Chapter 2 : Diskusi

24 2 0
                                    

Pada malam itu, Khairil sampai ke tempat berkumpul yang dijanjikan tepat pada waktu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada malam itu, Khairil sampai ke tempat berkumpul yang dijanjikan tepat pada waktu. Ada beberapa orang ahli yang sudah pun sampai dan ada juga yang masih dalam perjalanan lagi. Dia terus memberi salam sebaik saja tiba.

Dia melihat Ricky yang sedang fokus bermain PUBG mobile menjawab salamnya dan mengalihkan pandangannya sejenak ke Khairil lalu kembali menumpukan perhatian ke arah handphonenya.

"Oi busy nampak, kau main PUBG tak nak ajak aku eh."

"Kau jangan nak kacau, aku tengah nak kejar safe zone ni. Kalau aku mati siap kau. Lagipun siapa suruh kau lambat." jawab Ricky dalam nada serius tapi pada masa yang sama kelihatan kelakar.

"Hahahaha! Main game ja pun dah macam apa dah kau ni. Kau yang sampai awal, aku on time je kot." kata Khai sambil tersengih.

Khairil kemudian disapa oleh Abang Fauzi sebelum dia mengajukan soalan kepadanya.

"Kau dah ready untuk masuk qualification tu? Banyak benda yang perlu kita prepare elok-elok sebelum nak mula masuk competition besar level Asia ni." tanya Abang Fauzi.

"Dah bang, saya akan bagi all out untuk qualification ni. Dari esok saya akan mula start training." jawab Khai bersungguh-sungguh.

" Baguslah kalau macam tu, semangat macam ni yang kita semua nak dari kau. Lagi satu nak cakap, untuk masuk bertanding kat ARRC ni kita kena dapatkan sponsorship untuk support bajet team kita. Abang ada dengar jugaklah ada satu company besar ni berminat nak sponsor kita. Tapi syarat dia agak berat tu, kena dapat position nombor 1 untuk team rookie kat qualification tu barulah mereka nak sponsor." balas Abang Fauzi.

" Tak apa Abang jangan risau, saya akan pastikan saya training cukup - cukup sebelum qualification tu. Esok petang saya datang track, kita buat time record. Lepas tu saya nak tune sikit motor saya." kata Khai dengan nada bersemangat.

Kemudian, ahli-ahli yang lambat akhirnya sampai. Ricky yang baru saja selesai menyelesaikan gameplay PUBGnya segera memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Malam tu pun mereka makan-makan untuk raikan kemenangan team mereka melalui Khai dan Ricky yang berjaya mendapatkan tempat pertama dan kedua untuk team Roadstar pada petang tadi.

XXXXX

Pada keesokan paginya, Khai sudah pun bangun awal pagi untuk solat Subuh sebelum bersarapan. Dia kemudian akan berjoging sejauh 5 km dan melakukan beberapa workout lain untuk mengekalkan tahap kecergasannya. Ini adalah rutin yang biasa dilakukannya hampir setiap hari sejak dari zaman sekolahnya jika mempunyai waktu lapang. Pada pukul 10 pagi dia akan mula menunggang jentera dual sport CRF250RALLY di jalan off road iaitu jalan kebun dan hutan untuk mengasah skill ridingnya.

Sebelum tengahari dia akan kembali semula ke rumahnya untuk membersihkan diri dan berehat sehingga azan Zuhur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebelum tengahari dia akan kembali semula ke rumahnya untuk membersihkan diri dan berehat sehingga azan Zuhur. Selepas selesai solat Asar dan bersiap, dia segera berangkat ke litar lumba daerah yang bernama Litar Batu 6 yang menjadi track latihan teamnya yang tak jauh dari rumahnya iaitu hanya 5 minit perjalanan dengan menunggang jenteranya.

Setibanya dia disana, dia melihat ada Abang Fauzi dan beberapa krew lain sudah bersedia di pit. Ricky pun ikut datang kerana ingin ikut berlatih bersamanya. Selepas dia siap memakai sut lumbanya dan memakai helmet. Khai memanaskan enjin Yamaha YZF-R1 miliknya begitu juga dengan Ricky dengan Kawasaki ZX10RR. Kedengaran bunyi enjin inline 4 berderum nyaring sebelum berlepas ke trek. Khai bergerak terlebih dahulu melakukan time record.

Khai melakukan 3 buah pusingan untuk mendapatkan catatan masa baru yang terbaik. Khai mencatatkan rekod masa 1 minit 35 saat di litar sepanjang 3.8 km itu.

Ianya memang satu rekod yang bagus tapi masih kalah jauh dari mengalahkan rekod terbaik di litar itu iaitu 1 minit 28 saat kepunyaan seorang pelumba misteri yang menjadi idolanya yang masih belum dapat dipecahkan selama 8 tahun oleh mana-mana pelumba lain.

"Nampaknya masih belum cukup, meskipun aku dah sampai tahap ni tapi aku tetap tak dapat nak sampai ke level dia!" bisik Khai di dalam hati.

"Aku tak ingat nama dia, rupa dia pun aku dah lupa, tapi disebabkan dia lah aku bersungguh-sungguh nak masuk bidang ni. Kenapalah nama dia tak ada orang yang catat padahal tu rekod yang sah. Kat manalah brader tu sekarang agaknya? " luahnya lagi dalam hati, sambil mengingat kembali ketika dia pertama kali ke litar ini.

Pada waktu itu juga dia menyaksikan dengan matanya sendiri seorang pelumba misteri yang mencatat rekod terpantas di litar itu yang masih tidak dapat dipecahkan lagi sampai ke hari ini. Kehebatan skil tunggangannya membuat dia kagum sekaligus membuatnya terinspirasi untuk menjadi pelumba motosikal juga dan mengalahkan rekod pelumba misteri itu.

Kemudian dia ditegur oleh Ricky yang melihatnya dari tadi selepas habis melakukan time record.

"Kau nampak macam masih tak puas hati ja, padahal record tadi dah ok. Ke sebab kau tak dapat capai lagi target kau?"

"Ya, aku masih tak dapat nak break record brader tu. Meskipun aku dah usaha keras dan dah pernah menang dah pun MSBK. Tapi dia memang berada di tahap dia sendiri. Entah bila aku nak dapat jadi macam dia."

"Takpelah kita ada banyak waktu lagi nak practice. Lagipun kita pun masih muda lagi, banyak lagi kita boleh achieve dalam hidup ni." kata Ricky cuba memberi semangat ke rakannya itu.

"Dah sekarang kau tengok pulak aku buat time record, tengok dan belajar betul-betul."

Kemudian, giliran Ricky pula mula masuk ke litar dan melakukan 3 kali pusingan dan mencatatkan masa satu saat lebih pantas dari Khai tadi. Latihan mereka pun diteruskan sampai pukul 6 petang . Mereka juga telah mendapat berita bahawa perlumbaan kelayakan bagi menyertai ARRC akan diadakan dalam masa sebulan dari sekarang.

(Chapter 2 Tamat)

<bersambung>

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Full Throttle Where stories live. Discover now