CHAPTER 1

5 0 0
                                    


Apple pensil dilemparkan ke atas meja. Aku menarik lengan baju hoddie sehingga menutup telapak tangan. Gelas berisi air latte caramel panas dicapai lalu dihirup sedikit demi sedikit.

Nota ringkas yang ditulis aku baca sekali pintas sambil menghirup air. Terasa angin dari luar tingkap menerjah muka. Aku merenung lama ke arah luar tingkap lalu mengeluh perlahan.

Angin dingin mula menderu laju dan air rintisan mula membasahi tingkap. Dengan tergopoh-gopoh aku menutup tingkap bilik dengan kemas. Aku menghempas badan di atas kerusi lalu keluhan kecil dikeluarkan.

Gelas dicapai semula dan aku melihat kembali nota ringkas di atas meja. Malangnya, nota itu terkena iae tumpahan dari gelas sewaktu aku menutup tingkap.

Aku mula meradang dengan kecuaian diri sendiri. Aku merengus lau mencapai tisu, dengan tidak puas hati aku mengelap air yang tertumpah itu.

What is wrong with you Ash?!

Hari ini semua perkara yang aku lakukan menjadi serba tidak kena. Baru sahaja masuk minggu keempat untuk pembukaan semester baru tetapi otak aku sudah mula tepu.

Apa yang diajar oleh pensyarah sememangnya aku tidak faham. Apa yang aku rasa hanya penat. Terasa masa dan tenaga aku belajar selama ini hanya sia-sia. Tetapi ini merupakan semester terakhir aku.

I can't wait for my graduation.

Tiga tahun tempoh pembelajaran aku. Aku pelajar jurusan pendidikan. Walaupun senang tetapi aku sudah muak belajar secara online. Dipaksa berkurung di rumah sehingga kerajaan memberi pengumuman yang terbaru.

Satu bulan berlalu sejak kerajaan mengarahkan rakyat untuk tidak terlalu bebas keluar dari rumah kerana terdapat wabak virus yang teruk akan melanda. Untuk langkah berjaga-jaga, keluarga aku melarang aku dan Robert keluar dari rumah.

Jam menunjukkan 11:45 malam. Gelas diambil lalu aku turun menuju ke arah dapur. Paip sinki dibuka untuk mencuci gelas kemudian diletakkan di dalam kabinet.

Aku membuka peti sejuk dan mengambil air mineral. Penutup botol dibuka lalu aku meneguk air di hadapan peti sejuk.

"Ash"

Aku tersedak kecil. Dengan pantas aku menutup pintu peti sejuk. Kelihatan seorang lelaki berbadan atlet berdiri di peti sejuk sambil ketawa.

Kepalanya didongak dan ditunduk menyebabkan rambut hitam lurusnya beralun mengikut rentak badan. Ada kala mata coklat berangannya terselindung dengan rambut sewaktu mengetawakan aku.

"What the heck Robert?!"

"Oh my god Ash! You should look at your face hahahaha!"

"Ugh, Kau kenapa tak tidur lagi?"

"Oh, aku baru lepas main game"

Geez this kid. Robert berusia 20 tahun, dia merupakan pelajar universiti jurusan perniagaan. But now he is on his semester break.

Seronoknya kau tengah cuti semester. Aku separuh mati memerah otak untuk tamatkan semester akhir ini.

"Anyway, Ash"

Aku mengangkat kening sambil meneguk air. Robert dengan muka riak menghulurkan tangan kepada aku. Aku memaparkan reaksi keliru sambil mengerutkan kening.

"What?"

"You know what I mean"

"No i don't. What do you want?"

"I want my money"

"Your money?"

"Yeah, I won the bet, remember?"

Ashley DiggoryWhere stories live. Discover now