01

28 8 9
                                    

“ NO ! I DON'T WANT ! ” bantah Zulaikha . Dia membantah kerna sayang kepada boyfriendnya , dia tak sanggup tinggalkan boyfriendnya demi kahwin dengan seorang lelaki yang dia tak kenal apatah lagi cintai .

“ No i said enough ! Tengku Sayang Zulaikha ! Listen to me , walau macam mana cara sekalipun ica harus tinggalkan lelaki tu dan kahwin dengan ank kawan papa . Muktamad ! ” tengking Tengku Adzim , papanya .

“ Ma , please help me . I don't want marry someone yang ica tak kenal . Ma , tolonglah ica pujuk papa pleasee . ” kata Zulaikha sambil menangis teresak esak .

“ No ica , semuanya dah muktamad . Papa bukan sengaja nak nikahkan ica dengan orang yang ica tak kenal , tapi ini demi menyelamatkan syarikat papa . Please ica , papa ngan mama tak pernah minta ica berkorban pun sebelum ni . Tolonglah terima perkahwinan ni , berkorban untuk papa sekali ni jer . ” terang Nurul Jannah kepada anaknya itu .

“ But .. camne ngan hariz ? I love him maaaa .. ica taknak kehilangan dia .. ” rayu ica lagi , ica terlalu sayangkan bf nya sehingga sanggup melutut dan merayu di depan kaki papa dan mamanya .

“ Menangislah sekuat mana pun , papa tetap dengan keputusan papa ! ” marah papanya lagi dan beredar pergi masuk ke bilik .

Nurul Jannah hanya mampu melihat anaknya menangis dan menenangkan ica dengan lembut sekali , jika ikutkan hatinya mau saja dia memujuk suaminya untuk tidak memaksa anaknya berkahwin tapi apakan daya . Syarikat milik suaminya sudah mau lingkup dan selalu dikunjungi along pengutip hutang atas sebab hutang yang tertunggak .

***

“ Ryan , sit here . I want to talk with you . ” kata Tengku Ezzahra kepada anaknya itu .

“ Hm ada apa mama ? ” soal Ryan dengan lembut . Ryan merupakan seorang lelaki yang dingin , walaupun begitu dia tidak pernah kurang ajar atau tidak beradab kepada kedua orang tuanya .

“ Mama dah jumpa seorang gadis yang sesuai untuk Ryan , papa dan mama dah berbincang dengan keluarga mereka untuk tetapkan tarikh perkahwinan kamu berdua . ” kata mamanya dengan lembut sambil memegang tangan anaknya itu .

“ Hah ? Seriously ? Selalunya kalau mama cari bakal isteri untuk Ryan pun , gadis tu takkan nak lah kat Ryan . Ryan ni kan tak sweet macam orang lain . ” yup mamanya sudah cuba mencarikan jodoh untuknya tapi tidak ada yang sepadan dan kalini barulah nampak macam ada harapan untuk satukan anaknya dengan anak kawan suaminya itu .

“ Alah , itu dulu kan . Sekarang ni betul - betul , memang mama dan papa dah setkan date perkahwinan kamu dan dia . Hujung bulan ni kamu nikah ngan dia yer . ” ujar mamanya .

Riak wajah Ryan sudah berubah dan menunjukkan yang dia tidak setuju .

“ Ryan setuju jer kan ? Anak mama selalu dengar cakap kan . ” kata mamanya lagi dan kalini mamanya menyentuh pipi Ryan dengan lembut sekali .

“ Hm baiklah , Ryan terima tapi dengan satu syarat . Selagi belum kahwin , selagi tu Ryan taknak jumpa dan kenal dia . Boleh ? ” soalnya dengan lembut . Walaupun dalam hatinya dia ingin menolak tapi tetap dia terima kerna taknak menghampakan permintaan mama dan papanya .

“ Okeyh boleh , nanti mama bagitau keluarga diorang okeyh . Terima kasih Ryan sebab tunaikan permintaan mama dan papa . Mama tau anak mama ni anak soleh , takkan bantah apa yang mama suruh kan . ” kata mamanya dengan gembira . Tengku Ezzahra bangun dan senyum kepada Ryan lalu pergi .

“ Hm gembira sangat nampaknya . Aku jerlah yang kena pasrah camni . ” katanya dengan kecewa .

Ryan sebenarnya tidak pernah rasa ingin berkahwin apatah lagi bercinta , kalau bukan sebab mamanya memang taklah dia nak kahwin .

