Selamat pagi, tengah hari, petang dan malam, tidak kira kamu semua baca waktu bila, selamat datang ke buku ini!
Kita zoom ke sebuah Pulau yang berada di Negara Malaysia.
Sebuah Pulau kecil yang berada di Utara sana, Pulau Rintis.
Di sebuah banggunan sekolah menengah yang bergelar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis, terdapat seorang pelajarnya yang memakai topi Dino yang berwarna jingga, termenung ke luar tingkap. Senyuman nipis yang hampir tidak kelihatan menyiasi wajahnya itu.
Siapa lagi kalau bukan hero cerita kita, Boboiboy. Ying dan Gopal terbisik sesama sendiri.
Ying : Pssss! Gopal! Kenapa kawan lu tu tersenyum sendiri tu?
Gopal : Manalah aku tahu. Dia dari pagi dah tersenyum macam tu.
Yaya : Ada benda baik lah tu yang berlaku.
Fang : Ke dia sawan?
Ying : Kau nak kena tampo guna jamban ke papan tulis?
Fang : Tak nak, tak nak.
Ying : Hm 😑 Tapi tak kan lah termenung keluar tinggap macam tu.
Fang : Well, kita tak akan tahu. Semuanya berada di hatinya.
Boboiboy langsung tidak sedar yang kawan kawannya sedang berborak pasal dirinya. Dia sibuk dengan dunianya sendiri.
Disebabkan kesabarannya mula menipis, Gopal pun melambaikan tangannya ke muka Boboiboy untuk menyedarkannya.
Gopal : Boboiboy? Boboiboy? Boboiboy? BOBOIBOY?!
Boboiboy : Eek?!
Boboiboy akhirnya sedar dari lamuannya akibat terkejut tiba tiba ada tangan besar depan muka dia.
Ying : Hah! Sedar pun lu!
Boboiboy : K-kenapa ni?
Gopal : Kau lah! Kenapa kau termenung je keluar tingkap tu?
Boboiboy : Oh- ehehehe.... sorry....
Ying : Tak ada apa apa ma. Tapi kenapa lu dari pagi dari termenung je keluar tingkap tu? Siap tersenyum sorang sorang lagi.
Boboiboy : Oh- er... tu....
Yaya : Apa korang borak ni?
Yaya yang baru balik dari tandas, tanpa salam tanpa apa, terus tanya soalan ke mereka.
Fang : Tak ada apa apa yang penting pun. Cuma pasal Boboiboy yang dok termenung ke luar tingkap dari pagi tadi.
Yaya : Hm? Oh, haah lah! Aku pun perasan jugak. Boboiboy, ada apa apa ke yang seronok berlaku kau tersenyum macam tu dari pagi.
Boboiboy menggaru belakang tengkuknya. Nampak sangat yang dia tak pandai rahsiakan perasaan sendiri.
Boboiboy : Ehehe.... sebenarnya..... Ayah aku nak balik sini hari ni!
Terus senyuman di wajah Boboiboy menjadi makin membesar. Dia terlihat sangat teruja.
Ying : Ayah lu?
Yaya : Wahhhhh! Kitorang tak pernah pun berjumpa dengan ibu bapa kau! Mesti kau seronok kan?
Boboiboy : Mestilah! Dah 3 tahun aku tak jumpa dengan Ayah aku! Last jumpa pun masa aku pindah ke Pulau Rintis ni masa aku umur 11 tahun dulu.
Kawan kawan Boboiboy sedikit terkejut mendengar apa yang boboiboy katakan.
Fang : Lamanya. Apa yang dia buat sampai tak pernah jenguk kau selama tu?

ANDA SEDANG MEMBACA
I miss you dad (Boboiboy Fanfiction)
FanfictionBoboiboy, telah lama tidak berjumpa dengan mak dan ayahnya kerana mereka berdua sibuk dengan kerja mereka. Tiba tiba, suatu hari,Boboiboy berlawan dengan Adudu, dan terbawa oleh Adudu ke masa lalu. Di sana, dia berjumpa dengan orang yang sangat di...