Bab14💎

79 4 3
                                    

"Aqil"

Aqil yang mendengar suara itu terus menoleh..

"Hmm aqil buat apa dekat sini?Tu kawan aqil datang dekat rumah nak jumpa..Kata aunty farida kepada anaknye..

"Kawan aqil?"tnya aqil berasa pelik..Setahun nye kawan nye jarang datang rumah tgh cuti semester ni..kalau datang pun confirm akan bagitau dulu..

"Ye,pergi cepat"..Aqil yang disuruh pergi itu terus balik ke rumahnya..

Arysya hanya mendiamkan diri sahaja selepas ia ditanya soalan itu daripada aqil..Peristiwa itu tiada siapa pun tahu kecuali ahli keluarga nye dan aunty Farida..Arysya tidak ingin memberitahu tentang itu kerana dia tidak mahu meningati lgi peristiwa hitam tersebut

Seumur hidupnya ini lah kali pertama dia mempunyai peristiwa hitam dalam hidupnya...Arysya tidak menyangka peristiwa sebegitu akan dialami olehnya terutama seorang yg pernah dia sayang dan ditaburi janji janji manis dahulu..Kini hatinya masih terluka walaupun telah demikian lama..

"Sya"panggil aunty farida..Aunty farida memegang bahu Arysya lalu menyapanye dengan perlahan...Dia tahu mungkin Arysya terkejut lagi dengan soalan yang ditanya Aqil sebentar tdi...Aunty Farida tidak pernah memberitahu kepada anaknye tentang peristiwa Arysya..Dia tidak mahu menambah lagi masalah Arysya biarlah hanya keluarga nye sendiri sahaja yang tahu..Dia mengetahui tentang itu pun disebabkan puan Lina memberitahu kepada nye sebelum Arysya ke UK..

"Sya"panggil nye lagi..

Arysya yang mendengar nye terus menoleh ke arah aunty Farida...

"Ye aunty,kenapa?"tanya Arysya..

"Sya okey tak ni"?tanya aunty farida semula..

Arysya yang mendengarnye hanya mengangguk lalu tersenyum...Dia mengehela nafasnye perlahan lahan..

Aunty Farida melihat Arysya dalam kesedihan itu..Sungguh berat dugaan Arysya untuk mengharungi nya seorang diri pada usia muda nya sekarang...Tetapi dia berasa bangga terhadap Arysya kerana berjaya membesarkan anaknya seorang diri tanpa seorang suami dengan hati yang kuat dan tabah..Jika kalau perkara itu berlaku terhadap nye dia tidak pasti sama ada dia mampu menempuhinya atau tidak...

Walaupun dulu suaminya telah meninggal ketika dia sedang membesarkan anak perempuan nya yang ketika itu berusia 11 tahun kerana kemalangan ketika menaiki flight untuk pulang ke Malaysia..Baginya itulah rintangan yang berat untuknya ketika dia kehilangan suaminya..

Ini kan pula anak saudara nya dicerai dengan talak 3 tanpa mengetahui kandungan dalam perut Arysya ketika itu..

"Aunty nak minta maaf pasal Aqil tadi sebab tanya soalan macam tu"Aunty Farida berkata sambil memandang ke arah Arysya..

Arysya yang mendengar nya terus menoleh ke arah Aunty Farida lalu berkata"Aunty xpayah minta maaflah,sya okey je..Hmm xde apa pun"kata nya dengan senyuman..

"Aunty tahu kalau boleh Arysya dah tak nak ingat pasal tu..Tapi disebabkan pertanyaan Aqil tdi mungkin Sya teringat kan balik peristiwa itu kan"...Aunty Farida memegang sebelah bahunya itu lalu menggosoknya perlahan lahan..

Arysya terus tersenyum manis ke arah aunty Farida...Walaupun Aqil tidak bertanya kepadanya dia tidak akan pernah melupakan peristiwa itu dalam hidupnya..Itulah peristiwa yang paling hitam dalam hidupnya dia tidak akan pernah lupa walau selama mana pun hidupnya berlalu..

"Aunty jangan risau,sya akan selalu kuat walaupun peristiwa itu telah memberi kesan terhadap hidupnya sya,walau apa pun yang berlaku sya akan kuat dan tabah untuk anak Sya..Itu janji sya"..

Aunty Farida mendengar nya hanya tersenyum..Dia harap Allah akan permudahkan segala urusan nya mahupun di dunia dan di akhirat...

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

"Apa kau buat ni??kau ni pandai buat kerja ke tak?..Tak pandai berhenti je kerja"..Jerkah Asyraf kepada staff nya..

