Part 1

12 0 0
                                    


"Jihyo! resulttt kau okay ke tak? kau nak tahu tak result aku!!! aku takde fail tau kali ni kau patut bangga dengan aku kali ni!"


Teriak Jungkook kepada Jihyo yang baru sahaja melangkah keluar daripada pagar sekolahnya. Tak menyempat langsung Jungkook ni. Jihyo tersenyum lalu ditolehnya kebelakang melihat kawan baiknya Jungkook yang sedang berlari kearahnya. "Mana? boleh percaya ke kau tak fail ni?" Jihyo bersindir. "kau ni kawan aku ke musuh aku? suka sangat tengok aku fail, kali ni aku tak fail kau tak senang duduk la ni?" kata Jungkook.

Tanpa membuang masa Jungkook memaparkan slip keputusannya pada Jihyo.

D

D

D

E

C

A


Alamak apa yang A tu?


Seni? "HAHAHAHAHAHA COMEL LA RESULT KAU" Jihyo tidak dapat lagi menahan ketawanya daripada keluar. "APA YANG COMELNYA DWAEJI" "result kau la! seni kau mesti paling kan? kau lukis siapa? Crush kau IU tu ke?" Tanya Jihyo kepada Jungkook seperti dia tahu apa yang dilukiskan oleh Jungkook. "Mestila sebab tu aku dapat A, sumber inspirasi aku tu kot. Entah dia dah ada bf ke belum ek?"

Jihyo hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Yela mana dia tahu si IU tu dah ada BF ke belum. IU tu pun tak kenal dia agaknya. Dahlah gemuk, hodoh. Tiada apa yang istimewa untuk IU itu berkawan dengannya.

"Result kau mana?" Tanya Jungkook kembali kepada Jihyo. Kertas yang dipegang Jihyo di beri terus kepada Jungkook. Dia langsung tak berminat dengan slip keputusanya. " 3A 3B 1C" Jungkook tersenyum. "YAAAA!!!! chukahaeee!!!!" 

"Takde apa la dengan result aku tu"


TAP!

Kepala Jihyo diketuk kuat oleh Jungkook. " kau ni memang dasar dwaeji tak reti  bersyukur! kau punya result gempak tahu tak daripada aku! Dah jom aku belanja makan! kau jangan cakap kau diet eh sebab tak kurus pun aku tengok!" Tangan Jihyo ditarik laju oleh Jungkook menuju ke basikal mereka berdua. Tanpa berkata banyak, Jihyo ekori sahaja jejak Jungkook ke MCD. Dia dah nak belanja kan? Tak baik tolak hihi.

Setelah sampai ke tempat destinasi, Jungkook terus meluru ke kaunter MCD untuk memesan makanannya dan Jihyo. Jihyo pula terus duduk di tempat duduk yang kosong menunggu Jungkook. Kertas slip keputusannya di telitinya.


"kenapa ada C ni? tak study ke?"

"kalau boleh nak semua A"

"sikitnya A. Eomma nak semua A"


Jihyo mengeluh setelah semua imbasan itu terlintas di fikirannya tadi. "menung jauh nampak? kau fikir eomma appa kau ke? takut dorang tak impress dengan result kau? Tanya Jungkook sambil meletakkann makanan mereka di atas meja. Jihyo mengangguk. "Kau jangan la fikir banyak sangat pasal result. Kau dah buat yang terbaik. Cuba kau bandingkan result aku dengan kau? kau 4 kali ganda lebih baik tau. Jangan la macam tu"


"Sebab kau kaya, eomma dan appa kau faham keadaan kau, apa yang kau minat. Duit family kau makan 7 keturunan pun tak habis. Aku ni ada apa je. Kalau aku dapat result teruk? aku nak sara keluarga aku macam mana nanti kalau mereka dah tua nanti?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HARASSMENTWhere stories live. Discover now