***

“ Haish kenapa tak jawab call ni ?! ” hariz berasa pelik sebab tak pernah - pernah gf nya mendiamkan diri macam ni .

“ HAA ! Abang buat apa tu ? ” sergah Puteri Delaila yang merupakan adiknya itu .

“ Astaghfirullah , terkejut abang . Takdelah ni abang try call kakak ica tapi dia tak angkat angkat . ” kata Hariz kepada adiknya .

“ Alah dia busy lah tu kan , ataupun tengah takde mood ker . Mana kiter tau kan .. ”

“ Abang risau lah takut - takut dia ada masalah ker apa . Halah adik tu single , apa jer adik tau AHAHAHA ” ketawa Hariz , Dee yang diejek abangnya itu terus menepuk peha abangnya dengan kuat .

“ Aduh , sakitlah Dee ! ” hariz memegang pehanya dan memberi pandangan tajam kepada adiknya .

“ AHAHAHAH , tulah ejek orang single lagi . kan dah kena padanlah muka .. blekkk ” Dee menjelirkan lidah dan berlalu pergi dengan ketawa riangnya .

Dee merupakan adik Hariz yang happy go lucky , jarang bersedih dan selalu menceriakan orang yang berada di sekelilingnya . Samalah juga macam abangnya , cuma abangnya agak sedikit nakal dan abangnya juga merupakan hot guy yang famous di Bandar Nusantara .

“ Kurang ajar punya adik , aku dapat nanti siaplah aku kerjakan aih ” ujar hariz sambil melihat skrin telefon dan menunggu panggilan dari gfnya itu .

TUT TUT TUT !

“ Yer sayang , kenapa baru call . Hariz tunggu lama tau . ” soal Hariz

“ Sorry Riz , Ica tak sengaja . Tadi tak perasan pun Riz call . ” jawab Zulaikha dengan nada perlahan dan sayu .

“ Sayang ? Tengku Sayang Zulaikha , are you okay ? kenapa suara cam sedih jer .. ” soal Hariz kepada Zulaikha . Adakalanya Riz memanggil Zulaikha ica dan adakalanya dia akan memangil ica dengan nama sayang .

Zulaikha biasanya lebih suka dipanggil ica atau Zulaikha tapi Riz ni special kan so memang sayang tu nama manja yang suka dipanggil oleh Riz kepada Zulaikha .

“ Yer , everything is okay . Ni sakit tekak sikit tu yang cam slow jer suara . ” tipu Zulaikha . Sebenarnya dia masih lagi menangis atas sebab paksaan papanya yang menyuruhnya menikah .

“ Riz , waktu lunch esok kita jumpa boleh ? Rinduu .. ” kata Zulaikha lagi .

“ Yer semestinya boleh Sayang , nanti Riz jemput Sayang yer . Esok Sayang akan mula bekerja kan ? ” soal Riz dengan nada lembut .

“ Iyer , esok Sayang mula kerja . Nanti Sayang send location tempat kerja Sayang kat Riz okayh .. ” kata Zulaikha sambil mengelap air matanya yang tak henti henti menitik .

“ Okaylah Riz , Sayang penatlah harini . Kita sambung and jumpa esok okeyh . Byee .. ” katanya lagi .

“ Baiklah , rest leklok yer . ”

TUT ! ( END CALL )

°°°

HOI BUDAK ! Kau bangun cepat ! Alahai duk berkurung jer , baik kau bangun cepat sebelum aku hempuk kau dengan gayung ! ” tengking Tengku Elyn Qaisarah .

Dia merupakan kakak tiri Zulaikha yang bersifat sombong dan angkuh dengan orang termasuklah adiknya sendiri . Elyn tidak berapa suka dengan Zulaikha atas sebab Zulaikha lebih cantik dan ramai lelaki yang suka akan Zulaikha berbanding dirinya . Walaupun Elyn sudah digelar tunangan orang , perangainya masih begitu dan tak berubah sedikit pun .

“ Iyer kak , ada apa ? ” tanya Zulaikha dengan lembut sambil menundukkan kepalanya ke bawah .

“ Papa panggil , dia nak jumpa kau kat ruangan swimming pool . Lebih baik kau pergi cepat sebelum aku yang kena . ” kata Elyn dengan nada yang agak serius .

“ Alahai yang tercegat lagi kat sini kenapa ?! ” marah Elyn lagi .

Zulaikha lalu bergegas ke luar bilik dan menuju ke ruangan swimming pool .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THAT MR COLD IS MY SOULMATEWhere stories live. Discover now