Apabila mencari tanah, carilah ikut kemampuan, cari yang bakal memberi manfaat. Mungkin bukan dihari ini, mungkin dihari esok atau lusa. Tahun-tahun bakal mendatang, atau mungkin apabila sudah tidak berdaya.
Cari, teroka dan tandalah bahawa tanah itu adalah dipunyai oleh kita sepenuhnya.
Sudah punyai tapak tersebut, berbudilah. Ianya tetap berharga walau hanya sekeping. Harganya lebih pada nilai wang. Harganya lebih kepada usaha untuk kita memiliki tanah tersebut.
Bila hendak diusahakan, gemburkanlah ia. buatlah dengan penuh keikhlasan. Hasilnya bukan sehari. Hasilnya mungkin berpuluh tahun dari hari pertama kita usahakan. Tanah ni, zat semua kena cukup. Usahakan bukan hanya setakat menabur kudrat. Kudrat kuat, cangkullah hari-hari sampai penat. Dah penat rehat. Penat hilang cangkul lagi. Bila nak siap kalau ada tanah yang luas?
Bila ada sekeping tanah, racunlah segala parasit atau tumbuhan yang tidak diperlukan. Ada rumput liar, ada semak samun. Semak potong, nak tebas pakai sabit boleh. Kerja penat. Kau malas, racun sahaja semua. Ianya akan menjadi baja kelak. Tunggu selepas beberapa bulan.
Bercucuk tanam (yang orang ingat benda tu je), Semailah benih-benih dengan benih yang baik. Baka yang baik, pengurusan yang betul hasilnya maksima. Sekiranya tak jadi jangan di racun kesemua. Ada faktor rezeki disitu. Usaha lagi.
Bila dapat tanah yang bergalian, jangan dikorek denga rakus sehingga habis hasilnya disedut serakah nafsu. Gali, korek semahunya, ambil segala hasil tapi tanah tu biar sahaja macam tak berharga lepas semua disedut. Mungkin kekayaan itu mudah bagi sesetengah orang. Tapi untuk generasi seterusnya?
Usahakanlah.