"Saya minta maaf encik,saya akan betulkan balik proposal ni"staff nya berkata lalu keluar dari bilik Asyraf tersebut..

Asyraf terus melempar barang barang nya yang berada di atas meja itu..Kini hidupnya tidak tentu arah dia selalu berasa serabut dengan pekerjaanya mahupun dirinya sendiri..Hidupnya kini menjadi tunggang langgang tidak seperti dahulu..

Dirinya dahulu sangat lah peramah dengan pekerjanya walaupun ada kesalahan yang dilakukan oleh pekerja nya...Setiap pagi memasuki pejabat dengan senyuman sekarang hanyalah dengan muka nya yang bengis dan serabut..

Setelah tiada nya Arysya dihidupnya begitulah kehidupannya..Kehidupannya yang sekarang tidak sama seperti dahulu..Dahulu kegembiraan nya dipenuhi  dengan Arysya begitu juga kehidupan nya..Sekarang hidupnya menjadi kosong dan gelap setelah ketiadaan Arysya..

Mika memasuki bilik pejabatnya lalu berdiri dihadapan Asyraf..Entah mengapa Asyraf selalu memarahi staffnye walaupun kerja yang dibuat oleh mereka semua nya memuaskan dan teliti..

"Asy,kau ni kenapa?selalu bersikap dingin dengan staff..Apa masalah kau"..tanya nya dengan perasaan tidak puas hati..

Asyraf yang sedang menunduk kepalanya terus memandang ke arah abang nya mika..

"Apa?memang betul pun aku marah diorang..kerja yang dibuat mereka semua nya tak betul,tunggang langgang..Jadi salah ke aku marah diorang??tanya dengan nada yang sedikit tinggi

"Hmm aku tengok sekarang ni kau yang tak betul..Hidup kau yang tunggang langgang"jawab Mika dengan sinis..

Asyraf yang mendengar nya terus memberi pandangan dingin kepada Mika..

"Apa?betul lah apa yang aku cakap..Sejak kau ceraikan Arysya hidup kau tak tentu arah..kerja tak fokus,selalu marah staff..Padahal aku tengok kerja yang diorang buat semuanya okey je kau yang tak okey"..Marah mika terhadap Asyraf..

Dia sungguh tidak suka dengan perangai adiknya itu sekarang..Asyraf yang dulu tidak sama seperti sekarang..Dulunya sangat ceria dipenuhi dengan kegembiraan sekarang dipenuhi dengan kemarahan..Dia tahu adik nya menjadi seperti itu kerana kehilangan Arysya tetspi semua itu salahnya sendiri bukan salah orang lain..Jadi dia lah yang perlu menanggungnya..

"Hmm Asy,aku tahu apa yang kau lalui sekarang tapi kau tak boleh macam ni,marah staff sesuka hati disebabkan apa yang telah kau lalui sekarang..Diorang tak salah yang salah kau,jadi kau jangan melempiaskan masalah kau dekat orang lain"kata Mika kepada Asyraf..

"Kau yang timbulkan masalah tu bukan orang lain..Jadi pandai2 lah kau selesaikan nya sendiri..Jangan sesekali libatkan orang yang tak bersalah dengan masalah kau"Pesannya terhadap Asyraf..Walaupun hati nya berasa marah dengan Asyraf tetapi dia faham apa yang dilalui oleh adiknya itu..

Seorang abang pastilah ingin memberikan yang terbaik kepada adiknya terutama kebahagiaan adiknya sendiri..

"Takpelah asy,aku keluar dulu..aku harap apa yang aku cakap tadi kau dapat fikir kan dengan baik..Fikirlah apa yang baik untuk kau"...Mika terus keluar dari bilik pejabat Asyraf..

Asyraf yang mendengar kata2 Mika sebentar tadi hanya mendiamkan diri..Lalu menghelakan nafasnya perlahan2...








Hai,Assalamualaikum semua...saya minta maaf sebab lambat upload cerita ni...Saya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama sekali bila tawaran yang dimohon tu dah dapat..jadi banyak perkara lah saya kena buat..Jadi saya disebabkan support awak semua saya luangkan masa saya untuk menulis 1chapter untuk awak semua..saya harap awak semua dapat membaca dengan baik dan happy ye...Chapter seterusnya saya akan sambung bila saya dah betul 2 free ye..tapi kalau awak semua komen positif saya akan lagi semangat untuk sambung chapter seterusnya okeyy...Tq semua❤❤❤😉😉

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IZINKAN AKU MENCINTAIMU UNTUK KALI KEDUA(PART2)Where stories live. Discover now