29/10/2019
♔ ARA ♔"Nah, air. "
"Thankyou.."
Ara meneguk segelas air yang diberi Eunbyeol sehingga habis setelah berjaya menenangkan diri. Eunbyeol kekal merenung kawannya itu dengan risau.
"Kau okay tak nih? Pucat jer? "
Ara hanya menggeleng. Dia tak tahu apa perasaan yang dia rasa sekarang.
Keliru?
Marah?
Sedih?
Terkejut?
Semuanya bercampur.
"Kau serius tak tahu BTS? Jungkook? Yoongi? K-kau cakap kau minat Yoongi! Kita dah janji nak ke konsert diorang. Kau tak ingat? "
Air mata mula berlindangan. Tak mungkin dia lupa segala keseronokan yang mereka lalui bersama ketika pertama kali mereka meminati kumpulan BTS kan?
Namun, melihat dahi Eunbyeol yang sudah berkerut itu, dia tahu dia tak akan dapat jawapan yang dia inginkan.
"T-takpelah. Aku nak bersendirian kejap..."
Ara mengambil hoodie merah jambu miliknya dan melangkah keluar dari bilik hotel.
Disebabkan sekarang masih awal pagi, keadaan di luar masih lagi sejuk, ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Dia memandang Stadium Olimpik Seoul yang berada tidak jauh dari hotel mereka.
Sepatutnya stadium itu digerumuni ramai orang yang teruja bakal menyaksikan konsert BTS.
Namun, kini stadium itu menjadi kosong.
Air mata mula mengalir jatuh di pipi. Sungguh, dia tidak sangka kebahagian yang dialami akan berakhir secepat ini.
"M—macam mana aku sorang jer yang ingat BTS? Aku berhalusinasi ke selama nih?! "
Ara mula berasa curiga.
Sedang Ara cuba mencari jawapan kepada soalannya, dia ternampak beberapa gadis berjalan melepasi dia.
"Urmm, korang! Tumpang tanya boleh? "
"Ye ? "
"Korang pernah dengar kumpulan BTS? Kpop boyband ? " tanya Ara.
Mereka menggeleng serentak.
"Tak pernah dengar pun. TXT tahu lah! "
Kata salah seorang dari mereka dengan teruja.
Ara tersenyum tawar.
"Okay, thankyou. "
Ara kembali termenung jauh.
Mungkin selama ini dia hanya bermimpi?
Namun, semuanya terasa nyata!
Sedang dia mengelamun, dia terasa seseorang meletakkan tangan di bahunya.
"Awak Ara kan? "
Terjongket kening Ara memandang seorang remaja lelaki yang tersenyum ke arah dia. Huh? Macam mana dia tahu nama aku?
"Yaa dan siapa pula awak? Kita pernah jumpa ke? "
Lelaki itu mengurut leher dengan kekok sebelum menghulurkan tangan ingin bersalam.
"Saya Jun̷gwon. Yang Jungwon. Se̴lamat berk̴enalan! "
Ara bersalam dengan Jungwon sambil merenung dia dengan lama. Lesung pipit yang terpahat di pipi lelaki itu membuatkan Ara berdebar.
"Urmm-okay. So, macam mana awak tahu nama saya? Seingat saya, kita tak pernah jumpa kan? "
"Yup, kita tak pernah jumpa but saya pernah terdengar kawan awak panggil nama awak. "
Ara hanya mengangguk sekilas lalu. Sebenarnya, perasaan keliru dan sedih masih lagi tidak terubat jadi dia tidak berminat mahu saling kenal-berkenalan.
Suasana menjadi agak kekok apabila kedua-duanya membisu. Jungwon mendekati Ara lebih dekat sebelum mula berbisik.
"Awak pernah dengar kumpulan BTS? "
Laju kepala Ara menoleh ke arah Jungwon dengan mata yang terbeliak.
Akhirnya!
Dia bukan gila!
-----
Jungwon tahu siapa BTS?
Double update!
Don't forget to votement <3
YOU ARE READING
𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 - BTS
Mystery / ThrillerApa yang kau rasa apabila tersedar dari tidur dan mengetahui 7 orang remaja lelaki yang amat kau sayangi dan minati tiba-tiba hilang tanpa berita? Malah orang sekeliling kau juga tidak mengetahui kewujudan mereka; seolah-olah mereka tidak pernah wu...