Prolog

1.9K 2 0
                                    

Kenapa kau harus hadir kembali dalam hidup aku? Pernah kau terfikir betapa lama aku mengambil masa untuk melupakan segala kisah lama kita berdua? Hati ini menangis lagi untuk sekian kalinya. Sudah lumat hati ini kau lakukan. Aku hanya menerimanya kerana masih sayang pada kau, Hanif!

Maaf, bukan untuk kali ini. Kedinginan bayu Laut China Selatan pun tidaklah sedingin hati aku kini. Kau yang merubahnya. Di kala aku khayalkan kasihmu, kau menjauhkan diri daripada aku. Jijikkah aku pada pandanganmu? Tiadakah ruang untuk aku bernafas dalam hatimu?

Aku menangis dan terus menangis. Ibarat air sungai yang tak putus mengalir. Badai lautan yang tiada ketepian. Semuanya berlaku terlalu pantas. Tidak terduga oleh aku akan terserempak dengan kau. Lelaki impian aku untuk selamanya! Satu-satunya yang membuatkan jiwa aku merasa penuh dengan cinta. Cinta? Wujudkah cinta sejati bagi orang seperti aku?

Bintang di langit tidak kelihatan, ditutupi oleh awan-awan yang mungkin juga simpati akan diri aku. Menambahkan lagi emosi yang dialami. Alam juga mengerti insan, banyak dugaan yang harus ditempuhi. Malahan, dirinya sering tertanya, adakah ruang untuk aku di dunia yang maha kejam ini? Salahkah mencintai dan ingin dicintai?

Penantian selama ini tidakkah bermakna atau aku bukanlah yang terbaik bagimu? Pelangi jingga di ufuk barat begitu indah, tidak seperti diriku yang dilanda ribut taufan. Mengapa pertengkaran selalu ada di antara kita dulu? Seiring usia perkenalan kita, tidak sedetikkah di hatimu bahawa aku tersiksa? Bahagiakah kau bersamanya? Apa kurangnya diriku? Sedangkan kau berjanji akan setia denganku. Mudahnya hatimu berubah, Hanif!

KISAH KITAWhere stories live. Discover now