BAB 14 - He loves me ?

5 0 0
                                    

Aku lihat jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 3 petang. Selepas memilih baju kurung sebentar tadi, aku meminta diri untuk masuk ke bilik untuk menunaikan solat Zohor dan Aunty Jannah menyuruh aku berehat seketika.

Penat mengiring ke kiri dan kanan, mata masih tak nak tidur. Aku bangun menuju ke balkoni. Pintu gelangsar aku buka dan angin menderu-deru masuk. Waktu begini di Cameron Highlands masih sejuk. Tak perlu buka pendingin udara. Aku masuk untuk mengenakan sweater dan keluar semula tanpa bertudung. Cantik betul permandangan di sini. Sejuk dengan tumbuhan hijau. Dari jauh aku melihat masih ada wap-wap air di udara menandakan suhu di sini yang sejuk. Haih ! Bestnya kalau dapat duduk sini. Tak payah kisah panas, nak cari kipas, aircond semua tu. Terasa seperti di luar negara. Dari jauh juga aku lihat kilang-kilang dan kebun Strawberry. Mesti Strawberry kat sini manis-manis. Tak sabar nak ajak Aiden petik Strawberry. Aku tersenyum senang memandang kejauhan sambil tangan bermain dengan rambut. Aku mengusap rambut yang sudah panjang hampir mencecah pinggang. Mama cakap aku seperti model shampoo. Teringat perbualanku dengan Mama beberapa bulan lepas.

"Dinda nanti tak payah potong rambut tau." Ujar Mama yang bermain dengan rambutku semasa kami menonton TV.

"Kenapa ?" Soalku pelik. Rambutku senang panjang. Baru bulan lepas aku potong atas bahu, sekarang dah panjang balik lepas bahu. Aku cepat rimas kalau rambut terlalu panjang. Dah nak sampai pinggang je pasti aku akan ke salun untuk potong pendek.

"Rambut Dinda ni dah cantik. Perang-perang asli macam ni.. Original ikal mayang, lepas tu lebat, lembut, terurus. Tak payah susah-susah nak berhabis duit nak pergi ke salun tu. Kalau Dinda biarkan panjang mesti lagi cantik. Kalah model shampoo." Mama masih mengusap rambutku.

Aku tergelak kecil.

"Yelah tu. Kalau rambut pendek tak cantik lah ? Macam tu ?" Dugaku.

"Kalau rambut pendek cantik jugak. Anak Mama ni kan memang cantik. Tapi kalau rambut panjang lagiiii cantik. Di tambah lagi dengan skin Dinda yang putih ni. Dah macam princess, Barbie Doll. Silap-silap boleh jadi model shampoo." Aku senyum. Amboi Mama ni. Puji-puji melambung dah kenapa ?

"Dinda kan pakai tudung. Tak adanya nak bukak-bukak tayang rambut ni."

"Mama tau lah. Mama cakap je. Tak payah potong tau. Biar lah panjang, kan cantik."

"Yelah, bondaku."

Aku menggeleng-geleng kepala. Ada-ada je Mama aku sorang tu. Macam princess ? Dia ingat aku masih budak kecil agaknya. Aku tersenyum.

Terasa seperti ada mata yang memandang, Aku toleh ke kiri. Terkejut sekejap. Aiden sedang merenungku dengan bersandar di pintu gelangsar biliknya. Santai dengan tangan memeluk tubuh. Rambutnya sedikit basah. Mungkin baru lepas solat. Rambut ? Astaghfirullahalazim ! Tudung mana tudung ? Kelam kabut aku menarik hoodie menutupi rambutku sambil berlari masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan renungan Aiden yang.. Macam tak pernah nampak perempuan. Hish ! Habis aurat aku ! Tak habis-habis aku mengutuk diri sendiri yang cuai. Penat aku menjaga aurat, Aiden free-free dapat tengok. Macammana nak berdepan dengan mamat tu nanti ? Ya Allah !



Cepat-cepat aku mengenakan tudung dan segera keluar ke tingkat bawah. Tak mahu berlama-lama di dalam bilik. Haih. Mana pergi semua orang ni. Sunyi je rumah ni. Pergi dapur tak ada orang, pergi ruang tamu pun tak ada orang, ruang makan pun tak ada ? Aku bercekak pinggang. Mana mereka semua ni ? Macam tak ada kenduri pun. Biasa time-time macam ni dah busy.

Aku melangkah ke pintu utama. Teringin nak pergi ke taman di hadapan rumah Aunty Jannah. Pintu ku buka perlahan-perlahan dan aku keluar.

"Where are you going ?" Terkaku di depan pintu. Soal satu suara yang aku nak sangat elak bertembung dengannya saat ini.

HANYA AKU CINTA KAU SEORANGWhere stories live. Discover now