ep9

343 39 8
                                    

Jihoon sedaya upaya memecahkan pintu sekolah agar mereka dapat keluar namun semua usahanya gagal. Pintu itu sungguh payah seolah-olah telah ditukarkan menjadi begitu keras. Pintu kaca itu dipandang lama. Tiada sikit pun calar dari hentakan jihoon. Bersih bersinar lagi

" Dah la jihoon menghabisakan tenaga kau je "

Kata doyoung. Jihoon mengeluh lalu memandang mereka yang lain ditangga. Yedam yoshi mashiho termasuk jinhyun entah hilang kemana sejak mereka berpisah. Suara mahupun bayang-bayang lansung tidak kelihatan.

Jihoon amat menyesal dengan apa yang dilakukan nya hingga rakannya menjadi korban.

" habis macam mana? Kenapa malam ni rasa lama sangat "

Keluh Junghwan menahan sebak. Dia mahu pulang dia tidak mahu tinggal disini. Dia juga tak mahu salahkan jihoon saja dalam hal ni semua yang bersalah termasuk dia

" sabar yer nanti kita akan jumpa jalan keluar "

Kata Haruto memberi semangat pada junghwa. Junghwan tersenyum paksa. Dia tahu tidak akan ada jalan keluar lagi. Selepas satu-satu yang jadi.

" tiada jalan keluar lagi "

Mereka berpaling serentak kebelakang. Junkyu mengangkat muka. Matanya yang merah seperti darah pekat itu membuatkan yang lain menjauh darinya

" J-junkyu "

Panggil jihoon ketakutan. Semua mengundur apabila junkyu menghampirinya. Dan mereka tersandar pada pintu kaca sekolah.

" Korang tak akan terlepas hingga perempuan tu mati dalam tangan aku! HAHAHAH hrmmmm "

Kata junkyu nyaring sambil diakhir kata dia mengilai. Mereka semua memandang sesama sendiri. Suara mengilai itu bukan junkyu. Itu suara Saena

" saena dah! Cukup! "

Pekit Seseorang dari atas sana. Yoshi yedam mashiho turun mendapatkan junkyu. Mereka bertiga memegang junkyu kemas. Junkyu mengelepar melepaskan diri dari mereka. Junkyu atau lebih tepat saena yang mengawalnya terus menendang Yedam kuat hingga yedam terpelantur mengenai dinding hingga kepala yedam terhentak. Yedam pengsan tidak sedarkan diri. Mereka(TREASURE) yang lain terus memabantu rakan mereka.

Lama bergelud dengan saena akhirnya junkyu diam badannya lemah peluh ii membasahi nya.

" Hahahaha she is mine~"

Mereka semua berpaling mendengar suara saena dari atas tangga. Kelihatan Jinhyun dan hyunsuk yang tidak sedarkan diri bersama saena.

Mereka mula naik seram melihat keadaan hyunsuk yang tidak apa-apa.

" Hyunsuk bangun! Jinhyun! "

Laung Yoshi menyedarkan mereka berdua. Namun tidak mereka langsung tidak sedar. Saena tersenyum sinis lalu dengan selambanya menaikan hyunsuk dan jinhyun ke udara. Mereka semua mula panik

" Jangan! Tolong letak mereka semula jaebal saena "

Rayu Yoshi ketakutan melihat jinhyun dan hyunsuk berada di udara. Jika berniat melepaskan mereka...mereka berdua akan mati

" boleh tapi hanya satu. Perempuan ni atau hyunsuk....keputusan ditangan you sayang...hihihihi "

Tawa saena membuat kesemua mereka seram sejuk. Yoshi buntu dia mahu kedua mereka selamat. Yoshi memandang rakannya dibelakang.

Mereka semua mengeleng tidak mahu kedua nya mati ditangan saena.

" I pilih....you ambil jelah i saena dan lepaskan mereka! "

Kata yoshi lantang. Dia menatap wajah seram saena diatas sana. Mereka semua terkejut dan terus mendapatkan yoshi

" Anniya! Kau ambil aku! Aku yang kacau tempat kau! "

Kata Jihoon dan terus berlari kearah saena. Mereka yang ingin mengejar jihoon terhalang apabila tembok halimunan menghalang mereka.

" Jihoon! Jangan! Jaebal datang sini balik! "

Arah Mashiho dengan air mata bergelinan keluar. Mereka tidak sanggup melihat hanya jihoon sahaja yang menjadi korban.

Jihoon tidak dapat mendengar apa yang dikata mereka kerana tembok itu. Jihoon tanpa berfikir panjang terus mendaki tangga itu menghampiri Saena dan kedua rakannya.

" pulangkan mereka dengan selamat. Jaebal saena...."

Rayu jihoon mendekat pada saena. Saena dengan anak mata tiada hitam dan hanya putih itu tersenyum. Jihoon mula naik seram. Apabila dia sudah berada dihadapan saena air liur ditelan kelat. Wajah seram saena dipandang takut.

" Jihoon! "

Panggilan seseorang dari bawah terus jihoon lekas berpaling. Kelihatan hyunsuk yang memapah jinhyun kemari. Jihoon heran lalu terus dia mendongak keatas dimana hyunsuk dan jinhyun berada.

Jihoon terduduk lemah. Orang diatas sana bukan jinhyun dan hyunsuk namun mayat yang tidak berkepala


[ √ ]SAVE ft. TreasureWhere stories live. Discover now