Desk : Dimana ni?

859 78 18
                                    

Matanya tertutup, dan terjatuh. Tapi, dia tidak merasakan apa apa di bawahnya, xeperti dia terus terjatuh tanpa penghujung.

Tidak tahu berapa lama dia sudah seperti itu, akhirnya dia melihat cahaya semula.

Boboiboy : Ergh......

Boboinoy akhirnya terjaga. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Berdenyut kuat juga kepalanya. Mungkin sebab serangan Adudu tadi.

Boboiboy : Aduh...... kat mana aku ni?

Boboiboy berdiri, dan melihat kesekelilingnya. Dia berada di kawasan pokok. Tapi dia mampu nampak jalan tidak jauh di depannya. Jadi, dia tak kedalam sangatlah kedalam hutan tu.

Boboiboy pun berjalan keluar dari sana, dan berjalan menerusi jalan itu.

Ramai manusia yang berada di sana. Jadi, maksudnya, dia masih di bumi. Boboiboy melepaskan nafas lega. Tapi, bila ditengok balik, ini tak macam tempat dia tadi.

Banggunan di sana lain lain dari apa yang dia ingat ada di Pulau Rintis. Dia melihat ke atas. Langit sudah mulai magrib. Seingat dia, tadi masih pagi.

Boboiboy : Lama juga aku pengsan..... tapi betul ke aku pengsan? Rasa macam tak sampai 1 minit pun berlalu.

Boboiboy menepis nepis tanah yang melekat di bajunya. Bila terfikir balik, macam mana dia boleh tersesat atas semak pulak ni? Bukan dia dekat taman ke tadi?

Fikir punya fikir bukannya dapat jawapan pun.

KROOOONGGGGGG

Ah sudah, perut dia dah berbunyi. Bila ingatkan balik, dia memang belum makan tengah hari pun lagi. Ni dah nak magrib.

Cepat cepat dia cek saku seluarnya. Selamatlah yang dompetnya masih ada. Boleh lah jugak dia pergi beli makanan.

Boboiboy : Ok, kat mana kedai ek?

Boboiboy memilih untuk bertanya kepada sesiapa di sana. Dia membefhentian seorang Pak Cik.

Boboiboy : Er..... Pak cik. Tumpang tanya. Kat sini ada kedai serbaneka tak?

Pak Cik Cina : Oh, ada ada! Adik tinggal jalan lurus nunnn ke sana, dan akan jumpa sebuah kedai serbaneka!

Boboiboy : Baiklah. Terima kasih Pak Cik!

Boboiboy pun tanpa buat masa, terus berjalan menuju ke arah yang Pak cik tadi dah tunjukkan, tak mahu perutnya bernyanyi lagi.

.
.
.
.
.
.

Boboiboy sudah keluar dari kedai itu, dan dah habis memakan roti Gardenia yang dia beli. Inti vanilla, ehek :v.

Boboiboy : Fuhhh, perut dah terisi. Sekarang, macam mana nak balik ni?

Boboiboy cuba menghidupkan jam kuasanya, dan cuba menelefon kawan kawannya, tetapi, nampaknya, sistem tergendala.

Yang keluarnya hanyalah screen hitam sahaja yang tak habis habis meng-glitch.

Boboiboy : Aih? Asal ni?

Boboiboy menepuk nepuk jam kuasanya, tetapi tiada yang berlaku. Boboiboy pun pasrah.

Boboiboy : Adoiiiii. Masuk air ke apa jam ni? Huh.....

Boboiboy berjalan dengan malasnya pergi ke entah kemana. Dia sendiri pun tak tahu dia dekat mana sekarang ni. Tapi, dia masih ada jam kuasanya, jadi dia rasa sedikit lega. Walaupun tidak mampu menghubungi kawan kawannya.

Memandangkan dia bukan di Pulau Rintis sekarang ni, dia tidak boleh tunjukkan kuasa dia secara terang terangan. Hanya Pulau Rintis sahaja yang mengenalinya.

I miss you dad (Boboiboy Fanfiction)Where stories live. Discover now