Pagi menjelang tiba. Malenaa sedang bersiap-siap untuk bergerak ke pejabatnya. Dia menyarungkan pakaian formal, dengan menyapu sedikit perona merah jambu di pipi serta rambutnya di ikat tinggi."Hah siapp" kata Malenaa. Seperti biasa dia sungguh bersemangat dalam menjalani hari-hari yang mendatang. Senyuman tak pernah lekang di bibir.
"Tak sarapan dulu? Awal lagi ni, makan lah duluu. Penat aku masak tau" ujar kawan baik Maleena, Trisya. Mereka telah berkawan sejak mereka mula di interview kemasukan anggota polis.
"Oh sokay, harini aku nak masuk awal, ada hal sikit. Thanks Trisya" kata Malenaa seraya mencapai kunci kereta dan menghilang
_fast foward_
"Selamat Pagi Cik Malenaa"
"Selamat pagi jugak"Dia menuju ke arah pantri pejabat untuk membuat secawan kopi, lalu menuju ke arah mejanya.
"Hahhh, ok harini kes apa yang ada ya." Dia membuka laptopnya lalu membuka fail-fail yang di simpan. Sekejap-sekejap keningnya kelihatan seperti berfikir. Tiba-tiba seorang lelaki menuju ke arah mejanya.
"Cik Malenaa, khusyuk nampak. Fikir apa tu" Inspektor Faliq menegur.
"Oh Tuan, saya tengah baca kes siasatan kongsi gelap ni. Rasanya dah bertahun kes ni tapi masih tak ada jalan penyelesaian. Siapa yang handle kes ni eh?" Malenaa bertanya.
Ya, sepertinya dia jatuh cinta dengan kes tu. Baginya kes seperti itu tak boleh di lengah-lengahkan.
"Rasanya kes ni boleh rujuk pihak atasan lagi. I means ya, im not the one yang handle kes-kes sampai area luar negara. Why not u go ask Mr. Zain. Mana tau awak dapat kes ni and dapat naik pangkat hahahaha" Faliq berseloroh.
Malenaa hanya tergelak lalu dia berdiri dan menuju ke bilik fail. Dia ingin mencari kertas fail kes kongsi gelap antarabangsa. Baginya, tiada masa untuk sekadar duduk dan menghadap laptop.
Tiba-tiba dia tersenyum, sepertinya Malenaa telah menjumpai sesuatu yang di carinya. Ya kertas fail ahli kongsi gelap. Dengan pantas dia menuju ke bilik Tuan Zain.
Knock knock. Malenaa mengetuk pintu bilik tersebut.
"Masuk" Suara garau itu memberi kebenaran.
"Iya Cik Malenaa, ada apa-apa yang boleh saya tahu?" Tuan Zain bertanya.Malenaa menggoyang-goyangkan fail itu sambil mengerutkan keningnya.
"This, i want this case. Let me settle this case. I will makesure kes ni akan settle di tangan saya"
Dia menghulurkan fail itu."As u know Cik Malenaa, kes ni bahaya. Ini melibatkan nyawa. Awak ingat kes ni cikai² ke?" Tuan Zain sedikit meninggikan suara.
"Tapi seperti yang semua anggota tahu, saya dah banyak settlekan case. Like hello? I bukan kerja as polis sehari dua. Tuan, percayalah yang saya boleh handle kes ni" Malenaa sedikit merayu.
Baginya, dia cuma perlukan sedikit sokongan. Lagipun segala identiti hidupnya bakal di rahsiakan. Tiada siapa yang bakal mengenalinya.
"Bagi saya sedikit masa untuk berbincang dengan pihak² yang berwajib" ujar Tuan Zain.
"Baik Tuan. Terima Kasih." Dia dengan segera beredar menuju ke arah meja sambil tersenyum. Sepertinya dia bakal kembali beraksi.
YOU ARE READING
MALENAA
RomanceMalenaa, hidup sebagai polis international undercover bukannya mudah. Tetapi baginya itu sebuah nikmat yang harus di syukuri sebab itu lah cita-citanya. Ya, menjadi anggota polis yang berjaya dan jujur serta amanah. Dia tidak pernah sekali mempunyai...