Mula : 21 jun 2021
Tamat : no one knowSemestinya rekaan semata-mata.
Forgive my broke tatabahasa. Saya malas nak fikir betulkan tatabahasa. Cerita ni sekadar jadi pelepas stres saya sahaja.××××
Panasnya cahaya mentari yang memancar terik ke arah tanah merah yang gersang. Orang ramai sudah mulai beredar dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tuan.
Nurin lelah menahan tangisan hari ini. Mujur ada suaminya yang setia di sisi sepanjang proses pengebumian atuk Nurin.
"Toha, paklong dengan maklong balik dulu. Esok lusa kita bincang pasal wasiat tukwan." Talha angguk sahaja. Lengan kirinya masih merangkul pinggang Nurin. Talha tahu niat buruk keluarga Nurin. Talha kemaskan lagi pelukan itu.
"Cinta saya ni okey ke?" Talha angkat dagu Nurin yang dari tadi hanya tunduk menatap tanah merah itu. Ada sebuah kayu yang tertusuk di bahagian kepala kubur dijadikan batu nisan sementara.
"Nurin okey tapi Nurin kesian tengok abang penat dari pagi tadi uruskan arwah tuk wan." Nurin lap peluh yang menitik dari pelipis kulit sawo matang suaminya. Makin erat pula pelukan Talha di tengah-tengah kubur ini. "Abang lepaslah nanti orang tengok malu aje."
"Biarlah. Cinta saya ni isteri saya buat apa pulak nak malu kan?" Talha senyum sinis lalu memegang kepala Nurin dengan erat.
"Mulai saat ini, awak dah tak boleh lari dari saya lagi. No more lari balik kampung. If anything happen between us, kita patut cari jalan untuk selesaikan bukan lari," tutur Talha lalu mencium dahi Nurin.
"Bang, Nurin tahu abang penat tapi jangan buat depan kubur. Tak kelakar la bang," pintas Nurin sebelum Talha sempat habiskan kata-kata. Oh, baru Talha sedar yang mereka masih di luar pagar kawasan kubur. Tak senonoh punya perangai. Talha ketawa kecil. Dia berjalan dahulu menuju ke kereta.
Nurin perhati cara berjalan Talha. Detik ini dia bersyukur dikurniakan suami seperti Talha yang sentiasa memahami walaupun mereka berdua tidak sempurna.
Kerana kita tidak perlu mencari pasangan yang sempurna melainkan kita menerima kekurangan pasangan dan itu menjadikan hubungan kita lebih sempurna.
Nurin senyum simpul lalu menyeberang jalan raya. Kereta Honda Vios milik Talha dituju. Telapak kasutnya menghentam jalan raya dengan penuh yakin. Cara jalannya juga sudah seperti seorang wanita yang berkeyakinan tinggi. Talha bukakan pintu walaupun Nurin belum sempat menyeberang.
Kalau Tuhan sudah menetapkan dan Tuhan menghendaki-Nya, maka, kun fayakun! Jika Tuhan mahu ia, maka, jadilah ia!
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
Romance_____________ Saya slow update hehe pis yo Pastu saya ni tulis ikut suka hehe ________________ Dilarang plagiat karya Fatimah Aleyna. Anda akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mencuri hak intelek Aleyna! ⚠️ Penat-penat aku perah otak. Suka...