KES aku pengsan tempoh hari membuatkan pasukan bola jaring dan bola sepak tidak lagi bertengkar mulut namun mereka mengadakan perang dingin setiap kali berjumpa kecuali Kay.Aku yang malas dah nak layan sifat kebudakkan mereka hanya biarkan sahaja tanpa masuk campur.
Sekarang aku cuba untuk fokus pada pembelajaran buat kali pertama oleh kerana tahun depankan SPM jadi aku nak buat yang terbaik.Sebodoh bodoh aku, tak adalah sampai tak fikir masa depan sendiri.For real aku malas sangat nak belajar tapi bila mood untuk belajar aku tu datang, semua benda aku abaikan.
"Hazel, dah siap nota kat depan ni ker belum ?"Cikgu Aslinda menongkat dagu sambil memandangku.Soalannya tadi aku balas dengan angukkan walau sebenarnya aku hanya siap separuh atas sebab mata yang tak berapa nak jelas pandang papan putih.Sejujurnya aku rabun tapi aku malu pakai spek mata.Sebabnya , takyah cakaplah.
Tok ! Tok !
Seluruh kelas memandang gerangan yang mengetuk pintu termasuk aku memandangkan habit aku ialah memandang orang.Hahah pelik tapi nyata.
"Kak, maaf ambil masa akak"Cikgu Zainab tersenyum.
"Ah tak apa"Ujar Cikgu Aslinda.Cikgu Zainab membawa budak baru itu masuk kedalam kelas.Yes budak baru.Menurut kajian mata aku, dia ni like ada mix chinese.Sumpah hensem tapi nampak macam bad boy jer.Hm selalunya aku mudah berubah hati bila nampak pelajar yang hensem tapi nampaknya vibe Kay terlalu kuat untuk ditandingi.
"Awak boleh perkenalkan diri"Ujar Cikgu Zainab.
"Aku Fadrel Zang"Ujarnya lalu melorek senyum nipis yang tak ikhlas.Aku tahulah tak ikhlas sebab mata aku tajam memerhati riak wajah seseorang.Sometimes.Maybe orang akan ingat dia hanya tersenyum manis.
"Welcomee to kelas 4-6 !"Ujar Ashraf yang sememang peramah seisi kelas.
"Baiklah Fadrel boleh duduk belakang Hazel"Cikgu menunjuk kearah belakangku sejurus itu aku mengangkat wajah memandang cikgu.
"Hazel nanti kata kat Aisah.Suruh dia pindah belakang lagipun kamu berdua kerap berbual"Ujar Cikgu Zainab.Nak menjawab pun tak berani jadi dengan tak relanya aku angguk lalu menekupkan muka keatas meja berlapikkan tangan.Tak dapat gossip pasal Kay kat Aisah lagi huwaaa.
Kring ! Kringgg !
Dan loceng berbunyi menandakan waktu Cikgu Aslinda dah tamat.Cikgu Zainab awal awal lagi sudah berlalu pergi.
"Baiklah cikgu nak bagi homework"Serentak itu seluruh kelas mengeluh kecuali aku.Buku teks aku buka, aku dah tanda dah pun homework yang cikgu akan bagi sebab setiap kali masa cikgu.Dia akan bagi latihan 1 and more sampaikan aku dah tahu mana homework yang dia katakan.
Selesai memberi tugasan cikgu berlalu pergi dari kelas.Sempat dia memberi pesanan agar Fadrel menandakan muka surat homework yang dia bagi tapi tak ada seorang pun yang tunjukkan dia muka surat sebaliknya semua berkumpul sebab nak berkawan dengan dia.Tapi balasannya tersangatlah mengejutkan aku.
"Aku terlalu malas nak jawab soalan korang"Pekat melayu dia woi.Tapi agak kuang aja sama seperti dalam wattpad yang selama ini aku baca.Dia typical budak jahat juga ker wei ? Badboy gak ker ?
"Wohhhh sombong siakk"Ujar Taufiq.Sejurus itu semua kembali ke tempat duduk masing masing.Akal aku mulai tertanya tanya, nak tolong dia tak tandakan homework tu ? Nak taknak ? Nak taknak ? Dan aku ambil keputusan untuk pusing menghadapnya.Saat itu dia sedang membaringkan wajah diatas meja berlapik tangan.
"Bak buku teks rbt kau.Dah dapat kan ? Cikgu Zainab bagi"Ujarku sama dingin dengan macam mana dia cakap dekat rakan sekelasku.Hello aku ni copypaste terbaik wattpad abad ni.Tahulah aku riak wajah sebenar typical badboy cam dia.
"Malas"Ujarnya.
"Eww.Aku tahulah kau pegang watak baddie tapi jangan nak kuang aja sangat eh.Lempang karang.Bak sini buku teks kau.Kang tak silap silap sec day kau kat sekolah ni, dah kena berdiri tengah padang"Ujarku dengan riak wajah jengkel.Eh ingat aku nak tolong ? Hati nurani aku ni taklah jahat macam dia.Okay jahat sena nya tapi tak adalah sampaikan tak berperikemanusian.
Dia memandangku tajam lalu mengeluarkan buku teks rbtnya.Buku itu aku rampas kasar sehingga membuatkan matanya membulat.Aku biarkan sahaja lalu menandakan latihan cikgu aslinda dengan penanda warna hijau.
"Wuuu.Haze ! kau nak tackle budak baru ker ?"Soal Hakim apabila melihat aku mengembalikan buku teks mamat baddie tu.Ujaran Hakim aku balas dengan decitan sinis.
"Tolong sikit kata tackle.Aku ni baik orangnya, aku dekat dengan dia bukan nak kenal tapi nak bagi kerja rumah takut dia kena denda dengan cikgu bukan macam korang"Ujarku lalu berdiri ingin meninggalkan kelas memandang waktu latihan bola jaring dah tiba.Buku aku kemaskan lalu aku masukkan kedalam beg.Botol air aku bawa sekali.
"Haah ! Nak pergi mana pula tu ?"Soal Taufiq.
"Training"Ujarku tanpa memandangnya.Arghhhh tak sabar nak jumpa Kay even dari jauh.Huk huk.
TBC
YOU ARE READING
they story
Teen Fictionaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