"Assalamualaikum".
Laungan salam diberi apabila kaki kanannya melangkah masuk ke rumah kayu dua tingkat itu
"Waalaikumsalam!! Baru reti nak balik anak dara kau sorang ni Leha. Senja senja baru nampak batang hidung,elok sangatlah tu anak dara merayau tanpa hala tuju". Sindir Mak Timah pada anak adik bongsunya,Mak Leha
"Nampak sangat Mak Lang menipu". Tenang raut wajah Arfah bila menerima sindiran dari ibu saudaranya itu
"Bila masa pula aku menipu budak". Mak Timah mula naik angin
"Tipulah kalau Mak Lang cakap Mak Lang hanya nampak batang hidung Arfah je. Padahal satu badan Mak Lang dah scan". Bibir dicebik
"Eiii kurang ajar punya budak!! Kau tengok anak aku ada ke dorang merayau hingga senja baru nak balik". Puji Mak Lang kepada dua anak daranya Tijah dan Teha
"Kalau saya merayau pon ada susahkan kaki Mak Lang,tak ada kan..ada saya guna duit Mak Lang..tak ada kan. So apa yang Mak Lang tak puas hati". Sinis saja dia melihat raut wajah berang ibu saudaranya itu
"Jaga tepi kain sendiri sebelum nak jaga tepi kain orang. Cau". Senyuman sinis dihadiahkan sebelum pergi meninggalkan ruang tamu
"Kurang ajar betul anak kau ni Usu. Dah lah aku nak balik. Tijah dan Teha..jom balik. Panas pula aku rasa duduk atas rumah ni". Siti Fateha dan Siti Khathijah bergegas keluar tanpa menyalami ibu bapa saudara mereka
"Mak Lang panas sebab banyak sangat buat dosa tu. Api di 'Kerajaan Panas' membahang seluruh tubuh Mak Lang. Baik Mak Lang balik bertaubat lah. Rumah kata go,kubur kata come". Sempat lagi Arfah menjengah jendela dan melempar ayat pedas kepada Mak Langnya
Fikri Pov
"Mak oooo mak". Mata aku melilau mencari kelibat perempuan yang aku sayang
"Ada apa Fikri oiii. Kamu ni mak tengok dah macam arnab sakit perut je". Ucap Mak Semah selamba bin badak bin air..(apa aku mengarut ni😂)
"Ni duit untuk belanja bulan ni". Aku menghulur not 50 sebanyak tujuh keping ke arah ibuku
"Duit yang kamu beri bulan lepas ada lagi Fik. Duit tu simpan je untuk kegunaan kamu". Ibuku tersenyum manis ke arah aku
"Tak apa lah Mak. Yang ni mak guna beli barang dapur ke apa ke. Nak join kutu emas pon boleh". Aku masih lagi memaksa ibuku
"Iyelah. Ni mak nak tanya!! Betul ke hanya dengan RM30 kamu akan dapat gaji RM50 hingga RM6000. Elaun pula sebanyak RM150. Mak tak percayalah. Lagipon mak tengok kamu main handfone je?? Tak tengok pula kamu buat kerja". Berkerut dahi Mak Semah memikirkan kerjaya anak lelaki tunggalnya itu
"Kerja atas talian mesti guna handfone mak. Pasal gaji dan elaun tu betullah..kalau tak dari mana Fik dapat duit nak bagi kat mak". Aku hanya melayan soalan dari ibuku. Lagipon aku dah biasa jawab soalan begini sewaktu uruskan PS/QS aku dahulu
"Ouh tak apalah..janji halal". Mak Semah menyambung aktivitinya tadi
"Ok lah mak!!Fik ada kerja ni. Lagipon lepasni Fik nak call Arfah". Senyuman tidak dapat disembunyikan apabila menyebut nama kekasih hatiku itu
"Kerja dan simpan duit lepastu masuk minang. Mak teringin juga nak menantu". Mak Semah hanya menasihati anak lelakinya itu
"Baik mak. Fik masuk dulu. Jangan tido lewat sangat. Bye assalamualaikum". Tangan ibuku disalam dengan hormat sebelum mencium pipi dan dahi ibuku
"Waalaikumsalam!! Jangan lupa baca ayatul kursi dan selawat keatas nabi sepuluh kali. Basuh kaki sebelum tido". Mak Semah mencium dahi anak lelaki tunggalnya. Dia sudah tidak sabar mahu menjadikan Arfah sebagai menantunya. Orangnya berbudi bahasa dan sopan santun. Cuma perangai je kasar sikit
"Ok mak". Aku membuat flying kiss sebelum menutup pintu bilikku
-
-
-
-
-
-
Sorry pendek..sis x sempat nak menulis
#100 comment baru sis update
#Kalau ada typo harap dimaafkan
Sis pon masih baru dalam dunia oren ni. Ni pon terima kasih kepada Team Mujahid Naurah,Cikgu ii,Kawan ii dan ahli keluarga saya untuk memberi sokongan kepada saya. Sejujurnya saya masih gementar nak update
ok. Sis tak paksa untuk korang votes and comment
YOU ARE READING
Mom!! Saya Dah Jatuh Cinta
RomanceArfah,Fikri,Iman,Syahmi Hakimi,Qistina dan Julia. Enam sahabat baik yang menyertai kerja atas talian. Banyak aksi kelakar mereka didalam novel ni. Tak kalah juga aksi romantik. Bersemut hawau "Hanya kau yang layak aku cintai Arfah"-Fikri "Cintaku ha...