Selepas habis sekolah, aku dilamar oleh sebuah agensi modeling. Papa tidak lagi mengongkong walaupun dia kurang suka dengan pilihanku. Aktivitiku semakin padat dengan jadual penggambaran di dalam dan juga luar negara.
Aku juga mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan pencarian ratu remaja. Ketika ini, aku dirapati oleh ramai lelaki dari golongan atasan yang mahu memikatku. Aku tidak melayan mereka kerana setiaku hanya kepada Fajar. Aku bersyukur kerana tidak mudah terpengaruh dengan wang ringgit yang ditabur. Mungkin kerana aku sudah biasa dimewahkan oleh papa selama ini.
Aku menjadi peserta favorite kerana usiaku yang muda, wajahku yang komersial dan fotogenik disukai oleh photographer, pengalaman modeling yang aku ada sejak usiaku 15 tahun banyak membantuku. Kepintaranku dan juga kemahiran bermain alat muzik juga turut menjadi satu kelebihan buatku.
Setelah 3 bulan menyelesaikan pelbagai tugasan mingguan dan tugasan akhir, aku berjaya menjadi naib juara. Aku kalah kepada seorang model yang berwajah pan asia. Tetapi nasibku lebih baik kerana aku menerima lebih banyak tawaran peragaan berbanding si juara selepas pertandingan itu, kerana 'client' lebih sukakan karakter dan wajahku yang eksotik bukan sekadar cantik seperti patung.
Fajar sering membuatku pening kepala dengan sikapnya yang mudah marah dan merajuk kerana perhatianku terhadapnya semakin berkurangan. Setiap kali bertemu kami akan bergaduh kerana aku didesak untuk berhenti dari semua aktiviti modeling dan dia menghukumku dengan tidak menyentuhku. Walaupun aku merayu untuk disetubuhi, tetapi dia sengaja membiarkan aku melayani keinginanku sendiri selama berbulan-bulan. Sedangkan dia? Aku tahu dia ada meniduri perempuan lain di belakangku untuk memuaskan nafsunya. Wanita mana yang tidak rebah dan merayu cintanya dengan kesempurnaan yang ada padanya?
Aku juga bertekad untuk melupakan cita-cita sebagai seorang guru kerana ingin fokus kepada kerjaya sebagai peragawati.Hampir setahun aku tidak dibenarkan bercuti panjang kerana jadual penggambaran yang ketat, mengambil masa dan sibuk. Setelah puas merayu kepada bos agency modeling yang aku naungi, akhirnya aku diberi cuti selama 2 minggu dan aku mengambil peluang ini untuk pulang ke rumah, bertemu papa yang aku rindu. Aku berasa lega kerana akhirnya dapat pulang ke rumah.
Di suatu pagi, papa menyertaiku ketika aku sedang bersarapan. Dia menyerahkan sekeping gambar kepadaku. Gambar cucunya Megat Ibrahim anak kepada Megat Abdul Aziz, juga abang kepada kekasihku, Fajar.
"Papa nak nikahkan Fiya dan Im." Kata-kata papa membuat aku terkejut. Megat Ibrahim lebih tua dariku 15 tahun dan masih belum berkahwin.
"Tapi Fiya dah ada pilihan sendiri..." Aku cuba menolak dengan baik. Aku juga tidak mahu bernikah dengan abang kepada kekasihku, walaupun Megat Ibrahim ialah pewaris kepada sebahagian besar harta milik papa mengatasi bapanya.
"Fiya yakin, Abang Im juga dah ada pilihan sendiri pa..." sambungku lagi. Papa tersenyum memandangku.
"Im tidak membantah ketika papa bertanyakan kepadanya. Papa tak minta apa-apa dari Fiya, papa hanya mahu kamu berdua disatukan sebelum papa pergi meninggalkan dunia. Papa mahu Fiya ada tempat berlindung dan dijaga dengan baik. Im ialah harapan papa."
"Fiya... Fiya dengan Abang Fajar dah lama bersama pa..." Akhirnya aku berterus terang. Walaupun kami sering bergaduh sejak akhir-akhir ini, tetapi aku tidak mahu mengkhianati Fajar.
