# t w o

16 4 10
                                    

[ Rumah Agam Milik Keluarga Peter Stein ]

kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk di ruang tamu . mereka hanya diam membisu . tiada sepatah pun kata yang keluar dari mulut mereka sehingga seseorang lelaki datang menghampiri mereka .

"tuan , maaf mengganggu . amanah tuan dan puan telah saya kerjakan sebentar tadi . mereka sampai ke sekolah dengan selamat . cuma saya dapati ada aroma bangsa serigala di dalam sekolah tersebut" ujar seorang lelaki tersebut .

"terima kasih . saya tahu di sekolah tersebut ada bangsa serigala dan itu merupakan salah satu sebab mengapa saya menyuruh kamu untuk daftarkan anak anak kami di sekolah tersebut . kamu boleh sambung kerja . sekali lagi terima kasih" balas Peter kepada lelaki yang diamanahkan untuk menghantar anak anaknya ke sekolah itu .

Peter merupakan ayah kepada tujuh orang anak perempuan yang diberi nama Devyn , Eby , Elli , Ericka , Han , Suzy dan Mia dan merupakan keturunan vampire . Isterinya pula bernama Amelia yang merupakan keturunan dari bangsa serigala dan berkahwin dengan keturunan vampire iaitu Peter . ini menyebabkan anak mereka mempunyai dua jenis darah dan dua jenis keturunan iaitu darah dari keturunan vampire dan werewolf . perkahwinan di antara Peter dan Amelia menyebabkan terjadinya konflik di antara bangsa serigala dan bangsa vampire . ini menyebabkan anak - anak mereka dijadikan sasaran utama bagi bangsa serigala .

"abang , anak kita akan selamat ke dekat sekolah tersebut ? saya bimbang mereka akan disakiti . lagipula , hanya Devyn dan Elli sahaja yang pandai mengawal keadaan . yang lain perlu bergantung kepada mereka berdua . saya risau ketika Devyn atau Elli tiada di sisi mereka , nafsu dan kuasa mereka tidak dapat dikawal" luah Amelia kepada suaminya itu . air muka seorang ibu itu kelihatan sangat risau akan keadaan anak anak mereka .

Peter hanya mengusap kepala isterinya itu . "ini adalah salah satu cara saya untuk mendidik mereka bagaimana untuk mengawal nafsu dan kuasa mereka daripada membuat onar di sekolah tersebut . selain itu, anak anak kepada kakak awak juga perlu diselamatkan juga . saya yakin mereka akan bekerjasama untuk menyelamatkan diri mereka dan menumpaskan dia" pujuk Peter . dia tahu bahawa isterinya sangat membimbangkan anaknya tetapi ini adalah salah satu cara yang perlu dia lakukan walaupun dia tahu terdapat banyak risiko yang membahayakan diri anak anak mereka nanti .

persoalannya , siapakah dia yang di sebut oleh Peter tadi ???

revenge | golden childWhere stories live. Discover now