Peperangan 100 tahun sudah pun berakhir.
Namun kesan dan akibat daripada pertempuran dahsyat itu telah menyebabkan penghuni bumi tidak lagi dapat meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.
Manusia tidak berupa manusia.
Haiwan tidak berupa haiwan.
Tumbuhan tidak berupa haiwan.
Lebih menggerunkan, wujud pula penduduk lain yang mahukan apa yang tertinggal di dataran dan hamparan gersang ini.
Nun di gurun itu kelihatan satu kelibat berjentera. Bunyi bingit dan bising bergempita gegaran. Seperti motosikal tetapi jauh lebih agam. Ketandusan tanah terpecah heningnya.
Dialah Porong.
Porong yang diburu oleh puluhan kabilah-kabilah yang mahukan jemala kepalanya dirandai randuk dek kerana keberaniannya melanggar segala perjanjian oleh bangsa bumi selepas Perang 100 tahun dimeterai.