susah untuk melupakan

42 3 0
                                    

Bersalahan masa engkau menjadi insan disayangi.
Begitu jugalah mengharapkan candra di malam hari.
Kerana engkaulah suraya ku yang ingin dinanti.
Selamanya ratna pakaja ku kirana bak baiduri.

cukuplah derita mengumpul sarang,
bebaskanlah dia di tawang,
sakit ini tak bisa di obati oleh pawang,
aku tersiksa bagaikan dihunus parang.

pinjamkan kesabaran sedarkan diri
tak minta dipuji tak minta bunuh diri
jika lemah jangan lagi berdiam diri
bangkit sendiri kerna tiada siapa hirau lagi.

jangan biarkan dendam kesumat dihati
biarlah dia membawa lukanya sendiri
jangan kau musnahkan dia lagi
cukuplah sekadar sudah mengerti.

Hari hari tak minta begini
sudahlah tak mampu lagi
takpernah minta membenci
sepastinya lebih mencintai.

setelah berhenti berpuitis
2 tahun agak lama untuk idea dikuis
terlalu leka sampaikan tak terlukis
segunung keikhlasan hati sudah terhakis.

******************************

Nun jauh kau disana
Ufuk dunia akan ku nanti
Redahkan saja halangan yang akan melanda
Akan ku tuntut segugus janji
Rapuh hati akan hilang jua
Daripada ingin pergi memakan diri
Aku cuma tak mahu kau tersakiti
Namun aku menyesal kau kenali diri ini
Itu sebab aku pergi
Aku juga tersakiti
Hanya mampu tersenyum melihat kegembiraan mu.

Itu diluar kebiasaanku

Lambat laun aku perlu hadirkan matahari
Oh biarpun memang sudah gelap
Variasi kan lah kehidupan mu
Enggan lagi cemburu buta

Ya, aku perlukan perubahan
Oman juga bisa seperti terjadinya Salalah Monsoon
Untuk diri sendiri juga.

berhenti berharap
berhenti sakiti hati
teruskan langkah
biarpun perit sekali.

:)

Nur Ardaniah KhalidWhere stories live. Discover now