5

1.5K 79 3
                                    

POINT OF NO RETURNDJ Def Cut memekak daripada speaker. Haila mak oi.... Aku alergi dengan A-Level apabila masuk bab kena buat pre-reading ni! Dah sepatah pekemende aku tak tau mana nak paham? Shuvit betul! Tapi sekurang-kurangnya betterdaripada setahun lebih yang sia-sia kat academy. Konon nak go for seni. Aih Ked.... Kau boleh pakai pencils, pens and charcoal macamol'Tony using his 'board. Tapi part warna-mewarna memang kau macam tikus nak baiki labu jadi kereta kuda.

Telefon bimbit di atas meja studi tiba-tiba menjerit dengan Skater's Anthem – Pop Shuvit. Sekilas dia mengalih pandang daripada buku yang terbuka di depannya. Dah ramai yang menyakat kata dia tak up-to-date, masih letak lagu zaman Jepun. Peduli hapa! Janji diri bahagia. Malas-malas dia mencapai telefon tu.

"Hmm... apa hal?" tanpa mukadimah terus dia menuturkan.

"Petang ni kau turun tak?" Suara Miju laju menerjah telinga.

"On... on..." Telefon bimbit dikepit ke telinga dengan bahu sambil dia bangun dari meja studi. "Aku kena buat demo trickpekemende? Brief balik." Langkahnya diatur ke meja di tepi katil. Laci dibuka mencari planner.

"Kau bawak minimum lima la."

"Backside melon, backside lipslide..." Dia membaca senarai di dalam planner di tangan.

"Backside one-hundred-eighty-degree kickflip..."

"Pekehal aku semua kena backside ni..."

Ketawa Miju pecah. "Dah backside kau lawa."

Ketawa Ked turut pecah. "Gila ambiguous punya maksud..."

"Ked, kau buat combo satu."

"Free?"

"Freestyler oh..."

"On."

"And jangan lupa kau punya tailspin. The one and only. Kalau tak, tak wujud Ked Flop."

"O la!"

Talian dimatikan. Telefon bimbitnya dicampak ke katil. Sebelah tangannya mengurut leher sambil dia melangkah ke sudut bilik di mana 'harta-harta' skateboardingnya bersusun. Dua decknya bersusun tindih di sebelah rak tinggi. Di dalam rak tinggi tu pula penuh bersusun koleksi fingerboard yang dah berpuluh-puluh. Manakan tak sampai berpuluh-puluh... mula kumpul sejak zaman tok kaduk!

Ked bersila di lantai di depan rak fingerboard. Blind Deck Hangman Mini dicapai. Cute angker! Dia sengih sendiri tanpa sedar. Kemudian ditarik pula Hellrose Don Nguyen Banner dengan telunjuk dan ibu jari. Classic coolio. Bibirnya mengukir senyum segaris. Kalau budak-budak perempuan kerja kumpul teddy bear kenit, kerja aku kumpul skateboard kenit. Heh. Ye la. Takkan nak kumpul deck betul kut. Mau makan asap je aku dibuatnya. Deck mahal mak oi!

Pandangannya beralih pula pada decknya yang bersusun tindih tu. Element Margera Ecology dicapai. Deck kesayangan. Dia mengukir senyum segaris. Bukan kerana ini deck yang pertama. Deck pertamanya dah selamat terpatah dua. Tragedi kena gelek dengan Pajero Ayah Lang waktu raya tiga tahun lepas. Macam mana boleh jadi macam tu, jangan tanya. Yang pasti sekarang ni kalau angkatan keluarga Ayah Lang datang raya memang dia terus kunci pintu bilik agar sepupu-sepupunya yang 'bertanduk' tu tak buat hal lagi.

Hujung telunjuknya memutar wheel Margera Ecology. Dia sayang skateboard ni bukan kerana ini first love. Tapi sebab Angah yang hadiahkan. Angah yang belikan pakai duit sendiri sampai sanggup tak beli her dose of AND1 dan Tokyo Tribe sampai dekat setengah tahun. Angah belikan sebab nak gantikan deck yang patah dulu tu.

Ked's StoryWhere stories live. Discover now