❀
Wonwoo balik pukul 5 petang. Masakan aku langsung tidak dia sentuh.
Aku duduk di ruang tamu sambil melihat mereka berdua bermain game bersama sama.
Aku kurang minat dalam game jadi aku ambil keputusan untuk melihat sahaja.
"Erm, awak mana satu?", Soalku pada Wonwoo.
Dia mengerutkan dahinya kemudian menepis tanganku kuat.
"Tak payah kacau", Ucapnya membuatkan aku tersentak.
Badanya dia rapatkan pada Eunha kemudian dia bersandar pada bahu gadis itu.
Aku marah.
Kali ini Wonwoo benar benar buat aku sakit hati.
Aku isterinya kenapa aku yang terasa seperti orang ketiga?
❀
YOU ARE READING
Cold
Fanfiction❝Kau pasti membenci aku sekiranya aku melayan kamu seperti mana kamu melayan aku❞ ©seventeen | 2021 project