Aku Park Jihyo. Aku tidak dilahirkan sempurna seperti sesetengah perempuan dapat dalam hidup mereka. Mereka mempunyai bentuk badan yang diidamkan, rupa paras yang cantik seperti mana semua wanita idamkan di dalam mereka. Begitu juga dengan diriku ini. Siapa sahaja yang rela diperlekehkan hodoh dan gemuk? Tiada, sumpah tiada. Oleh itu, aku beranggapan bahawa wujudnya lagi di dalam dunia ini manusia yang tidak memandang rupa, malah tiada! Hidup aku rosak! Aku silap langkah dalam memilih dirinya. Semuanya rosak!
Aku kotor!
Jijik!
Pendosa!
GEMUK DAN HODOH!
Aku silap selama beberapa tahun, hidupku merana. Tapi aku tetap ada impian untuk berubah...
Pada hari kejadian
Aku terduduk di lantai selepas melihat wajahku dan bentuk badanku di cermin. Perutku yang gemuk itu aku pegang, kemudian aku bangkit semula untuk melihat diriku ke dalam cermin. Wajahku yang penuh dengan jerawat ku pegang. Setitis demi setitis air mata ku berderai ke pipi.
" Gemuk sangat ke aku ni? hodoh sangat ke aku ni? "
Telefon ku yang dilanti ku gapai semula untuk melihat mesej daripada si Dia.
"Awak kenapa perut awak macam tu? and kenapa awak pakai baju macam tu? nampak besar la awak pakai macam tu. Boleh tak awak tukar fesyen awak? saya taknak awak malu bila keluar dengan saya"
Aku mengeluh. Kemudian aku membuka bajuku meninggalkan pakaian dalam sahaja. Aku meneliti semula badanku. " tapi kenapa kau sentuh aku! " air mataku mengalir semakin laju. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedih dan kesalnya aku pada masa itu. Aku masih bawah umur tapi aku diperlakukan sebegini! Mana janji kau dulu! aku tak sangka kau buat aku macam ni!
Aku jijik! Maruah aku dah cemari! Aku tak tahu nak buat apa!!
Kalau aku bagitahu orang lain, mesti aku juga yang dipersalahkan. Bodohnya akuuu!!!!
Aku teriak di dalam hati, sedihnya tidak terkira.
TING!
Notifikasi telefon ku berbunyi. Aku dengan lemah membuka mesej si Dia.
"Pasal tadi tau awak relax je, saya tak tahan tengok awak. Jangan la risau tu benda normal remaja macam kita. Please jangan bagitahu orang lain"
"nanti hantar gambar n**** boleh kan? kita kan akan kahwin juga so takpela tunjuk dekat bakal suami awak ni"
__________________________________________________________________
Hai kita akan sambung cerita ni pada Part 1 tak lama lagi. Cerita ni mengisahkan 50% daripada kisah sebenar dan 50% rekaan. Hope you enjoy!
YOU ARE READING
HARASSMENT
FanfictionAku Park Jihyo. Aku tidak dilahirkan sempurna seperti sesetengah perempuan dapat dalam hidup mereka. Mereka mempunyai bentuk badan yang diidamkan, rupa paras yang cantik seperti mana semua wanita idamkan di dalam mereka. Begitu juga dengan diriku in...