakannya hanya membazirkan masa dengan benda yang tidak berfaedah… Aku bingkas bangun dan menyelak langsir yang berada di sebelah katilku yang bercadar putih krim. Aku menggeliat sambil menguap. Terlihat cahaya matahari yang indah, burung berkicauan dan orang sekitar sibuk dengan kerja. Embun? Hujankah? Never mind.

Aku masih dalam keadaan yang mamai. Rambutku kusut masai seperti tidak disikat berbulan lalu. Gigiku kuning seperti badak. Bau badanku semerbak ‘wangi’ seperti duduk di tong sampah seharian.

Mulalah aku merungut sendirian seperti orang gila kerana melihat sekitar rumah bersepah. Bujang kan… Kemudian, aku mencapai tuala yang digantung pada tombol pintu bilik kesayanganku lalu membersihkan tubuhku dari hujung rambut hingga ke hujung jari kakiku. Selesai mandi, aku melilit rambutku yang masih basah itu dengan tuala. Aku melihat sekeliling. Ya, memang aku tinggal seorang. Mama dan ayah sibuk dengan kerja sehinggakan tidak ambil peduli tentang anak perempuan tunggalnya yang tinggal sendirian tidak berteman.

Aku malas memikirkan fasal orang tuaku. Yang penting, aku mahu berjaya dalam kehidupan aku. Aku juga malas mahu fikirkan tentang ‘teman hidup’ atau dikatakan boyfriend dan lain-lain. Duit? Pembelajaran? Orang tuaku akan masukkan dua ribu jumlah wang kedalam akaunku setiap minggu. Itu aku agak pasti mungkin mereka masih sayangkan aku. Mungkin. Pembelajaran? Aku tak berminat. Lebih baik kerja terus.

Sedang aku mengomel sendiri, aku bancuh air kopi. Duduk di beranda apartmen milik bapa saudaraku. Angin pada pagi itu sungguh nyaman. Ya, benar. Tiada beban dalam hidupku. Tiada unsur kritik. Tiada gangguan seperti pelajar menengah yang skema. Aku suka hidupku begini. Lagi bagus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Self-Daily-Story (SDS)Where stories live. Discover now