SEPERTI hari biasanya, tiada waktu dalam sehari pun untuk dia rehatkan otak dari belajar.Sejujurnya, dia tak suka belajar ! Tapi dalam tak suka, dia jadi terbiasa dan jadikan benda tu rutin.Mungkin kerana hanya dengan belajar, dia lupa semua benda termasuk...Kay ?
You know, bila dia stress dengan belajar.Dia akan lupa berkenaan Kay dan akan fokuskan tumpuannya pada belajar walaupun itu menyesakkan tapi tak apalah, ini semester terakhirnya.Lepas habis ni, mungkin dia akan kerja dan mungkin..dia akan buat keputusan yang dia patut buat sejak awal.
Tok ! tok !
Meja belajarnya diketuk.Hazel mengangkat wajah memandang gerangan itu sebelum melepaskan keluhan.
Irfan tersenyum lalu meletakkan sandwich di hadapan Hazel.
" Kau tak makan kan ? Jangan lupa makan dan jangan risau.Aku tak ganggu kau pun" Irfan mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi.Hazel berdengus kecil sebelum melorekkan senyuman pendek.Sandwich itu dibuka sebelum dia mengunyah roti tersebut sambil membelek hasil kerjanya.
Tiba-tiba notifikasi dari telefon Hazel berbunyi namun dia endahkan sahaja sebelum ianya bertukar menjadi sebuah panggilan telefon dan yang pasti, Hazel bengang.
" Hazel...."
Hazel berkerut kening mendengar nada suara Shawn.
"...Kay dah balik"
Hazel diam sebelum dia meletakkan sandwich yang masih tersisa di atas meja.Botol air yang berada dalam begnya, dia keluarkan lalu meneguknya sehingga habis.
" HAZEL ! KAU DENGAR TAK ?! KAY DAH BALIK !!"
" Aku dengar" Balas Hazel bersahaja.
" Just like that ? Kau taknak pergi jumpa dia ?"
" Kenapa aku kena jumpa dia ? Aku sibuk.Okaylah bye" Hazel mematikan panggilan telefon sebelum mengemas buku-bukunya lalu dimasukkan ke dalam beg.Langkahnya menuju ke tandas betdekatan.
Tepat sekali masanya, tak ada seorang pun yang berada di dalam tandas.Hazel meletakkan begnya ditepi singki sebelum dia menatap biasan wajahnya pada cermin.
Hazel mengetap bibir menahan tangisnya sebelum dia terduduk sambil memegang singki.
" Hisk hisk.."
.. dan dia nangis.
*******
BEBERAPA hari telahpun berlalu, Hazel habiskan masanya semua dengan belajar walhal dia masih ada masa untuk berehat.Entah bila dia makan dan entah jam berapa dia tidur.Hazel juga manusia, setiap manusia ada had tertentu dan sudah tentulah Hazel pada akhirnya berakhir di hospital.
" Dah bangun ? Jap aku panggil doktor" Hazel menatap Irfan yang hilang disebalik pintu.Gadis itu tergelak kecil sebelum mengatup matanya, apa yang dia expect ?
Bangun-bangun Kay muncul ? Tch.
Hazel tertanya-tanya kenapa masa cepat sangat berlalu, kenapa dia perlu berakhir di zaman dewasa yang menyesakkan ni.Di mana dia harus buat pilihan yang besar.Kekadang dia tertanya-tanya kenapa dia buat keputusan bodoh pada usia mentah macam tu.Maksud dia, dengan mengahwini Kay.Tak, dia tak menyesal, cuma kalau dia jumpa Kay diusia dia sudah dewasa dan mereka berkahwin.
Itu tak akan jadi sesuatu yang buruk.Maksudnya, perkara sekarang ni takkan jadi.Dia boleh jalani zaman kuliahnya dengan tenang tanpa memikirkan rumah tangganya dengan Kay.
Tapi dalam pada masa yang sama dia tak mahu padam semua kenangan yang pernah dia jalani dengan Kay.
Manusia ni tamak, allah dah ciptakan apa yang ada tapi masih saja berpaling dan memberontak menyalahkan takdir.Ujian yang diberikan tu seharusnya mereka terima dengan hati yang terbuka, bukannya mengeluh.
*******
" MAKAN ni" Irfan menyajikan makanan yang dibungkus dari restoran tadi.Itu semua sebab Hazel tidak suka makanan dari hospital.Ni Irfan bungkuskan, barulah Hazel nak makan walaupun nampak sangat bahwa Hazel tak berselera untuk makan.
" Aku tak tahu apa masalah kau but you should love yourself first" Irfan tersenyum sambil memotong buah buat Hazel.
Gadis itu tersenyum.Selama ni dia anggap Irfan cuma lelaki kaki flirting dan sangat annoying.Tapi sekarang, mungkin tanggapannya jauh beza dari apa yang dia fikirkan.Irfan taklah se annoying itu.
" Kau mesti kecewakan sebab orang yang selamatkan kau adalah aku"
Hazel tersenyum lalu mengeleng.
" Irfan, aku betul-betul ada suami.Jangan sukakan aku" Hazel mengangkat wajah menatap Irfan.
" Tapi mana dia ?" Hazel terdiam mendengar soalan itu.
Iyakan, mana dia ?
ANDA SEDANG MEMBACA
They story | C
أدب المراهقينaku suka dia, dia tak suka aku. that's the plot going. but who know, it turns out to be she fell first, he fell harder. -🦋
