CHAPTER 2

1 0 0
                                    


"Now our next slide is about Piaget's theory of cognitive development. In his theory of cognitive development, Jean Piaget proposed that humans progress through four developmental stages."

Suara pensyarah kedengaran jelas dari Macbook kepunyaan Ash. Tumpuan diberikan, peta minda dibuat dan mencatat apa yang diterangkan oleh pensyarah. Air mineral diteguk setiap kali agar tidak hilang tumpuan.

Ugh, I'm trying to concentrate.

"Okay class, tomorrow we will continue with the next topic"

"Okay, Thank you Prof."

"Most welcome."

Macbook dimatikan, buku nota juga ditutup. Barang alat tulis disimpan kemas ke dalam pen organizer. Jam menunjukkan pukul 3:09 petang. Aku berdiri dan menolak kerusi masuk ke dalam meja.

Kelas sudah tamat untuk hari ini, finally I can relax a bit.

Aku meregangkan badan kemudian turun menuju ke arah dapur. Epal yang tersusun di dalam bakul buahan aku ambil dan menuju ke arah kerusi buaian di halaman rumah.

Walaupun James dan Amelia tidak membenarkan aku untuk keluar, ini halaman rumah aku. So, I'm still in my house area.

Dari pukul 9 pagi sehingga pukul 3 petang aku menghadap skrin komputer riba. Otak dan mata aku perlukan rehat. Aku memegang epal sambil menghayun buaian sarang burung itu perlahan-lahan.

6 minit kemudian, kereta Toyota RAV4 berwarna kelabu mula memasuki garaj rumah. Figura James mula datang menghampiri aku.

Kepalanya ditundukkan, tangannya menutupi mulut seperti seseorang yang sedang batuk. Kepalanya didongakkan dan matanya bertembung dengan aku.

"Hey Asley"

"Hi dad. Awalnya balik hari ini?"

"Oh yeah. My boss suruh balik awal."

"Oh okay"

Balik awal? Is he sick?

I wanted to ask but every time I asked him, he will never answered me. James selalu merahsiakan kesihatannya dari aku.

James work as an architect. Kebiasaannya dia akan balik pada pukul 11 atau 12 malam. Memang jarang berada di rumah. Meanwhile Amelia, she is a fashion designer. She is always in her boutique.

An architect and a fashion designer. I don't know how they met.

We used to have a happy family. Tapi selepas aku berusia 17 tahun mereka sudah tidak meluangkan masa bersama aku dan Robert.

Mereka juga saling berjauhan dan tidak bercakap antara satu sama lain. Seperti hilang kepercayaan antara satu sama lain. Ada satu malam mereka akan bergaduh sehingga terdengar di telinga jiran.

If you don't trust your partner, what is the point of getting married though?

Epal aku kunyah sedikit demi sedikit. I'm tired living like this. Terasa seperti ada jurang di dalam keluarga ini.

Aku sudah penat memikirkan masalah keluarga ini. Ada satu ketika aku akan berasa murung sehingga memberontak. Pada usia 19 tahun, aku pernah tertangkap menghisap rokok oleh James kerana terlalu tertekan.

Jadi sekarang, aku cuba untuk mengubah cara menghilangkan stress. Selepas tamat kelas, aku akan ke halaman rumah untuk rehatkan minda.

Aku malas menghadap skrin telefon dan komputer riba terlalu lama kerana aku akan cepat bosan.

I'm not like Robert, he always in front of his monitor. Lifeless.

Aku mengigit epal sehingga tinggal sisa lalu dibuang ke dalam tong sampah. Aku masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah dapur.  Even we staying in the same house, rasa seperti rumah seperti hotel dan tempat berehat sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ashley DiggoryWhere stories live. Discover now