14

466 17 1
                                    

.
.
.
.

Angie yang masih terkedu dengan tindakan yang dilakukannya tidak sedar yang dia berada dalam dakapan Zackry.

"Cik.." bisik Zackry perlahan apabila melihat kekakuan Angie yang membuatkan dia berasa lebih tidak berguna.

"Hah..eh..istt" kejut Angie akhirnya sedar akan dimana dia berada dan merasakan kesakitan pedih pada lehernya yang membuatkan dia sedar apa yang jadi sememangnya benar-benar berlaku.

'aku rosakkan plot ke ek? Aduh. Tak sengaja betullah. Macam mana ni ?'

Runsing fikiran Angie yang tidak memerhatikan keadaan Zackry yang menyesal dan yang lain masih mengikuti dibelakang Zackry melihat-lihat keadaannya.

Stella dan Kay berjalan dibelakang Zackry sambil melihat ke arah Angie dengan risau dan mereka berdua tidak tahu mengapa mereka berdua berdua merasakan sakit melihat Angie terluka.

'Kalau aku tak lalai untuk menjaga Angie, dia tidak akan sakit seperti ini. Bodoh Stella!' Rungut Stella pada dirinya.

'Aku tak tahu kenapa tapi aku benci tengok Cik Angie terluka. Aku lalai jalankan tanggungjawab aku. Maaf.' Kesal Kay melihat Angie yang diam tanpa merungut sakit.

"Zackry. Awak boleh turunkan saya. Saya boleh berjalan sen...." Angie yang sudah boleh menenangkan fikirannya yang bercelaru kerana plot yang nampaknya dirosakkan olehnya itupun segan apabila Zackry mendukungnya.

"No."

"Cik Angie"

"Saya akan dukung."

Belum sempat Angie bercakap, ketiga-tiga dengan cepat memotong.

Angie yang melihat itupun terkejut sedikit tetapi dia tersenyum kecil.

"Saya ok je. Awak semua tak perlu risau. Terima kasih sebab dukung saya, Zackry."

Zackry yang mendengar kata terima kasih Angie padanya membuatnya terkaku.

"Cik.... saya yang sepatutnya berkata begitu..dan maaf cik kalau bukan sebab saya cik tidak akan terluka. Maaf." Kata Zackry perlahan sambil menunduk melihat Angie dengan pandangan yang lembut tetapi dia tidak sedar akan pandangannya itu pada Angie seperti melihat seorang kekasih yang tidak boleh hidup tanpanya.

"Eh ..ssttt" Angie yang mendengar itupun ingin membantah tetapi apabila dia menggerakkan lehernya, dia lupa lehernya terluka.

"Cik...cik Angie jangan bergerak dulu. Kita akan balik untuk dirawat." Gelabah Stella mendengar dengusan sakitkan Angie.

Kay hanya mampu menggenggam erat tangannya.

Zackry pun dengan cepat berjalan ke arah kereta ya g sudah sedia dan meletakkan Angie dengan perlahan dan lembut pada kerusi dan belum sempat dia ingin menegakkan badannya, dia ditarik hingga dia tersandung kebelakang dan melihat Stella lah yang telah menariknya sambil memandang dirinya seperti musuh tujuh keturunan.

Zackry terdiam sambil melihat Stella sudah masuk ke kereta dan duduk disebelah Angie setelah menutup pintu kereta dan kereta pun bergerak pergi.

Kay yang melihat itupun hanya diam.

"Zackry. Aku naik kereta lain dulu." Kata Kay lalu pergi tanpa mendengar balasan dari Zackry.

Zackry masih diam sepanjang perjalanan sambil memikirkan apa yang berlaku pada dirinya dan mengingati kembali kejadian penyelamat yang dilakukan Angie untuk dirinya berulang-ulang seperti movie dan merasakan dengupan jantungnya bertambah laju apabila dia memikirkan Angie.

"Cik Angie..." bisik Zackry perlahan.

.
.
.

Di kediaman Dunken.

"Tuan. Bertenang, tuan. Cik Stella akan kembali sebentar lagi, tuan." Tenang penolong kanan Jax apabila melihat bilik kerjanya sudah menjadi seperti tempat berperang dengan beberapa pengawal yang sudah terbaring sakit kerana pukulan-pukulan yang dilakukan Jax setelah mendengar tentang situasi Stella beberapa minit yang lalu.

"Calm?!! Hah !! My Angie is hurt!!! Kau suruh aku bertenang !! Bast*td!! Mana dia orang?!! Kenapa lembab sangat?? Angie mana ?!!!! F*ck!!" Maki Jax yang didalam keadaan yang sangat-sangat serabut dan seperti sudah hilang akal. Sesiapa yang mengenali Jax mungkin akan terkejut apabila melihat keadaannya yang sekarang kerana Jax yang dikenali atau yang biasanya sangat tenang dan menjaga penampilannya.

Jax hilang akal selepas mendengar Angie terluka kerana menolong pengawal yang dia upah untuk melindungi tetapi malah Angie nya yang terluka disebabkan olehnya membuatkan dia hilang akal. Angie nya yang dijaga seperti menantang minyak yang penuh terluka disebabkan orang lain ! Memang tidak dapat diterima.

"Macam mana dengan geng si*l tu?" Soal Jax suram pada penolong kanannya itu tentang musuh yang menyerang hendap hartanya aka Angie.

"Semua sudah settle, tuan. Kami sudah menangkap mereka yang selamat dan menghilangkan jejak yang sudah mati." Jawab Peter dengan tenang kerana dia telah menjadi penolong kanannya hampir 8 tahun dan sudah tahu tentang penampilan Jax yang seperti sekarang hanya akan berlaku jika berkait dengan anak perempuan Jax iaitu Angie.

Peter tahu betapa pentingnya Angie yang juga melebihi nyawa Jax sendiri.

Tok

Tok

"Masuk." Peter sahut ketukan pintu bilik kerja Jax dari luar.

Klik

"Tuan. Cik Angie sudah kembali." Pembantu rumah menyampaikan pesanan.

Jax yang masih tertunduk suram dan dingin pun mengangkat kepalanya lalu tanpa banyak kata dan tindakan, dia terus bergerak laju keluar dari bilik kerjanya dan menuruni tangga dan melihat terus pada Angie yang didukung oleh Zackry.

Jax mengerutkan dahinya kesal lalu berjalan terus ke arah mereka.

Angie yang ingin berjalan sendiri pun tidak sempat berkata apa-apa tiba-tiba dia diangkat dan beralih didukung oleh Jax.

"Papa...." bisik Angie tegang apabila melihat ke arah Jax yang sepertinya marah tetapi dia tidak tahu mengapa mungkin disebabkannya.

Jax yang mendengar bisikan sendu Angie di telinganya terus membuatkan hatinya seperti dicekam kuat oleh belitan duri. Hatinya sakit apabila melihat ke arah luka pada leher mulus Angie nya.

Pandangan muramnya pada Zackry terus digantikan dengan pandangan lembut dan memanjakan ketika mata tajamnya melihat ke arah Angie.

"Hey... dear. How are u ? You will be fine, my dear. Is okay. Ok? Doktor sudah ada, kita rawat dulu luka tu, ok?" Pujuk Jax yang merasakan Angie nya itu masih takut dan trauma tentang apa yang berlaku dan Jax marah apabila memikirkan itu tetapi dia dengan lembut mendukung Angie menuju ke arah doktor peribadi keluarganya yang sudah siap sedia di ruang tamu.

"Papa...."




























.
.
.
➡️🥰
😘
Wait for next part😉

EMPIRE OF MINE 🔞 (Into Book)Where stories live. Discover now