"Zulaikha.. Zulaikha.." Terdengar namaku di panggil. Aku membuka mata. Aku menggeliat seketika sebelum memandang ke luar tingkap. Kereta sudah berhenti. Uih, sejuknya ! Nasib baik aku sudah mengenakan sweater siap-siap dari rumah. Aku menoleh ke kanan. Tersentak sedikit apabila melihat Aiden yang sedang merenungku. Aku menoleh ke belakang. Larrisa sudah hilang. Dah sampai ke ?
"Sorry, I tak sengaja tertidur." Aku sengih.
"It's okay. Lets go." Aiden sudah bersedia mahu keluar daripada kereta.
"Eh kejap kejap." Aiden tak jadi nak keluar. Dia pandang aku semula.
"Dah sampai ke ?"
"Yes."
"Ni ke rumah Aunty you ?" Soalku.
"Yes." Aiden keluar dari kereta tanpa aku sempat bertanya lagi. Aku mengikutnya keluar dan memandang sekeliling. Cantiknya kawasan ni !Bersih je dan depan sana ada taman. Betul-betul exclusive kawasan rumah Aunty Aiden ni. Double storey semi detached house. Not bad. Aku tahu rumah di Cameron Highlands tak murah. Ni mesti main juta-juta.
"What are you doing ? Lets come inside." Aiden mematikan imaginasi aku. Aku senyum dan menuruti langkahnya.
Apabila terdengar suara Aiden memberi salam, kelihatan seorang wanita lingkungan 40-an keluar daripada pintu yang sudah terbuka. Cantik orangnya. Berselendang menutupi separuh daripada rambutnya yang hitam dan bersanggul.
"Waalaikumussalam. Hai anak buah Aunty sorang ni. Kenapa lama sangat dekat luar. Risa dah dekat dalam tu tengah makan. Mari masuk." Mesra Aunty Aiden menyapa. Apabila melihat aku di belakang Aiden, dia mengerutkan dahi.
"Ini siapa ? Wife kamu ke Aiden ? Why nobody told me about your marriage ?" Dia menepuk lembut lengan Aiden. Aiden tergelak kecil.
"No Aunty. She's my friend, Zulaikha. Zulaikha, this is Aunty Jannah. Adik Mommy."
Aku angguk sopan. Aunty Jannah tersenyum memerhatiku atas bawah. Seram pulak rasanya di perhati begitu.
"Apa khabar Aunty ?" Soalku berbasa basi orang melayu cakap.
"Alhamdulillah, Aunty sihat. Cantiknya girlfriend kamu ni Aiden. Mana kamu jumpa bidadari ni ?" Auch ! Dia samakan aku dengan bidadari ? Tingginya pujian. Kembang setaman.
"Just now I met her at garden there. So, I brought her to your house." Buntang biji mataku. Kurang asam punya Aiden. Aiden gelak besar.
"Ish ! Bergurau pulak dia. Masuklah sayang. Jangan di layan Aiden ni. Uncle keluar kejap tadi jumpa kawan dia. Sekejap lagi baliklah tu." Aunty Jannah menarik tanganku masuk.
Subhanallah. Ni rumah ke istana. Cantik dan luas. Untungnya kalau dapat rumah macam ni. Dah lah cuaca sejuk macam kat luar negara, rumah pula bagaikan istana dan berkonsep moden.
"Cantiknya rumah Aunty." Pujiku ikhlas.
"Terima kasih, sayang. Ini bukan rumah Aunty. Rumah Uncle. Aunty ni menumpang je."
"Rumah Uncle tu rumah Aunty jugaklah kan."
Aunty Jannah tersenyum.
"Rumah ni baru lagi. Tak sampai setahun pun lagi duduk sini. Dulu kami tinggal di Kuala Lumpur. Bila Uncle kena transfer kerja di sini, so Uncle belilah rumah kat sini. Alhamdulillah, seronok rupanya tinggal di sini, tenang, sejuk. Tak macam kat KL." Ramah Aunty Jannah bercerita. Bahasa melayu Aunty Jannah lancar je walaupun ada sedikit pelat. Tak ada pula dia speaking london macam Aiden tu.
YOU ARE READING
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
Romance"Saya lepaskan awak.." Zafran. "Apa salah saya.. ?" Dinda Zulaikha. Di tinggalkan tanpa sebab membuat Dinda Zulaikha hilang arah. Sakit dan kecewa terpaksa di telan walau hati tidak rela. Cinta yang di sulam bertahun-tahun bersama Zafran akhirnya te...