Bab 11

859 39 26
                                    

BAB 11

Sebuah kereta mewah berlegar-legar di jalan raya berdekatan bangunan rumah kedai itu. Terlihat Hakim masih tercari-cari Hasif berhampiran tempat itu. Panggilan terus dibuat kepada lelaki itu.

Hakim : Hello Hasif. Hasif dekat mana tu?

Hasif : Hello. Abang parking depan Hotel Makmur. Hasif dekat sini.

Hakim : La.. Hasif buat apa dekat situ? Erm.. Okay. Hasif tunggu situ. Sekejap lagi abang sampai.

Panggilan dihentikan dan kereta mewah itu diparkir betul-betul di hadapan hotel. Terlihat juga kereta Hasif turut berada di sebelah kereta Hakim.

Pesanan Whatsapp dari Hasif mengatakan dia berada di tingkat 3. Nombor bilik 303. Hakim terus sahaja naik ke tingkat 3 dan mencari nombor bilik itu. Selesai jumpa bilik itu, Hakim mengetuk pintu bilik yang didiami Hasif.

"Hasif. Abang ni," panggil Hakim dari luar bilik. Selang beberapa saat, pintu itu dibuka dan muncul wajah Hasif yang sedang dalam kesedihan. Hakim mula masuk ke dalam bilik itu. Lantas Hasif memeluk tubuh Hakim sambil menangis.

"Hasif kenapa ni? Apa Hasif buat sampai kena halau macam ni? Meh, jom kita duduk dekat atas katil tu," pinta Hakim. Mereka berdua duduk di atas katil itu. Hakim mengharapkan penjelasan dari lelaki itu.

"Mama tak sayang Hasif. Dia tampar Hasif tadi abang. Hasif cuma tak suka cara Mama tegur Hasif. Suka hati Hasiflah nak tidur sampai petang pun," jelas Hasif kemudian memeluk lagi tubuh Hakim.

"Lah... sebab tu je ke? Hasif. Mama marah macam tu sebab dia sayangkan Hasif. Mana ada mak ayah tak sayang anak dia. Hasif pun janganlah macam ni. Perkara kecil je kan, Hasif sepatutnya dengar cakap Mama tau. Dia yang dah besarkan Hasif," nasihat Hakim kepada Hasif. Tangan Hakim turut menyapu lembut rambut Hasif. Lelaki yang boleh dianggap sebagai adiknya itu sedikit manja dengan Hakim.

"Tapi perlu ke sampai nak tampar Hasif. Hasif tak suka cara Mama tu asyik nak marah Hasif je. Semua Hasif buat semua tak kena. Apa yang dia nak pun Hasif tak tahu," balas Hasif masih berdegil.

"Hasif. Mama sebagai seorang ibu, dia tahu apa yang dia buat. Mama Hasif tahu cara nak didik Hasif. Hasif tak bolehlah melawan cakap Mama Hasif. Hasif kan satu-satunya anak dia. Dah, jangan merajuk lagi. Abang bawa Hasif balik rumah ya?" pinta Hakim ke arah Hasif.

"Tak nak. Hasif tak nak balik. Hasif dah penat kena marah je. Papa pun kerjanya nak marah Hasif je. Tahulah Hasif ni anak tiri. Susah ke dia nak terima," berang Hasif lagi. Namun Hakim tidak mengaku kalah untuk memujuk Hanif pulang ke pangkuan ibunya.

"Hasif. Papa tu mungkin ayah tiri Hasif. Tapi ada ke dia tak bagi Hasif belajar? Ada ke dia tak bagi duit belanja pada Hasif? Semua tu dia bagi kan? Tandanya dia sayangkan Hasif. Cuma mungkin dia tak tahu nak tunjukkan kasih sayang tu pada Hasif. Sudahlah Hasif, dengar cakap abang ya? Kita balik. Hasif sayangkan abang kan?" tanya Hakim.

"Erm.. Sayang. Terima kasih abang. Abang selalu ada untuk Hasif. Walaupun Hasif dah lama tak peluk abang macam ni. Hasif ingat lagi masa sebelum abang pergi Australia tu, abang selalu teman Hasif. Terima kasih ya abang. Hasif sayangkan abang," kata Hasif dengan nada yang manja memeluk lelaki itu.

"Okay kalau sayang, dah jom kita balik. Mesti Mama risaukan Hasif sekarang. Senyum sikit?" pujuk Hakim membuatkan Hasif tersenyum. Hasif begitu lemah dengan pujukan Hakim, seorang lelaki yang sangat pandai mengambil hatinya.

"Manalah Hasif tak sayang kat abang. Abang romantik sangat," bisik hati Hasif.

.........................................................................

Peluang Kedua (Completed)Where stories live. Discover now