Bab 3

8K 491 13
                                    

Haziq POV

Semasa Haziq sedang membuka pintu, Pn.Mila sudah duduk disofa sambil memerhati anaknya masuk ke dalam rumah.

"Kamu keluar dengan Fina ke  ? Semakin rapat kamu dengan dia?." Pn.Mila terus berada di hadapan Haziq .

Haziq terus terduduk sebab terkejut .

"Mama! Mama ini takutkan saya. Ye, betul saya keluar dengan Fina. Dia nak saya ceritakan tentang kejadian 10 tahun lalu . "

"Kamu ceritakan ?! Kenapa kamu ceritakan dekat orang luar?!" Tiba tiba sahaja Pn.Mila menjadi marah.

"Kenapa mama nak marah ini? Fina bukan orang luar. Dia sekolah disitulah mama. Mestilah dia nak tahu kejadian lama itu, tak akan tak boleh?.Mama nak beremosi sangat kenapa ? Saya nak mandi dulu."  Haziq terus naik ke atas.

Pn.Mila hanya diam & teringat kejadian 10 tahun lalu..

Flashback... 2006

5.05p.m

Bilik PJK

Mila terpaksa bekerja sampai ke petang . Dia terpaksa memeriksa barang-barang PJ yang baru sampai.

Semasa dia sedang memeriksa barang. Dia merasa seperti ada orang dibelakangnya. Dia terus berpusing & dia ternampak seorang perempuan yang amat dia kenali berlari ke arahnya untuk mencekeknya & berkata. "KO RAMPAS LAKI AKU! HIDUP AKU BERKECAI ! KO TAHU TAK AKU ADA ANAK KECIL.  AKU TAK AKAN BENARKAN KO HIDUP,PEREMPUAN TAK GUNA!!!'. Mila tidak boleh bernafas & terus menolak perempuan. Tiba tiba perut perempuan itu berdarah. Cikgu Mila memandang belakang perempuan itu. Dia terkejut & dia ternampak batang besi tersusuk di perutnya. Perempuan itu mengalami pendarahan yang banyak, tetapi Mila

terus mengambil pisau yang ada di atas meja & menikam perempuan itu berulang kali. Mila meninggalkan perempuan itu yang sudah mati. Selepas 20 minit berlalu, seorang pengawal memeriksa kawasan disekitar sekolah. Dia ternampak mayat seorang perempuan yang matanya terbuka . Pengawal itu terus menelifon polis.

Pn.Mila terasa macam seperti hendak mati selepas teringat kisah silamnya yang mengerikan. Dia terus pergi ke dalam biliknya .

Fina POV

Bilik Fina

Fina asik memandang keluar tingkap . Dia memikirkan sesuatu yang dia amat hendak ketahui. Tiba tiba pintunya terbuka dengan sendiri. Fina terjaga dari lamunanya.

"Bukan ibu & ayah tak ada dirumah ke ? Jangan cakap ada sesuatu dalam bilik aku ini? Janganlah takutkan aku!" Fina menutup mukanya dengan bantal busuknya .

Tiba tiba dia terdengar seseorang  bercakap dengannya. 'Saya akan balas dendam juga , awak tidak boleh menghalang saya. Saya minta maaf kalau ada benda yang akan terjadi disekolah awak itu . Sorry~~~' . Suara itu terus hilang . Fina menurunkan bantalnya perlahan-lahan untuk melihat sekeliling biliknya .

Kring kring

Fina: he...lo? Ini.... siapa?(suara takut)

Haziq: saya Haziqlah, awak okey ke ? kenapa suara awak macam takut?

Fina : tak adalah, saya okey je. Tapi macam mana awak dapat nombor phone saya? Saya tak pernah bagi nombor saya dekat awak.

Haziq: Entah , bila saya tengok kenalan. Saya nampak nama awak, jadi saya cuba nak call. Jadi rupanya betul.Tapi..Saya ingat awak yang letak nombor phone awak dekat telifon saya? .

Fina : Ouuhh.Mungkin kot, saya lupa. saya letak phone dulu. Bye..

Haziq:bye. (Letak phone)

Fina berkata didalam hatinya.   

' macam mana dia dapat nombor telifon aku ini ? Aku ada bagi ke ? Setahu aku , aku tak pernah bagi nombor aku dekat dia.  Peningnya kepala..'

Mata Fina terus tertutup & kepala baring di atas bantal busuknya. Fina lena tertidur.

Death GirlWhere stories live. Discover now