SEORANG gadis kecil yang memeluk erat anak patung harimaunya. Terkelip-kelip mata bundarnya melihat Sang Abang sedang membaca buku yang sentiasa menemaninya.
"Hermano, juguemos (Brother, let's play)" Tangannya menongkat dagu, bibirnya memuncung panjang tanda dia bosan. Asyik buku saja, bosan betul!
Budak lelaki berumur lapan tahun itu memandang sekilas adiknya. "Vete, quiero terminar este libro (You go first, I want to finish this book)," ujarnya kembali fokus pada buku di tangan.
Riak wajah gadis itu mula bertukar tidak puas hati. Kaki dihentak tanda protes.
"Libros divertidos, libros, libros! Estoy aburrido! (Books, books, books! I'm bored!)" Buku di tangan abangnya dirampas lalu dicampak kasar ke lantai.
Spontan Sang Abang itu bangun dari duduknya. Dahinya berlapis-lapis menahan amarah.
"Kau nak apa, huh? Aku nak baca buku pun susah!" marahnya menggunakan bahasa bapanya. Mukanya tegang menahan marah.
Bibir gadis kecil itu diketap kuat, tidak puas hati apabila abangnya langsung tidak mahu bermain dengannya. Malah, meninggikan suara kepadanya hanya kerana mencampak buku miliknya.
"Apa yang susah, adik nak ajak abang main aje! Salahkah?" Suara si adik turut meninggi. Masing-masing tidak mahu kalah.
"Salah, memang salah! Kau blah boleh tak? Semak tengok muka kau!" Buku yang berada di lantai tadi diambil lalu kakinya keluar dari perpustakaan mini tersebut. Pintu dihempas kuat.
BAM!
Bibirnya dicebik. Adik cuma nak merasa kasih sayang abang, kenapa susah sangat abang nak sayang adik?
Dia melutut di situ, air mata yang entah berapa kali berjuraian kerana abangnya mengalir.
I just want your love, hermano.
⚪⚪⚪
ZAP ZAP ZAP!
"Por qué hiciste así a tu hermana? Realmente estás buscando la muerte! (why did you make your sister like that? You are really looking for death!)"
Sekali lagi rotan buluh itu disebat ke belakang badan, betis, dan lengannya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berdiri tegak dan menerima libasan yang diberi.
"Querido, detente! Quieres matarlo? Es nuestro hijo! (Dear, stop! Do you want to kill him? He's our son!)"
Seorang wanita berlari ke arahnya lalu memeluk tubuh anaknya. Sayu hati ibunya tatkala melihat kesan libasan tersebut.
"It's better to kill him, than let him live. Why is he so stubborn? I give him everything, but what did he do? I'm tired Luna. Nia is crying non stop because her brother doesn't want to play with her."
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐐𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍
Action[ BOOK I UNDER QARMIN SERIES ] ❝ 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 𝐞𝐲𝐞𝐬, 𝐝𝐞𝐯𝐢𝐥 𝐠𝐫𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐚𝐭𝐭𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐰𝐢𝐧𝐠𝐬. 𝐉𝐚𝐬𝐦𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐥𝐟𝐚𝐧𝐢𝐚 ❞ 𝗝𝗔𝗦𝗠𝗜𝗡 𝗥𝗔𝗟𝗙𝗔𝗡𝗜𝗔 seungkap nama yang dikenali ramai. Personalitinya yang dingin, sinis dan keja...