author
" sohyun. sini kejap, aku ada benda nak cakap " haerin menarik tangan sohyun untuk dibawa ke hujung koridor.
" apa dia? kau kan suka tau main tarik tarik tangan aku macamtu. kalau tangan aku putus macam mana? " kata sohyun geram.
" ish sorry lah. ni ha aku nak tanya, semalam kau pergi dating dengan mingyu kan? " haerin tersenyum nakal.
keningnya diangkat beberapa kali, sengaja mahu mengusik kawannya ini.
" mworago? yah apa kau merepek ni. dating apanya? no! " sohyun menggeleng kepalanya laju.
kata kata haerin tadi sangat lah tidak betul 100%.
" are you sure babe? " soal haerin lagi.
sohyun angguk. matanya tak lepas dari memandang haerin. takut takut kalau dia alihkan pandangan dia dekat tempat lain, haerin akan tuduh dia lagi.
" you sure? "
" really really sure? "
buat kali kedua sohyun mengangguk. letih betul dia, kena layan orang tak faham bahasa ni.
" kalau betul kau tak pergi dating dengan mingyu, then lepas kau dah jumpa dia, korang pergi mana? "
" haerin-ah. kau dengar ni eh. semalam tu aku cuma teman mingyu pergi makan dekat cafe. itu je, mana ada kitorang dating "
" lahh yeke... mian aku salah sangka, hehe. em btw kau dah siap homework yang cikgu bagi masa cuti haritu? "
" aik bila masa cikgu bagi homework? kejap. bukan kelas kita lain lain ke? "
" memang lah kelas kita lain weh, tapi cikgu kita kan sama je orangnya. aigoo... " haerin menepuk dahinya.
" macam mana aku boleh lupa lagi ni? argh aku tak siap! tepi tepi, aku nak masuk kelas. nak tiru homework deskmate. bye! "
sohyun berlari pecut ke kelas. haerin dekat belakang hanya memerhati bayangan sohyun yang semakin menjauh.
" apa lah budak ni. kalau cikgu dah sama, homework mesti lah sama jugak. baik tiru aku je, lagi cepat " kata haerin sendiri.
𖣠
" choi sohyun! berani betul ye kamu, tak siapkan kerja saya. pergi duduk luar sampai masa saya habis. lepastu balik nanti, kemas stor dekat belakang sekolah tu faham? " arah cikgu jung.
sohyun mencebik. apa lah nasib, tak siap kerja, lepastu kena duduk luar kelas. lepastu kena pulak kemas stor.
" tapi cikgu... "
" cepat! "
" nae nae " sahut sohyun. perlahan lahan kakinya melangkah keluar dari kelas.
" cikgu jung ni. kot ye nak denda aku, tak perlu lah sampai suruh berdiri kat depan kelas orang. malu bodoo "
sohyun menunduk. sebelah tangannya diangkat, bagi menutupi mukanya. dah lah nampak orang gelakkan dia, bertambah malu jadinya.
sohyun berdehem, cuba untuk memanggil haerin yang sedang fokus belajar. ya, sekarang dia sedang berdiri dihadapan kelas kawan baik dia sendiri.
elok sangat tu. haerin ada, jungkook pun ada. dah diorang dua satu kelas. jungkook yang melihat sohyun, terus melambai.
sohyun hanya balas dengan sengihan.
" ehem! " haerin menoleh ke arah suara tersebut. nampaknya dia dah nampak sohyun dekat luar.
sohyun memberi isyarat pada haerin supaya keluar sebentar. haerin mengerutkan dahinya, tanda tidak faham.
" apa? cikgu tengah mengajar ni " kata haerin, tetapi dengan menggerakkan mulut sahaja.
" sini lah kejap. aku nak cakap sesuatu " balas sohyun.
" sabar sabar " mulut haerin bergerak lagi, sambil menunjukkan sebelah telapak tangannya.
sohyun mengangguk. saat tangannya digenggam seseorang, sohyun menoleh ke tepi.
[ tbc ✨ ]
YOU ARE READING
because of you , kim mingyu
Romance↺ I've been interested in you for a long time. kim mingyu seventeen fanfiction ♡ 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 .16 06 2021 𝗲𝗻𝗱 .22 07 2021 ▹ luveoskyie