"Papa tahu... papa tahu setiap apa yang terjadi di dalam rumah ni. Putuskan hubungan Fiya dan Jan. Im akan membahagiakan Fiya..."Mudahnya papa memintaku memutuskan hubungan dengan Fajar.
"Tapi keluarga Abang Im tak sukakan Fiya. Mereka tentu tak boleh terima Fiya." Aku menyuarakan lagi kebimbanganku.
"Jika mereka tidak mahu menerima Fiya, mereka akan terlepas hak sebagai pewaris." Aku terpempan.
"Fiya fikirkan. Malam ini, Im akan datang ke sini. Fiya beri peluang kepada Im untuk mengenali Fiya." Aku hanya diam, tidak mengangguk.
"Tapi Fiya sayangkan Abang Jan..." Aku memandang papa yang menggeleng kepala tidak setuju.
"Fiya mesti menikahi Megat Ibrahim, pewaris keluarga yang sah dan yang utama."
"Abang Jan juga pewaris papa..." Sahutku lalu aku menunduk kerana sedar diri. Hal berkaitan dengan warisan pusaka tidak sepatutnya aku ikut campur tangan. Aku ini bukan siapa-siapa dalam keluarga ini. Hanya anak pembantu.
"Kalau Fiya sayangkan papa dan ingin mengenang jasa papa, kahwini Megat Ibrahim. Papa tak minta banyak dari Fiya. Untuk sekali ni, papa merayu Fiya terima lamaran Megat Ibrahim." Papa bangun, menepuk lenganku dan berlalu. Hatiku berdebar, bagaimana harus aku khabarkan kepada Fajar?
Seperti yang aku duga, Fajar tidak menerima keputusan papa dengan baik. Marahnya semakin tidak terkawal ketika aku bersetuju untuk dinikahkan dengan Megat Ibrahim. Aku mengambil keputusan tersebut kerana kebetulan aku mendapat tahu dia meniduri seorang pelayan di kelab malam miliknya. Hatiku sangat sakit kerana ini bukan pertama kali dia melakukannya.
Walaupun berkali kali dia memohon maaf, aku tetap tidak mengendahkan dan sudah bertekad untuk menerima lamaran Megat Ibrahim.
Hari itu adalah hari yang sibuk buat kami di studio, ada sesi latihan peragaan yang perlu aku hadiri untuk pertunjukan yang akan berlangsung lagi 3 hari kemudian.
Ketika sesi latihan tamat, aku segera memeriksa telefon bimbit. Aku mendapati Fajar telah menghubungiku berkali-kali. Pesanan wasapnya kepadaku hanya kata-kata makian yang sudah lali aku terima seperti sebelum ini. Aku tidak boleh lambat menjawab panggilan atau membalas pesanannya walaupun ketika aku sedang tidur. Itu akan menjadi punca pergaduhan.
Tidak berapa lama, Fajar datang bersama beberapa orang pengawal peribadinya lalu menyeretku pulang. Katanya ingin mengajakku berbincang. Sebaik memasuki kereta, pipiku ditampar kuat, sehingga aku menangis. Itulah detik pertama kali aku dipukul olehnya, mengingatkan aku kenangan pahit melihat ibuku dipukul oleh bapa sewaktu aku kecil. Aku berjaya melarikan diri ketika dia tertidur setelah memuaskan nafsunya kepadaku.
Akibatnya dengan kesan lebam yang tidak dapat ditutup, namaku telah digugurkan dari pertunjukan.
Sejak itu, dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Malah tidak pulang ketika Orang Kaya meninggal dunia kerana serangan jantung.
YOU ARE READING
FIYA
RomanceAMARAN: 🔞 Untuk bacaan dewasa berumur 18 tahun ke atas saja. Gambar dari google ×××××××××××××××××××××××××××××××××××××× Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Aku tak suka tajuk panjang meleret. Tajuk nama FIYA tu sementara je. Mungkin aku tukar nanti a...