Hari ini merupakan hari persekolahan
bermula semula setelah Perintah
Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia.Helena Sofia bangkit dari tidur seawal 6pagi untuk bersiap ke
sekolah."Ninaaa,dah bangun ke belum tu hah?"jerit Puan Mariya dari tingkat bawah.
"Dah ibu,nina nak pakai baju ni nanti
nina turun ye bu"balas Helena membetulkan lengan bajunya.Helena turun dari biliknya setelah siap
berbaju kurung sekolah.Pada pagi itu,Puan Mariya memasak
nasi lemak sambal kerang kesukaan
anak daranya itu Helena Sofia.Setelah siap makan,Helena menyalam
ibunya dan berangkat ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis
skuternya itu.
_________________________________________
"Alhamdulillah lega sikit dah habis exam"kata Adib sendiri sambil bersiap."Amboi Adib,kauni nak pergi mengajar
ke mengorat ni hensem betul"puji Luqman kepada Adib yang sedang bersiap.Adib cuma menjegilkan matanya kepada Luqman yang sentiasa menyakatnya.
Adib bersarapan dengan roti dan air milo panas bagi mengalas perutnya sebelum ke sekolah.
"Okayla Man aku gerak dulu jumpa kat sana karang"kata Adib kepada Luqman
yang baru selesai mandi.Luqman melambai ke arah Adib yang berlalu ke arah keretanya.Adib tidak mahu terlambat pada hari pertama
praktikalnya sebagai seorang guru pelatih di SMK Raja Sulaiman jadi dia
memandu kereta nya dengan kelajuan
𝒔𝒑𝒆𝒆𝒅.Setelah sampai ke SMK Raja Sulaiman
dia dikehendaki ke pejabat bersama
guru-guru pelatih lain bagi mendengar
sedikit taklimat.
_________________________________________
HELENA SOFIA meletakkan motosikal
nya di tempat letak motosikal pelajar
yang disediakan di sebelah pondok pengawal.Dia berlalu pergi untuk ke dataran di mana tempat para pelajar dikumpulkan sebelum ke kelas masing-
masing."Eh,Diraaa?"tegur Helena kepada rakan
sekelasnya itu.Dia tidak menyangka yang temannya yang sebelum ini berbadan gempal menjadi kurus persis
model di luar negara."Omg hii ninaaa!!"balas Syadira kepada
Helena berlari-lari anak kepadanya."Oh dah kurus kau sekarang jeles pulak
aku aihh"puji Helena pada Syadira yang tersenyum-senyum sendiri."Alah takdela kau ni saja je kan"balas
Syadira kepada Helena."Elehhh,taknak share rahsia lah tu,dah
la jom kita masuk barisan kelas"beritahu Helena.Setelah berbaris,para pelajar bergerak
ke kelas masing-masing.Helena dan Syadira berjalan beriringan ke kelas
mereka iaitu 5Marikh.Mereka berbual sehingga subjek Bahasa Melayu bermula.Cikgu Aliah
tetap bersemangat mengajar anak muridnya itu walaupun dia sarat mengandung."Okay kelas,sampai harini kelas kita
dan untuk maklumat awak semua,saya
mengajar awak semua hanya dalam
masa dua minggu sebelum cuti bersalin
saya"beritahu Cikgu Aliah kepada para pelajarnya.Mereka mengangguk mendengar kata-kata gurunya itu."Esok saya nak awak semua hantar 2
buah karangan yang telah kita bincang
tadi okay murid-murid?"pesan Cikgu Aliah sebelum keluar kelas."Baik cikgu"jawab mereka semua serentak.Mereka mengucapkan terima
kasih kepada Cikgu Aliah sebelum beliau keluar dari kelas 5Marikh."Weh,diraa apa cerita kau ni tiba-tiba
kurus ala-ala model ni hah?"tanya Helena setelah Cikgu Aliah keluar."Ishh kau ni ada ada je,takla aku jaga makan je masa cuti haritu"jawab Syadira selamba.